Soylent Green movie poster |
Ambe tengok filem ni minggu lepas. Filem distopian tentang kehidupan pada tahun 2022 dimana dunia menghadapi masaalah populasi berlebihan. Manusia begitu ramai, sehingga nyawa menjadi murah.
Semua supply untuk apa sahaja produk kehabisan. Masaalah berkaitan adalah semua mulut-mulut ingin disuap dengan makanan kerana bila terlalu ramai manusia, demand sangat tinggi manakala supply sangat kurang.
Harga makanan melambung, ladang-ladang dan kebun-kebun tak dapat menampung demand yang sangat tinggi. Jem strawberry sahaja dah berharga lebih 100 USD sebotol. Penyelesaiannya adalah makanan sintetik Soylent Green, makanan yg mudah didapati dan murah yang dibekalkan kerajaan. Tapi Soylent Green sendiri adalah satu rahsia besar yang memualkan.
Ambe bagi rating 7/10 untuk filem dengan twisted ending ni. Menonton filem ini akan buat penonton lebih menghargai makanan, barang-barang yang sebelum ni dipandang remeh, buku-buku dan akan mengelak pembaziran.
Hal yang paling memorable bagi ambe tentang filem Soylent Green (1973) ni adalah manusia begitu ramai hingga mati adalah benda yang biasa, tak ada kesedihan. Manusia dilupus dengan trak sampah. Hanya agamawan sahaja yang masih menghargai manusia. Kerajaan? Well.. Mereka yang sediakan trak sampah.

Soylent Green (1973) trailer
Tiada ulasan: