Selasa, 8 September 2015

#131: The Manipulator

USDMYR, resistant 1998 dah tembus.
Ambe bukan orang yang ada kelayakan untuk cakap ni, tapi sapa nak cepat kaya tanpa buat kerja, sekarang, beli USD banyak-banyak, simpan sampai USDMYR cecah RM4.70, tukar semula ke Ringgit.

Dengan volatility sebegitu kuat di USDMYR, ambe ada perasaan yg kuat USDMYR tak akan buat reversal dalam masa terdekat ni. Membeli USD sekarang akan menjatuhkan lagi nilai ringgit, tapi menukar semula USD kepada MYR sewaktu sangat murah akan beri kamu lebih ringgit untuk setiap dollar yang ditukar.

Itulah yang selalu dibuat manipulator professional. Mereka tak hilang fokus dalam kejatuhan atau kenaikan. Yang penting nak ambil kesempatan untuk dapatkan duit. Macam keji, tapi apa yang manipulator kisahkan. Jatuh bangun syarikat atau negara semua takde dalam kamus diaorang. Yang penting untung. Dunia ni kejam kadang-kadang. Tapi kamu happened to be hidup dalam hukum supply dan demand, tak dapat lari dari masaalah sebegini. Ia akan berlaku dan berlaku lagi dimasa hadapan.


Jangan buat urusan dengan trader macam ni

Tiada ulasan: