Percayalah, ambe nok royak, kalau anda master dalam program spreadsheet, anda akan jadi "mahal" di tempat kerja anda. Lebih-lebih lagi kalau anda kerja di bahagian ofis atau bahagian management. Bagi ambe, kerja-kerja menggunakan spreadsheet ni tak ramai orang tahu sedangkan ia penting lebih-lebih lagi dalam hal nak menyediakan statistik, data mining etc.
|
Gnumeric |
Spreadsheet ni bagi ambe macam guna SQL tapi lebih mudah tanpa perlu tahu statement-statement SQL dan lebih interaktif dimana boleh manipulate data menggunakan keyboard dan drag-drop menggunakan mouse (SQL sudah tentu hanya keyboard saja untuk menaip "query"). Pada awalnya ambe belajar spreadsheet secara self-taught dan menggunakan formula-formula ringkas seperti SUM. Kemudian pada beberapa tahun lepas, ambe telah dihantar oleh ketua jabatan ambe untuk ikuti satu conference di Kuala Lumpur berkenaan Kesihatan Keluarga. Satu tajuk yang kurang menarik bagi ambe, tapi ambe tempuhi juga. Conference ni dihadiri oleh kebanyakaannya pakar perubatan dan kalau tak silap hanya ambe seorang saja MA di situ. Segan ambe duduk situ orang lain semua tinggi-tinggi. Waktu tengah conference tu, ntah dari mana timbulnya pula slot untuk belajar MS Office. Software waktu tu kalau tak silap ambe adalah MS Office 2007.
Bermula dengan pelajaran mengenai MS Word dimana penceramah ajar cara untuk buat footer dan watermark yang tak boleh diubah bagi mengelak dari orang mengubah author dokumen sebenar. Kemudian beralih pula pada MS Excel. Banyak yang diajar di MS Excel ni. Benda yang saya sendiri tak pernah sangka dan yang saya fikir hanya wujud di application SPSS. Pivot table dan conditional formatting adalah antara yang saya fikir sangat berguna dalam mengkaji data. Lecture di conference yang lebih kurang 1 jam inilah yang banyak mempengaruhi saya dalam dalam melakukan kerja-kerja. Sekarang saya sudah mula merekod semua kerja-kerja saya dalam bentuk list di spreadsheet dan boleh mengeluarkan statistik bulanan dalam masa kurang 1 minit. Ini adalah agak mengejutkan bagi sesetengah orang dan ini memang membuatkan saya sedikit "stand-out" dari staff-staff lain. Saya bukanlah mahir sangat, tapi pengetahuan spreadsheet ini membuatkan ramai orang "perlukan" saya untuk menyelesaikan masaalah mereka. I may sound grandiose, tapi itulah yang berlaku LOL!
|
Data UMUR dan TAHUN PENGALAMAN dapat dengan mengunakan formula! |
Contoh penggunaan spreadsheet yang menyenangkan kerja ambe adalah seperti dalam gamba diatas ni, ambe boleh dapatkan umur staff daripada mengira 2 digit pertama dari no kad pengenalan tolak dengan tahun ini (
=YEAR(TODAY())-(CONCATENATE("19",LEFT([@[NO KP]],2)))) dan ambe boleh dapatkan tahun pengelaman dengan menolak tarikh lantikan dengan tarikh hari ini (
=YEAR(TODAY())-YEAR([@[TARIKH LANTIKAN KE JAWATAN SEKARANG]])). Ia sesuatu yang hampir mustahil untuk mengira umur dan tahun pengalaman bagi semua 100+ staff yang bekerja di tempat ambe ini, tapi dengan adanya ilmu mengenai spreadsheet, ambe boleh collect berbagai data termasuk data-data yang remeh-temeh.
Saranan ambe, kalau ada peluang untuk belajar spreadsheet, teruskanlah. Ilmu ni memang sangat berguna. Berguna untuk kerja-kerja serius (berbanding PowerPoint untuk kerja-kerja yang agak kebudak-budakan). Spreadsheet ada di berbagai platform (Linux, OSX, Windows, etc) dan antara yang terbaik adalah MS Excel dan Gnumeric. Terdapat juga version online seperti pada Google Docs dan version mobile seperti pada platform Android. Jadi anda tak rugi mempelajarinya sebab ia ada dimana-mana!