Isnin, 11 Julai 2016

#146: Useless Skill

Ambe ni dok banyak cakap orangnya, tapi ambe dok suka bila bila orang guna ayat panjang tapi takde isi. Contohnya, instead of guna ayat pendek dan ringkas, "saya akan dapatkan persetujuan YB untuk projek ini", so annoying bila guna ayat ni, "saya akan bertanya pada YB untuk persetujuan projek ini dan YB akan memberikan jawapan samaada beliau bersetuju ataupun tidak. Selepas itu barulah kita tahu apakah pandangan YB terhadap projek ini berdasarkan jawapan yang diberikan oleh YB samaada bersetuju ataupun tidak. Jawapan yang diberikan oleh YB merupakan satu jawapan yang kita tunggu-tunggu kerana berdasarkan jawapan YB lah kita akan teruskan projek ini ataupun tidak diteruskan." Ugh! Ambe admire ramai orang disebabkan skill bercakap yang bagus dan bijak mengeluarkan buah fikiran, satu kebolehan yang takde pada ambe. Tapi tolonglah jangan tunjuk skill bercakap jenis laguni. Ambe dok impressed. Mmeehh!

Tiada ulasan: