Isnin, 29 April 2013

#45: Omar and his walker

Omar jalan mengundur.
An updates on Omar Shahnaz. Hari ni genap 7 bulan umur Omar. 2-3 hari lepas saya lihat Omar sudah pandai jalan mengundur dengan menggunakan walker. Saya fikir  bergerak kebelakang memang "step" awal dalam perkembangan bayi, seperti sebelum ini, Omar seret dada pun gerak secara mengundur, tak lama lepas tu baru gerak kedepan.

Walker ini berada pada ketinggian yang agak tinggi untuk kaki Omar yang masih pendek. Nak melangkah kena jinjing sedikit sebab hanya cecah hujung jari kaki saja. Tu lah posisi yang paling rendah boleh adjust untuk walker ni. Walker ini sebenarnya datang dengan "control panel" di bahagian depan. Bentuknya macam futuristik siap ada dengan steering, 2 button eletronik yang boleh keluar muzik bila ditekan, bola mainan dan lampu lip-lap bila ada muzik. Tapi disebabkan Omar selalu gerak-gerakan kepala dia ala-ala "headbanging", saya bimbang akan terhantuk pada steering control panel ni, jadi saya ambil keputusan untuk cabut saja steering tu. Safety first, jangan dah luka baru nak kalut.

Tiada ulasan: