Ahad, 21 April 2013

#39: An awkward moment when you realized Sherlock TV Series is better than Sherlock Holmes Movies

Ambe ada kesukaan baru akhir-akhir ni: Menonton Rancangan Bersiri Inggeris! Rumah ambe tadok Astro, jadi ambe tonton di online dan juga ambe beli dvd untuk rancangan bersini ni. Lani ambe telah follow The Mentalist, Game Of Thrones, Dexter dan Sherlock. Disini ambe nok bercerita tentang Sherlock dimana ambe fikir Sherlock adalah rancangan bersiri yang terbaik dari siri-siri lain yang ambe follow sekarang.

Voted dengan 9.2/10 rating di IMDB, Sherlock TV series easily wins over Sherlock Holmes (2009) and Sherlock Holmes (2011) movie cast by Robert Downey Jr. Menonton siri Sherlock membuatkan cast Robert Downey seperti kartunistik. Lebih teruk lagi dengan adanya adegan "face-palm" dalam Sherlock Holmes (2011). Sherlock TV series lakonan Benedict Cumberbatch sebagai detective Sherlock Holmes lebih power, lebih bijak, lebih hyperactive, laju, sesetengah orang mungkin tak dapat memahami/mengejar pemikirannya yang selalu banyak buah fikiran. Gabungan dengan Martin Freeman sebagai Dr Watson memang serasi. Di awal episod, Sherlock nampak sedikit grandiose dengan Dr Watson, tetapi Dr Watson cepat memahami dan tidak ketinggalan dengan aksi Sherlock Holmes.

Benedict Cumberbatch dan Martin Freeman.
One of many "face-palm" moments in Sherlock Holmes (2011)
Selepas menonton Sherlock TV series, menonton filem Sherlock Holmes (2009 dan 2011) adalah seperti menonton filem kanak-kanak sedangkan menonton Sherlock TV series seperti menonton Myth Buster dan Detective Conan. Iaitu, anda berasa series ini dihasilkan dengan penuh intelektual dan bukannya nak hiburkan dengan aksi looneytunes!

Setakat ini episod yang paling saya sukai adalah A Scandal in Belgravia iaitu episod 1 dalam season 2. Ia adalah sambungan kepada The Great Game dari episod 3 pada season 1 menampilkan antagonist dan juga lover Irene Adler. Irene Adler juga ada di filem Sherlock Holmes tetapi Sherlock TV series nyata mempunyai Irene Adler yang lebih "hot" dan juga jauh lebih intelektual.

Irene Adler in Sherlock Holmes (2009)
Irene Adler in Sherlock TV series, A Scandal in Belgravia.
Klimaks favorite episode saya, A Scandal in Belgravia sangat bagus dan tak di jangka-jangka. Saya tak mahu cerita lebih tentang filem/series berkaitan detective sebab ia sangat spoil kerana ia melibatkan misteri. Apapun saya highly recommended untuk anda mengikuti series Sherlock ini dan appreciate filem/series yang bagus.

I AM LOCKED

Tiada ulasan: