Rabu, 10 Julai 2013

#70: Using Nikkor and other lens on Canon EF/EF-S camera!

Canon EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 IS
Lens kamera DSLR moden sangat mahal? Saya juga sebagai penggemar fotografi menghadapi masaalah bajet seperti kebanyakan penggemar fotografi lain. Pada waktu awal saya mula berjinak-jinak dengan fotografi beberapa tahun lepas, saya hanya menggunakan kamera SLR filem kerana tidak mampu untuk memiliki kamera DSLR kerana harganya yang mahal. Bila kewangan saya lebih stabil, saya mula mendapatkan sebuah used DSLR model Canon 40D yang datang bersama kitlens (Canon EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 IS). Ia adalah kitlens yang ok dan mempunyai focal range yang bagus untuk wide dan potrait. Ia ada fungsi IS iaitu Image Stabilizer. Ia juga agak sharp jika menggunakan aperture yang lebih kecil. Tetapi, fotografi menggunakan kitlens menghasilkan foto yang lame dan tidak ada apa-apa yang menarik. Hasilnya lebih kurang sahaja seperti foto yang shoot menggunakan kamera compact. Sebelum memiliki kamera DSLR, saya menggunakan SLR filem model Nikon F3. Saya ada memiliki beberapa lens yang digunakan bersama kamera Nikon F3 ini antaranya Nikkor 85mm f/1.8 dan Nippon Kogaku Nikkor-S 50mm f/1.4. Saya suka hasil dari lens lama Nippon Kogaku kerana walaupun ia lens yang dah berumur puluhan tahun, tapi optiknya bagus dan mempunyai aperture f/1.4. Dengan aperture f/1.4 saya boleh mendapatkan foto dengan DOF (depth of field) yang shallow menjadikan hasilnya lebih "dramatik" dan boleh seperate main subject dengan latar belakang.

Shallow depth of field. Shot using Nikkor 85mm f/1.8 shot using Nikon F90X
Alangkah bagusnya kalau Nikon, Canon dan pengeluar kamera lain berkongsi satu mount yang sama. Ini kerana, dengan adanya mount yang berbeza menyebabkan pengguna kamera lain tidak boleh menggunakan lens dari pengeluar kamera jenama lain. Nikon tak boleh guna lens Canon. Canon tak boleh guna lens dari Olympus. Leica tak boleh guna lens Nikon. Olympus tak boleh mount semua lens dari Nikon, Canon dan Leica. Semuanya mempunyai mount sendiri. Ia seperti satu kunci untuk pintu. Jika lekok-lekok dan diameter pada belakang lens tidak menyamai lekok-lekok dan diameter pada kamera, maka lens itu tak dapat dipasang pada kamera tersebut. Bukan hanya mengenai lekok-lekok dan diameter pada mount kamera dan lens, sesetengah kamera juga meletakkan chip, enjin servo dan level didalam kamera atau didalam lens untuk fungsi autofocus, pengawalan aperture dan data-data mengenai lens (informasi untuk data EXIF). Fungsi-fungsi ini memerlukan physical contact antara kamera dan lens secara eletronik atau mekanikal.

Shot using an old Nippon Kogaku 50mm f/1.4 lens mounted on my Canon 40D. Aquaria Kuala Lumpur.
Shot using an old Nippon Kogaku 50mm f/1.4 lens mounted on my Canon 40D. National Zoo.
Shot using an old Nippon Kogaku 50mm f/1.4 lens mounted on my Canon 40D. Danga Bay, Johor Bahru.
Saya bernasib baik kerana saya tak bersendirian kerana masaalah ini sebenarnya dikongsi ramai orang di seluruh dunia. Oleh sebab ini ramai orang mencari jalan untuk menyelesaikan masaalah ini. Ada cara yang susah dan senang. Ada orang menggantikan besi pada mount lens dengan mount yang boleh dipadankan dengan kamera. Ada juga yang menggunakan adapter yang dipasang pada lens yang menukar mount asal kepada mount yang dikehendaki. Saya pilih untuk menggunakan adapter kerana ia mudah dan murah serta tidak melibatkan modification pada lens.

Nikon lens to Canon lens adapter.
Sebuah kamera Canon dengan lens Zuiko OM Mount.
Sebelah ini adalah rupa adapter untuk membolehkan lens Nikon dipasang pada kamera Canon EF dan EF-S. Ia dipasang pada belakang lens Nikon dimana adapter ini mempunyai mount sama seperti pada kamera SLR Nikon (Nikon-F Mount) dan sebelah lagi sama seperti mount lens Canon EF. Adapter disebelah ini adalah lebih istimewa kerana ia mempunyai "chip" yang menyimpan data-data mengenai lens. Dengan adanya chip ini, ia membenarkan kamera Canon untuk membuat pengiraan exposure supaya fungsi-fungsi Aperture Priority dan mode-mode lain boleh digunakan. Tanpa chip ini, anda mungkin hanya boleh menggunakan Manual exposure. Untung bagi pengguna kamera Canon EF dan EF-S kerana terdapat banyak adapter seperti ini untuk kamera Canon EF dan EF-S tetapi hanya terdapat sebilangan kecil sahaja adapter seperti ini untuk kamera Nikon kerana Nikon-F Mount mempunyai flange focal distance yang lebih panjang. Untuk pengguna kamera mirrorless anda lebih bernasib baik kerana kamera anda mempunyai flange focal distance yang lebih pendek berbanding DSLR bermakna kamera anda akan mempunyai lebih banyak adapter untuk berbagai lens yang direka untuk kamera dengan flange focal distance yang lebih panjang. Untuk lebih lanjut mengenai flange focal distance, bolehlah baca mengenai flange focal distance di wikipedia. Dengan adanya adapter seperti ini, makan lens-lens lama antaranya dari Nikon, Zuiko, Pentax dan lain-lain boleh digunakan semula. Terdapat banyak lens-lens hebat dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar kamera utama ini, sayangnya akibat ditelan zaman, ia dilupakan. Amat sayang jika lens profesional yang bagus-bagus seperti lens yang beraperture besar seperti lens 50mm f/1.4, 50mm f/1.2, 85mm f/1.8 dan lain-lain dibiarkan sebagai perhiasan sahaja kerana tak dapat digunakan dengan kamera moden. Dapatkanlah adapter seperti ini untuk kamera anda dan tunjukkanlah appreciation anda kepada lens-lens yang bagus yang semakin ditelan zaman.

Terdapat banyak adapter dijual di online store dengan harga yang berpatutan.

Isnin, 8 Julai 2013

#69: Freelensing to Infinity and Beyond (Melensa Percuma)

Freelensing. A visual guide
Lama saya dok menyentuh tentang fotografi. Sebelum ini saya sangat aktif dalam bidang fotografi, malangnya akhir-akhir ini saya kekurangan masa semenjak kelahiran anak sulung saya. Skill ambe pun dah makin berkarat, jadi sebelum ambe kehilangan semua yang ambe tahu tentang fotografi, ambe dokumenkan disini supaya benda ni manalah tahu boleh menjadi bahan yang berguna kepada sesetengah orang. Okeh, hari ini ambe nok sebut tentang "freelensing" atau ambe panggil "melensa percuma".

Freelensing. Pertama kali ambe mendengar tentang ini adalah melalui seorang kawan baik ambe yang dikenali sebagai Apin atau lebih popular dengan nama Norah Zain. Pada waktu itu ambe sangat obses dengan foto-foto yang mempunyai bokeh dan LOMO. Pada waktu itu ambe menggunakan gear Canon 40D bersama lens Nikkor dan Zuiko (ambe menggunakan adapter untuk mount lens Nikkor dan Zuiko kepada Canon 40D). Diceritakan kepada ambe, ada satu teknik fotografi dimana lens dicabut dari body kamera dan lens dipegang dengan tangan didepan kamera sambil lens itu dipusing-pusing atau dicondongkan kearah-arah tertentu. Teknik ni agak susah untuk dicontrol kerana hanya menggunakan tangan (sangat tidak stabil) dan teknik ini akan menjadikan depth of field sangat sempit (hampir seperti macro photography). Teruja dengan penerangan dari rakan saya ini, saya terus mencari maklumat tentang teknik ini dan mencubanya pada kamera Canon 40D saya.

Memang amat susah untuk mengawal lens dengan hanya memegang dengan tangan yang lepas diudara. Lebih merumitkan lagi, depth of field yang sangat sempit menjadikan teknik freelensing hampir mustahil boleh menghasilkan foto yang baik. Ambe kecewa. Sepatutnya foto yang dihasilkan adalah bagus, penuh bokeh, ala tilt-shift, tetapi apa yang ambe dapat hanyalah foto gelap tak ada fokus dan hanya foto blur semata-mata.

Melensa Percuma, freelensing to infinity and beyond!
Pada suatu petang, sewaktu ambe sedang melepak di ruang tamu rumah ambe, ambe ada "mengelamun" tentang dalaman kamera. Tentang pergerakan cahaya, dari luar, memasuki lens dan jatuh ke atas filem/sensor kamera. Tentang pergerakan lens bila diputar dimana lens akan bergerak kedepan dan kebelakang. Tentang  extension tube untuk macro photography sehingga ambe membuat satu kesimpulan, bila lens berada jauh daripada sesor/filem, ia depth of field akan makin sempit dan focusing lens adalah makin dekat. Bila lens berada dekat dengan filem/sensor, depth of field menjadi lebih besar dan focusing lens ke infinity boleh dicapai. Ambe dapati semua ini berkaitan (lens bergerak depan belakang bila focus, extension tube etc) Wikipedia menjadi rujukan ambe dan ada satu artikel mengenai "flange distance" iaitu jarak antara lens dan permukaan sensor/filem membenarkan perkara ini. Ambe akhirnya dapat relate teknik freelensing yang memerlukan lens dicabut dari kamera memberi foto yang sangat blur. Ia secara teknikalnya adalah seperti menggunakan extension tube. Ambe akhirnya dapat focus pada objek yang sangat dekat dengan teknik freelensing. Untuk lebih memudahkan teknik ini, lens mestilah diletakkan pada focus "infinity". Be extra careful, kerana bila anda pulas lens kepada infinity, glass belakang lens mungkin akan exposed dan berisiko untuk tercalar.

My Reverse-Freelensing Prototype.
Gambaran tentang freelensing bolehlah dibayangkan seperti foto disebelah, iaitu "reverse freelensing prototype". Bagaimana cahaya dengan garisah hijau memasuki lens dan terpancar pada permukaan filem yang tidak rata (dalam kes ini, sebelah tinggi dan sebelah rendah) yang menghasilkan foto potrait sebelah blur dan sebelah lagi sharp. Dalam kes freelensing, permukaan filem/sensor adalah rata, tetapi lens dicondongkan yang akan menghasilkan efek yang sama.

Masih terdapat satu masaalah mengenai freelensing ini, dimana, bila lens sudah tidak di mount pada kamera, untuk fokus pada infinity adalah sesuatu yang mustahil. Infinity boleh dicapai dengan membawa lens dekat pada lens dan mencabut lens dari mount akan menambah jarak lens dengan permukaan filem/sensor. Ini menjadikan freelensing seakan hanya sesuai untuk sekadar macro photography.

Walaubagaimanapun, secara tidak sengaja, ambe telah terjumpa satu cara untuk membolehkan freelensing untuk focus jarak dekat untuk macro photography dan juga membolehkan freelensing untuk focus kepada infinity dan secara teorinya menlangkaui infinity (theoretically infinity and beyond!).

Ambe secara tak sengaja telah berjaya focus ke infinity sewaktu mencuba lens-lens lama (lens Nippon Kogaku dan Zuiko) pada body kamera Canon 40D. Saya selalu menggunakan lens-lens lama pada kamera saya ini kerana lens-lens lama yang berkualiti masih dapat menghasilkan imej yang cantik. Untuk mount lens-lens lama ini, saya memerlukan satu adapter untuk convert mount lens Nikkor atau Zuiko pada badan kamera canon dengan mount EF-S. Adapter ini adalah berbentuk bulatan dengan ketebalan 3-4mm untuk membolehkan lens Nikkor/Zuiko focus kepada infinity pada body kamera EF-S. Ketebalan adapter ini adalah bergantung kepada perbezaan flange focal distance pada kamera Nikon dan Olympus kepada body kamera Canon EF-S.

Flange focal distance
Terdapat satu artikel di wikipedia mengenai Flange focal distance yang menerangkan tentang jarak lens dengan permukaan sensor/filem. Setiap jenis/jenama kamera mempunyai flange focal distance sendiri yang menjadikan setiap jenama kamera unik. Kamera DSLR/SLR mempunyai flange focal length yang lebih panjang berbanding dengan kamera jenis mirrorless kerana kamera mirrorless tidak ada cermin pemantul untuk viewfinder. Kamera SLR medium format pula mempunyai flange focal distance yang sangat panjang kerana cermin pemantulnya sangat besar.

Secara teknikalnya, jika sesebuah kamera mempunyai flange focal distance yang pendek, kamera tersebut boleh menggunakan lens untuk kamera yang mempunyai flange focal distance yang panjang. Contohnya jika sebuah kamera jenis Sony E-Mount dengan flange focal distance 18mm, ia boleh dipasang dengan lens kamera Nikon kerana kamera DSLR Nikon-F Mount mempunyai 46.5mm dengan syarat adapter perlu dipasang pada kamera Sony E-Mount untuk memegang lens Nikon-F Mount pada jarak 28.5mm dari mount kamera Sony E-Mount (46.5mm-18mm=28.5mm). Bila adapter ini dipasang, lens Nikon-F Mount ini akan boleh focus pada infinity kerana lens Nikon-F Mount yang direka untuk flange focal distance 46.5mm dapat mencapai jarak 46.5mm dengan perantara adapter berketebalan 28.5mm.

Memandangkan freelensing akan menyebabkan jarak lens dengan sensor/filem akan terlebih, oleh sebab itu lens tersebut tidak akan boleh fokus ke infinity. Penyelesaian yang ambe temui, untuk membolehkan freelensing dilakukan ke infinity, anda mestilah menggunakan lens yang direka untuk kamera yang mempunyai flange focal distance yang panjang! Contohnya, menggunakan lens Nikon-F pada kamera Canon EF-S. Inilah yang saya temui secara tak sengaja, bila saya cuba melakukan freelensing dengan menggunakan lens Nikkor Nikon-F Mount dan lens Zuiko OM Mount secara terus tanpa menggunakan adapter, ambe akhirnya mampu focus kepada infinity dengan teknik freelensing! Bukan sahaja focus kepada infinity, tapi sebenarnya ambe berjaya focus kepada infinity and BEYOND (kerana secara teorinya ambe telah focus melebihi infinity kerana ambe boleh gerakkan lens lebih dekat kepada sensor/filem melebihi had yang ditetapkan). Untuk rujukan anda, jadual di bawah ini adalah flange focal distance dari beberapa jenis mount kamera:
Flange focal distance
Secara kesimpulannya, jika anda mahu focus ke infinity (and beyond) dengan teknik freelensing, gunakanlah lens yang berbeza jenama dengan kamera anda. Lens Nikkor dan body kamera Canon EF-S menjadi pasangan yang baik untuk ambe buat freelensing. Dengan beza flange focal distance 28.5mm memberi ruang yang selesa untuk ambe control focusing dan memegang lens. Dengan teknik yang saya namakan "Melensa Percuma" ini saya mampu mengawal freelensing dengan baik dan focus ke infinity... And beyond!

Hasil "Melensa Percuma", a modified freelensing technique. Focus ke infinity, bahagian lain masih dengan bokeh!

Rabu, 3 Julai 2013

#68: New Cloud Storage!

Simpan file dalam awan?
Sewaktu belum adannya teknologi cloudstorage ini, untuk menyimpan file secara online saya selalu menyimpan dengan cara draft email. Maksud saya, dengan menggunakan storage email (gmail menyediakan beberapa GB storage untuk email). File diattach kepada email dan bila file sudah siap diupload, saya hanya tekan "Save" untuk save email bersama file yang di attached ke dalam draft email. Untuk download semula, saya perlu buka email draft tadi dan download attachment email tersebut.

Tapi ini adalah cara yang tidak propper untuk menyimpan file. Cara yang lebih propper untuk menyimpan file adalah seperti menggunakan FTP dimana FTP mempunyai sistem hierarki file sepertimana yang ada pada filesystem windows dan unix (file disimpan dalam folder etc). Masa berganti masa, sistem FTP juga jarang digunakan di zaman moden ini, ramai lebih memilih untuk user interface yang lebih mesra pengguna. Banyak syarikat berlumba-lumba memberi perkhidmatan yang terbaik dan tak ketinggalan dalam menyediakan perkhidmatan penyimpanan file secara online. Antara yang paling terkenal adalah DropBox yang menyediakan perkhidmatan sehingga 2GB storage secara percuma. 2GB adalah satu kapasiti yang sangat besar pada waktu itu (komputer pertama saya hanya ada hard disk 400MB).

Dari mana google dapat hardisk space?
Persaingan makin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Saya fikir langkah pertama yang membuatkan persaingan "storage besar" ini bermula dengan google memperkenalkan GMail dengan storage 1GB. Saya masih ingat pada waktu launching GMail, satu dunia tak percaya yang Google boleh menyediakan storage 1GB untuk berjuta-juta pelanggannya sehingga ada orang berlawak mengatakan Google telah menggunakan kerak bumi sebagai hard disk LOL!

Terbaru, flickr dengan wajah baru, telah pergi lebih ekstrim dengan memperkenalkan storage 1 TB kepada setiap penggunanya (1024 kali ganda lebih banyak dari GMail!) tetapi hanya terhad untuk penyimpanan foto-foto sahaja.

Saya tidak memilih untuk stick pada satu perkhimatan sahaja kerana semua persaingan antara pemberi perkhidmatan storage ini akan menguntungkan pengguna dalam apa cara pun. Kalau DropBox masih mengekalkan free storage hanya pada 2GB, saya akan beralih pada perkhidmatan baru yang memberikan lebih storage secara percuma.

Saya baru sahaja find out mengenai satu penyedia cloudstorage baru iaitu Copy yang boleh dicapai melalui www.copy.com yang mana Copy menyediakan storage sebanyak 15GB secara percuma. Ia baru sahaja dilancarkan dan ada melakukan promosi storage tambahan bagi pengguna Copy yang mengajak rakannya untuk mendaftar akaun baru di Copy. So far so good, saya menyukai interface di Copy yang simple dan minimal. Terdapat desktop client disediakan untuk sistem operasi Windows, Mac OSX 10.7+ dan Linux.

This is how we browse file in Copy.com
CopyAgent, a Copy client on Linux.