Rabu, 30 November 2011

#6: Le Review of CCTV 25mm f1.4 (Part 1)

The ebay CCTV lens. Saya beli lens ini dari ebay dengan harga GBP 25.00 (approximately MYR 124.13) termasuk penghantaran (Standard international postage percuma saja. Takes 2 weeks dispatch dari Shum Shui Po, Hong Kong ke Johor Bahru). Inilah bendanya:

Tertulis: 25mm 1:1.4 TV LENS.
Dihantar hanya dalam envelope, lens ni memang compact dari segi saiz. Saya terima 4 barang. 1 lens, 1 macro ring, 1 C-Mount to Micro Four Thirds adapter dan 1 lens cap. Overall semuanya nampak ok kecuali lens cap yang nampaknya macam plastik murah saja.

Lens 25mm f1.4 ni saiznya sgt compact. Bodynya steel. Aperture ring dari getah yang dibuat bertekstur bergigi. Focusing ring berada di belakang aperture ring (sila ambil perhatian ya!) yang kadang-kadang boleh mengkonfiuskan photographer. Bukaan aperture memberikan bentuk yang pelik. Bukan bulat atau hexagon seperti lens yang biasa kita lihat, tapi bentuk yang tak seimbang seperti segi 4 yang tak sempurna. Saya tak pasti tentang bilangan bilah aperture blade, tapi ikut kiraan saya, bentuk bukaan aperture ada 10 bucu. Aperture maksimum adalah f1.4 dan aperture paling kecil adalah tertutup terus! Walau bagimanapun mengikut label, sebelum aperture tertutup terus, ia adalah pada f8.0. Body lens buatan steel dan warnanya hitam mati. Bahagian sambungan lens pada body kamera ada jalur skru (C-Mount) dan ia berwarna silver.

Bila di mount pada body kamera GF-2, lens ni nampak begitu tak sepadan kerana bentuknya yang pelik dan terlalu kecil walau untuk kamera kecil GF-2 itu. Mount adalah senang, hanya skru lens ini pada adapter yang disediakan kemas-kemas, kemudian pasangkan sahaja pada body kamera seperti mount lens biasa. Tiada electronical contact pada adapter, jadi untuk membolehkan kamera LUMIX GF-2 beroperasi dengan lens ini, maka setting "Shoot without lens" perlu dienablekan.

WARNING! Foto ini boleh membuatkan sesetengah orang rasa pening! Sample photos dari lens CCTV 25mm f1.4: Perhatikan bokehnya swirl (juga dipanggil "Cat's eye effect" kerana bentuknya yang tidak bulat sempurna seperti kebanyakan lens lain)

Walaupun in focus, tapi sharpness hanya di bahagian tengah. Menjauhi tengah, mula jadi OOF.
Aperture wide open at f1.4. 25mm adalah favorite saya untuk crop factor 2.0

Tiada ulasan: