Selasa, 22 Disember 2015

#140: Film Review: Stand by Me Doraemon (2014)

Stand by Me Doraemon (2014). Ini mungkin bunyi macam childish untuk seorang yang dewasa, tapi Doraemon adalah antara karakter favorite dalam alam childhood ambe. Filem 2014 ni ambe baru tonton 2 hari lepas bersama Omar.

Ambe ingat filem ni macam kebanyakan filem kanak-kanak, tapi ambe silap. Sebelum ni memang ada filem kartun Doraemon yang "feature-length" (bukan siri TV 30 minit tu) dan ia memaparkan kisah yang jauh lebih kompleks dari siri TV Doraemon. Stand by Me Doraemon (2014) adalah filem 3D dari francaise ini yang melebihi expectation ambe. Filem ni kaya dengan scene lucu, sweet, sedih, grafik yang cantik, karakter yang comel, kisah cinta Nobita dan Sizuka, kisah buli Nobita yang incompetent dan selalu dibuli dan "paradox time travel". Ya! Paradox Time Travel! Sesuatu yang ambe fikir terlalu rumit untuk targeted audience kanak-kanak faham idea tu. Ambe bagi 7.5/10 untuk filem ni!

Stand By Me Doraemon (2014) trailer

Tiada ulasan: