Microsoft Office 2016 suite. |
Sejak Microsoft Office menggunakan marketing strategy secara subscription bayaran bulanan/tahunan, ambe mula cari alternatif lain bagi menggantikannya. Memang tak dinafikan Microsoft Office memang industrial standard untuk penghasilan dokumen / presentation / spreadsheet, tapi soal wang perlu diambil kira jugok. Ambe cuba bermacam alternatif opensource antaranya Apache OpenOffice, LibreOffice, GNUMeric etc. Tak ada satu pun yang boleh challenge features MS Office Suite.
WPS for Android |
Baru-baru ni ambe ada install apps office dalam fon Android ambe. Ambe dapati, interface apps office dalam fon cukup moden dan mampu edit dokumen dengan baik. Hingga satu tahap, ambe fikir office untuk mobile device ini lebih baik dari sesetengah alternatif opensource untuk komputer desktop. Ambe install app bernama WPS Office for Android.
Disebabkan ambe agak kagum dengan performance dan user interface WPS Office di mobile device, hati ambe tergerak untuk search developer software ini. WPS sebenarnya mempunyai sejarah software development yang panjang. Sebelum ini dikenali sebagai KingSoft, dan based in China, dulunya (80s) developer untuk word processor untuk MS DOS.
WPS Office 2016 Spreadsheet |
WPS Office 2016 Presentation |
Ambe terkejut gok, di page WPS Office jugak ada Office suite untuk desktop, dan menarik lagi, ia FREE! Tambahan dengan 1GB cloud storage (jadi kamu boleh simpan file kamu di WPS Cloud, seperti cloud OneDrive!) juga secara percuma!
Ambe download dan install WPS Office 2016 (saiz installer jugak sangat kecil, ~70MB sahaja, berbanding MS Office, ~1GB. Interface WPS Office 2016 adalah modern, dan menyamai UI MS Office 2016 (toolbar ribbon). Interface WPS Office 2016 amat familiar jika kamu pengguna MS Office dan learning curve kamu akan jadi singkat.
Setakat ini, WPS Office 2016 lah alternatif terbaik untuk Microsoft Office yang ambe pernah cuba. Interface yang modern, features yang sangat mirip dengan MS Office. Highly recommended!
Tiada ulasan: