Jumaat, 12 April 2013

#32: TideSDK : Ribuan output file - Not good!

Ni pendapat ambe. Bagi ambe TideSDK adalah projek yang sangat promising. Tapi disebabkan proses "pembungkusan" output TideSDK menghasilkan beribu file, ambe elak dari menggunakannya. Gile, buat "Hello World!" pun output keluar beribu file (1,718 Files, 167 Folders to be exact). Doh la source code terdedah, mudah-mudah je orang nok ubah. Bagi ambe ni memang dok sesuai untuk commercial software. Engine TideSDK memang commercial standard, tadi execution TideSDK sendiri buat ia jadi dok sesuai untuk develop software commercial.

Ada satu lagi alternative yang bagi ambe amat dekat dengan TideSDK iaitu AppJS. Bagi ambe AppJS ni tadok masaalah sebab memang nature javascript ia memang terdedah sebagai file fizikal. Tapi kalau TideSDK, packaged dengan 1,718 file dan 167 folder, memang la dok patut sebab ambe fikir target TideSDK memang untuk menjadi software native untuk semua platform Linux, Mac dan Windows. Ambe expect, sepatutnya TideSDK perlu hasilkan 1 executable bila ambe tekan "Compile" seperti di Delphi atau Visual C++.

HelloWorld.msi pun 17 MB. Tidak termasuk lagi beribu-ribu file dependency lain

Tiada ulasan: