Isnin, 18 April 2016

#141: Film Review: Joy (2015)

Joy (2015)
Filem ni adalah filem biographical kisoh benar tentang Joy Mangano, seorang wanita yang suka mereka-cipta, dalam kes filem ni, ciptaan beliau adalah sebatang mop yang boleh dipulas tanpa menyentuh bahagian mop yang kotor. Walaupun ciptaan nampak lekeh, simple, tapi ia amat praktikal (mungkin dekat rumah kamu pun ada mop ni, disini kamu boleh lihat bagaimana capaian marketing rekaan mop ni boleh sampai keseluruh dunia).

Filem ni menceritakan kisoh dari beliau dari kanak-kanan hingga dewasa dan susah payah beliau untuk menjual ciptaan beliau hingga terpaksa memajak rumah beliau sendiri dan pernah diistihar bankrupt. Ini kisoh tentang kecekalan, tak mahu menyerah kalah, lebih kurang macam filem Flash Of Genius (2008) apabila Robert Kearns mencipta patent windshield wiper tapi dimanipulasi oleh Ford hingga beliau menghadapi mental breakdown.

Ambe sangat recommended untuk tonton filem Joy (2015) sebab ia banyak memberi inspirasi pada orang yang baru dalam dunia perniagaan, jangan mudah putus asa dan jangan mudah konfius/rasa dimanipulated dengan situasi-situasi rumit berkaitan business, perundangan etc. Ambe rate 7.5/10 untuk filem ni.

Joy (2015) theatrical trailer

Tiada ulasan: