Khamis, 3 Oktober 2013

#77: Knowledge of the deep understanding of things

Ambe suka filem sains fiksyen. Saintis yang gila-gila mencipta banyak alat-alat yang pelik. Banyak filem di luar sana seperti filem Flubber dan Back To The Future mengetengahkan saintis. Tapi kebanyakannya tidak scientifically accurate. Jelly boleh menari, kereta merentas masa pada 88 batu/jam, adalah filem berkaitan saintis yang secara entertainment yang sangat menarik tapi secara saintifik tidak tepat. Tapi baru-baru ini ambe ada mengikuti satu drama bersiri berkenaan seorang Chemist (ahli kimia/saintis kimia) iaitu drama bersiri Breaking Bad.

Walter White and Jesse Pinkman
Ambe kurang meminati menonton filem bersiri kerana mempunyai banyak episod dan ambe perlukan satu reason yang kuat untuk mula menonton filem bersiri baru. Ambe find out mengenai filem bersiri ini melalui laman IMDB (Internet Movie DataBase) setelah mendapati filem bersiri Breaking Bad ini mendapat rating yang sangat memuaskan di laman itu (tak silap ambe ketika itu ratingnya 9.8/10). Ambe lambat jumpa filem bersiri ini kerana sewaktu pertama kali melihatnya, ia sudah pada season 5 iaitu season terakhir Breaking Bad.

Walter White aka "Heisenberg"
Filem bersiri ini mengisahkan tentang seorang chemist yang overqualified berkerja sebagai cikgu kimia di sebuah sekolah menengah tahu bahawa dia mengidap kanser tahap 3. Beliau overqualified kerana beliau sebenarnya seorang saintis kimia yang hebat, pernah bekerja dengan rakan-rakan syarikat yang beliau sendiri letakkan nama Grey Matter sehingga mendapat hadiah Nobel dalam Chemistry. Tetapi atas masaalah peribadi, beliau menarik diri dari Grey Matter dengan mendapat tebusan 5000 dollar. Grey Matter kemudian menjadi satu syarikat yang berjaya hingga bernilai berbillion dollar sedangkan Walter hanya bekerja sebagai cikgu di sekolah menengah.

Walter baru mengetahui beliau mempunyai penyakit kanser dan dengan gaji sebagai cikgu yang tak seberapa beliau mula membanyangkan krisis kewangan untuk rawatan dan jika beliau tidak dapat melawan penyakit kanser ini, apakah aset yang beliau akan tinggalkan untuk membantu keluarganya menampung kehidupan tanpa adanya disisi. Disitulah bermulanya kisah mengenai Walter White ingin mencari jalan untuk mendapatkan wang secukupnya dalam tempoh yang singkat sebelum beliau mati akibat kanser. Cara beliau untuk mendapatkan wang dengan cepat ialah dengan membuat dadah Methamphetamine yang paling pure dan berkualiti dipasaran gelap! 

Character development untuk Walter White sangat bagus. Permulaan filem bersiri ini beliau adalah seorang lelaki yang nampak pemalu, pendiam, ayah yang baik, penyayang dan lain-lain. Setelah berkecimpung dalam pembuatan dadah, beliau mula berubah menjadi seorang yang tegas, hati kering, pemarah, tamak dan dalam masa yang sama tetap menjadi seorang ayah dan suami yang penyayang.

Gustavo, Walter & Jesse
Pada awal siri filem ini, ambe ada mengajak isteri ambe ikut tonton sekali filem ini. Tapi lama-kelamaan ambe rasa filem ni terlalu berat untuk ditonton. Terlalu ganas walaupun untuk ambe sendiri tonton. Ia filem yang brilliant, contohnya membuat bom kristal, bateri dengan teknik electrolysis etc seperti filem ala MacGyver, tapi disamping itu juga sangat ganas seperti menghapuskan bukti mayat dengan menghancurkan mayat dengan asid, hapus mayat dewasa, hapus mayat kanak-kanak, bagi racun pada kanak-kanak, kanak-kanak jual dadah etc.

Ia filem bersiri tentang transformasi dari seorang yang lemah kepada seorang penakluk empayar dadah yang bertembung dengan empayar dadah lain dan dalam masa yang sama menyembunyikan semua ini dari pengetahuan ahli keluarga beliau. Ia juga filem tentang moral-bankruptcy atau filem pengajaran moral kerana di akhir filem ini anda akan dapati wang tidak ada nilai lagi tetapi apa yang lebih penting adalah semua selain wang. Pendapat ambe sahaja..

Jesse dan Walter menunggu blue meth mengeras.
Bidang Chemistry bagi ambe adalah knowledge of the deep understanding of things. Ambe agak sedih kerana siri Breaking Bad ini hanya setakat 5 season. Breaking Bad setakat ini adalah antara filem bersiri yang paling ambe sukai. Highly recommended but you must have a strong gut to watch this awesome TV series!

Tiada ulasan: