Jumaat, 1 November 2013

#83: Sexy Beast

Focusrite Scarlett series 18i6
OMG! Ambe dok sangka yang sebelum ni ambe duduk aim nok beli Focusrite Scarlett 2i4, tapi hari ni, Focusrite Scarlett 18i6 pulak yang ambe dapat. Sebelum ni sewaktu ambe survey mengenai Scarlett 2i4, ambe ada terbaca di satu forum mencadangkan alang-alang nak ambil audio interface yang baik, baik sambar Scarlett 8i6 terus sebab harganya tak jauh beza dengan Scarlett 2i4.

JACK shows 18 input and 6 output
Long story short, ambe telah beli sexy beast ni dari seorang rakan FB dari Setapak. Second hand, datang dengan kotak dan 2 disc driver, installer Ableton Live dan koleksi sample audio loops. Ambe ingat 18i6 ni kecik macam 2i4 tapi meleset. Benda ni besar dan very well build! External power source pun kena ada (tak macam 2i4 yang fully powered dgn USB).

18i6 ada 18 input dan 6 output. Tapi yang ada pada unit ni hanya ada 10 input. 8 lagi boleh connect dengan Optical input dari belakang unit ni. So far, ambe guna menatang ni dengan Linux Mint tade masaalah.

Ambe dapat latency 2.67 millisecond dengan memilih sample rate 192000 dan 256 frames. Dengan latency 2.67 millisecond, ambe masih mendapat XRUN, tapi tak kerap (1 XRUN dengan selang 8-10 saat) jadi ambe rasa ia acceptable. Untuk lebih selamat, bolehlah gunakan setting yang lebih sederhana dan akan berakhir dengan latency yang masih acceptable seperti 13 millisecond dengan langsung tak ada XRUN.

Settings on qjackctl. Latency 2.67 millisecond.

Tiada ulasan: