Sabtu, 19 September 2015

#132: Parrot (verb)

"Ello.. Elloo.."
Ze definition
Ambe susoh nok jelaskan lagumana ambe yg tok tahu notation muzik, tapi ambe bermain muzik. Ambe ni jenis Parrot (verb).

Ada burung kakak tua yang boleh bercakap. Tapi ia boleh bercakap sebab ia hanya ulang apa yang diajar tuannya. Ia tok tahu apa yang disebut, tapi ia tahu sebut. Apa yang disebut tu, contohnya "Hello", adalah perkataan yang difahami manusia. Tapi Parrot sebut, tapi ia sebenarnya clueless akan maksud "Hello".

Dari dulu ambe suka dengar lagu. Jazz, Rock, Surf, Metal, secara buta-buta, ambe dengar, dan ambe bunyikan gitar tu berpandukan bunyian, ambe cari satu-per-satu, akhirnya ambe boleh main licks kebanyakan lagu dari Man or Astroman, Kombat and The Kugiran, The Ventures, El-Ray, etc. Dan semua tu tanpa ambe tahu walau 1 chord.

Walaupun ambe berjaya bermain muzik, tapi ada masaalah jugak. Bagi ambe. chord/notation adalah satu kod yang digunakan untuk dokumenkan muzik. Contohnya bahasa percakapan, huruf alphabet adalah digunakan untuk dokumenkan percakapan. Muzik, notation lah. So. ambe boleh main, ambe boleh improvise, tapi ambe tak boleh pass muzik ambe pada orang lain sebab ambe tak ada satu method untuk rekod (kecuali audio lah) dan dokumentasi apa yang ambe main.

Zaman dahulu ada orang yang bekerja sebagai Penglipur Lara, Tugas orang ini adalah bercerita kisah dongeng dulu kala. Ada penglipur lara yang boleh membaca, ada yang buta huruf. Cerita mungkin sedap, tapi tanpa dokumentasi, cerita tu hanya ada dalam kepala penglipur lara itu seorang sahaja (dan pada orang-orang yang telah diceritakan kisahnya). So bila beliau meninggal, kisahnya tak ada lagi kerana tiadanya dokumentasi,

Sedih.

Ambe. Penglipur Lara Parrot (verb) yang buta huruf. Gitu ah. Hahahaha!
Nanti ah ambe belajar :)

El-Ray - Jack The Samurai

Tiada ulasan: