Lihat, saya dapat 1000 won! |
Tiba saja di lapangan terbang, saya terus disambar seorang bro korea, offer servis teksi dari lapangan terbang ke bandar Seoul, siap dengan booking hotel sekali. Terpinga-pinga bersama 2 kawan yang lain, lagipun berada di bandar asing, akhirnya pilih juga servis dari orang yang tak dikenali ni. Lagipun dah cukup bagus ada orang mahu ambil tahu. Tip tup tip tup. Sampailah ke bandar Seoul. Masuk hotel.Terpegun mendengar kisah dari rakan yang baru pulang dari Korea beberapa hari lepas. Beliau pergi bersama 2 rakannya yang lain yang sebelum ini pernah ada pengalaman kesana. Kalau dia sanggup pergi 2 kali, bermakna memang betul-betul seronok la ikut fikiran saya.
Termenung kat bilik.
RM270 satu kepala dari lapangan terbang ke hotel. Chaiss betul prebet sapu tadi!
Berdasarkan pengalaman yang rakan saya ceritakan, saya boleh simpulkan, masyarakat Korea sangat patriotik. Kenderaan disana 90% keluaran negara mereka sendiri. Begitu juga barang elektrik di hotel. Samsung, LG, Hyundai pilihan kebanggaan mereka. Bahasa juga tak diganggu-gugat dengan bahasa asing. Mereka teruk berbahasa Inggeris, melambangkan kebanggaan dan patriotism mereka dengan bahasa kebangsaan mereka.
Orang korea memang kawaii la. Macam filem diaorang. Aku orang malaysia datang sana, terasa kecil saja. Memang takde chance nak tackle awek korea sebab yang laki dekat sana semuanya hensem-hensem pulak. Kalau nak harap melayu ni memang boleh jalan laa... Hahahaha!
Kalau kita di Malaysia, nampak pelancong terpinga-pinga, ada tak kita nak offer diri untuk bantu mereka? Di korea, walau ada masaalah untuk berkomunikasi, tapi mereka tetap berani dengan suka hati untuk tanya anda "Can I help you sir?"Mengujakan! Suatu hari nanti mungkin? :)
Tiada ulasan: