Bukan cover asal, tapi ini awesome! |
Ahmad Mahmud & Sarimah |
Raja Bersiong (1968). Ambe dapati kita ada 2 filem tentang Raja Bersiong, satu dikeluarkan pada 1961 dan lagi satu 1968. Versi 1968 adalah dalam filem berwarna (Eastman Color). Ambe tonton 1968 kelmarin.
Sambil menonton, ambe ada terjumpa scene yang ambe fikir agak controversial, jadi ambe cepat-cepat wiki tentang kisah Raja Bersiong. Hikayat Raja Bersiong berlaku di zaman Pre-Islamic dan ambe dapati filem ni sangat menekankan "historical accuracy" di zaman sebelum kedatangan Islam di Tanah Melayu. Yep, zaman tu orang tempatan masih menyembah berhala, (mungkin beragama hindu atau buddha) dan ya, babak ini di filemkan dalam filem ini. Mungkin akan ada yang rasa kurang selesa, tapi itulah sejarah pre-islamic di Tanah Melayu.
Pada awal menonton filem ni, ambe boleh rasa ini bukan projek filem biasa-biasa. Raja Bersiong naik gajah dan diikuti oleh lebih kurang 100 askar dibelakang, lengkap dengan kelengkapan, memasuki pagar istana yang ambe agak-agak, 20 kaki tingginya, serta pintu istana setebal 2 kaki. Ini filem mahal! Dan, melalui wikipedia jugak ambe dapat info, kos pembuatan filem ni hampir RM800 ribu, iaitu 10 kali ganda melebihi average kos filem-filem lain di zaman itu.
Filem ini difilemkan dengan baik. Cuma mungkin akibat umurnya yang dah uzur, agak susah sekarang nak dapatkan kualiti yang bagus, Jalan cerita yang agak kompleks, ada elemen gory, cannibalism (minum darah manusia sahaja), mysticism, juga ada pergaduhan geng rebellion dengan geng setia, ada selit kisoh cinta, penyesalan etc. Ambe rate 7.5/10 untuk filem ni. Highly recommended!
Tiada ulasan: