Rabu, 2 Oktober 2013

#76: Use Tor as proxy in MetaTrader

Ambe baru dapat find out yang sebenarnya MT4 client boleh guna bersama TOR (TOR Onion Router) untuk mendapatkan connection dalam network anonymity. Tak kiralah apapun sebab kenapa anda mahu menggunakan MT4 bersama TOR, tapi ia boleh dilakukan dengan menyambung MT4 kepada proxy server TOR seperti untuk menggunakan Google Chrome dengan TOR. Anda perlu mendapatkan berapakah IP dan nombor Port dalam setting TOR anda (yang boleh didapati dari setting TorBrowser) dan menggunakan IP serta nombor Port yang sama didalam client MT4 anda. Untuk melihat berapakah IP dan Port anda di Tor Browser, anda boleh rujuk di menu TorBrowser > Options > Advance > Network > Connection dan klik button Settings.

This is where you know your TOR SOCKS Host and Port number
Catit IP SOCK Host dan nombor Port untuk rujukan dan pasang aplikasi MT4 yang anda ingin gunakan bersama TOR. Sekarang, pergi ke menu Tools > Options (atau Ctrl+O) di tab "Server" klik "Enable proxy" untuk membolehkan MT4 menggunakan ciri-ciri proxy. Kemudian klik button "Proxy" selepas itu masukkan IP SOCK Host yang anda catat tadi diikuti dengan tanda titik bertindih dan nombor Port (eg 127.0.0.1:9050). Pilih juga setting SOCKS5. Untuk menguji connection proxy telah berjaya, anda boleh klik button "Test". Jika ujian memberi keputusan ok, taniah kerana anda telah berjaya bersambung dengan TOR melalui MT4! Happy Trading!

Test passes ok! Happy trading!

Tiada ulasan: