Ahad, 20 Ogos 2017

#156: Wang Tak Dituntut

Balance RM 314.49
Baruni orang duk cakap pasal yang yang tak dituntut. Ni ambe nak share tentang wang yang mungkin ada pada kamu, tapi mungkin tak tahu ia wujud.

Harini ambe realized bahawa ambe ada tersimpan wang secara tak sengaja. Ambe pengguna telco UMobile dan guna pelan prepaid RM30 sebulan. Ambe dapat quota 2GB internet laju sebulan dan free slow data bila 2GB quota dah habis. Ambe hanya guna mobile data bila di luar. Dirumah ambe guna talian Unifi.

Ambe totup setiap bulan sebanyak RM30 dan UMobile akan activate mobile data. Apa yang ambe tak tahu adalah, RM30 tu kekal. Maksudnya, data dah ON, tapi RM30 tu tak disentuh. Bila cukup sebulan, ambe terima SMS untuk totup lagi. Rupanya selama ini wang RM30 tu tak bergerak dan berganda kerana ambe jarang buat voice call dan purchase quota tambahan. Untungnya zaman ini, banyak aplikasi mengunakan mobile data instead of GSM. SMS dan panggilan direplace dengan Telegram/WhatsApp dan Voice Call melalui Telegram/WhatsApp.

Disebabkan tak banyak voice call/SMS melalui GSM, setiap kali ambe totup, balance ambe tak banyak bergerak. Sepanjang ambe guna UMobile untuk tempoh lebih setahun ni, ambe tak pernah periksa balance. Hanya mengharapkan SMS dari telco untuk remind ambe bila masa totup. Sedar tak sedar, ini balance ambe LOL! Jadi, kalau kamu termasuk dalam grup orang2 yang tak periksa balance, jarang buat call, tak beli mobile data (lebih2 lagi di rumah ada unifi), rajin2lah periksa balance ya. Mana tahu dah beribu wang yang tersimpan secara tak sedar ni. 😁

PS: Kalau wang ni takleh ditukar pada fizikal, nampaknya ambe kena guna di Google Wallet 😂


Tiada ulasan: