Dirty laundry, chickenpox and chrysanthemum. In case of Amnesia: Mr.Harmonies Memory Database.
Rabu, 9 Oktober 2013
Khamis, 3 Oktober 2013
#77: Knowledge of the deep understanding of things
Ambe suka filem sains fiksyen. Saintis yang gila-gila mencipta banyak alat-alat yang pelik. Banyak filem di luar sana seperti filem Flubber dan Back To The Future mengetengahkan saintis. Tapi kebanyakannya tidak scientifically accurate. Jelly boleh menari, kereta merentas masa pada 88 batu/jam, adalah filem berkaitan saintis yang secara entertainment yang sangat menarik tapi secara saintifik tidak tepat. Tapi baru-baru ini ambe ada mengikuti satu drama bersiri berkenaan seorang Chemist (ahli kimia/saintis kimia) iaitu drama bersiri Breaking Bad.
![]() |
| Walter White and Jesse Pinkman |
Ambe kurang meminati menonton filem bersiri kerana mempunyai banyak episod dan ambe perlukan satu reason yang kuat untuk mula menonton filem bersiri baru. Ambe find out mengenai filem bersiri ini melalui laman IMDB (Internet Movie DataBase) setelah mendapati filem bersiri Breaking Bad ini mendapat rating yang sangat memuaskan di laman itu (tak silap ambe ketika itu ratingnya 9.8/10). Ambe lambat jumpa filem bersiri ini kerana sewaktu pertama kali melihatnya, ia sudah pada season 5 iaitu season terakhir Breaking Bad.
![]() |
| Walter White aka "Heisenberg" |
Filem bersiri ini mengisahkan tentang seorang chemist yang overqualified berkerja sebagai cikgu kimia di sebuah sekolah menengah tahu bahawa dia mengidap kanser tahap 3. Beliau overqualified kerana beliau sebenarnya seorang saintis kimia yang hebat, pernah bekerja dengan rakan-rakan syarikat yang beliau sendiri letakkan nama Grey Matter sehingga mendapat hadiah Nobel dalam Chemistry. Tetapi atas masaalah peribadi, beliau menarik diri dari Grey Matter dengan mendapat tebusan 5000 dollar. Grey Matter kemudian menjadi satu syarikat yang berjaya hingga bernilai berbillion dollar sedangkan Walter hanya bekerja sebagai cikgu di sekolah menengah.
Walter baru mengetahui beliau mempunyai penyakit kanser dan dengan gaji sebagai cikgu yang tak seberapa beliau mula membanyangkan krisis kewangan untuk rawatan dan jika beliau tidak dapat melawan penyakit kanser ini, apakah aset yang beliau akan tinggalkan untuk membantu keluarganya menampung kehidupan tanpa adanya disisi. Disitulah bermulanya kisah mengenai Walter White ingin mencari jalan untuk mendapatkan wang secukupnya dalam tempoh yang singkat sebelum beliau mati akibat kanser. Cara beliau untuk mendapatkan wang dengan cepat ialah dengan membuat dadah Methamphetamine yang paling pure dan berkualiti dipasaran gelap!
Character development untuk Walter White sangat bagus. Permulaan filem bersiri ini beliau adalah seorang lelaki yang nampak pemalu, pendiam, ayah yang baik, penyayang dan lain-lain. Setelah berkecimpung dalam pembuatan dadah, beliau mula berubah menjadi seorang yang tegas, hati kering, pemarah, tamak dan dalam masa yang sama tetap menjadi seorang ayah dan suami yang penyayang.
![]() |
| Gustavo, Walter & Jesse |
Pada awal siri filem ini, ambe ada mengajak isteri ambe ikut tonton sekali filem ini. Tapi lama-kelamaan ambe rasa filem ni terlalu berat untuk ditonton. Terlalu ganas walaupun untuk ambe sendiri tonton. Ia filem yang brilliant, contohnya membuat bom kristal, bateri dengan teknik electrolysis etc seperti filem ala MacGyver, tapi disamping itu juga sangat ganas seperti menghapuskan bukti mayat dengan menghancurkan mayat dengan asid, hapus mayat dewasa, hapus mayat kanak-kanak, bagi racun pada kanak-kanak, kanak-kanak jual dadah etc.
Ia filem bersiri tentang transformasi dari seorang yang lemah kepada seorang penakluk empayar dadah yang bertembung dengan empayar dadah lain dan dalam masa yang sama menyembunyikan semua ini dari pengetahuan ahli keluarga beliau. Ia juga filem tentang moral-bankruptcy atau filem pengajaran moral kerana di akhir filem ini anda akan dapati wang tidak ada nilai lagi tetapi apa yang lebih penting adalah semua selain wang. Pendapat ambe sahaja..
![]() |
| Jesse dan Walter menunggu blue meth mengeras. |
Bidang Chemistry bagi ambe adalah knowledge of the deep understanding of things. Ambe agak sedih kerana siri Breaking Bad ini hanya setakat 5 season. Breaking Bad setakat ini adalah antara filem bersiri yang paling ambe sukai. Highly recommended but you must have a strong gut to watch this awesome TV series!
Tags:
brba,
breaking bad,
jesse pinkman,
walter white
Rabu, 2 Oktober 2013
#76: Use Tor as proxy in MetaTrader
Ambe baru dapat find out yang sebenarnya MT4 client boleh guna bersama TOR (TOR Onion Router) untuk mendapatkan connection dalam network anonymity. Tak kiralah apapun sebab kenapa anda mahu menggunakan MT4 bersama TOR, tapi ia boleh dilakukan dengan menyambung MT4 kepada proxy server TOR seperti untuk menggunakan Google Chrome dengan TOR. Anda perlu mendapatkan berapakah IP dan nombor Port dalam setting TOR anda (yang boleh didapati dari setting TorBrowser) dan menggunakan IP serta nombor Port yang sama didalam client MT4 anda. Untuk melihat berapakah IP dan Port anda di Tor Browser, anda boleh rujuk di menu TorBrowser > Options > Advance > Network > Connection dan klik button Settings.
| This is where you know your TOR SOCKS Host and Port number |
Catit IP SOCK Host dan nombor Port untuk rujukan dan pasang aplikasi MT4 yang anda ingin gunakan bersama TOR. Sekarang, pergi ke menu Tools > Options (atau Ctrl+O) di tab "Server" klik "Enable proxy" untuk membolehkan MT4 menggunakan ciri-ciri proxy. Kemudian klik button "Proxy" selepas itu masukkan IP SOCK Host yang anda catat tadi diikuti dengan tanda titik bertindih dan nombor Port (eg 127.0.0.1:9050). Pilih juga setting SOCKS5. Untuk menguji connection proxy telah berjaya, anda boleh klik button "Test". Jika ujian memberi keputusan ok, taniah kerana anda telah berjaya bersambung dengan TOR melalui MT4! Happy Trading!
| Test passes ok! Happy trading! |
Tags:
anonymity,
firewall,
forex,
metatrader,
mt4,
proxy,
tor,
tor onion router
Isnin, 23 September 2013
#74: Selamat hari lahir Omar Shahnaz!
Setahun doh umur anok ambe.
Setahun lepas ambe ikut Cawin Imah masuk dalam wad bersalin HKL. Bini ambe puasa dari malam sebab takut tiba-tiba kena masuk operation. Contraction bermula sejak petang sebelum tu lagi. Dah dekat 12 jam contraction, tambah dengan lali gas nitrous oxide, pain killer, cakap merapu, perut kosong takde tenaga, ambe curi-curi bagi chocolate bar pada bini ambe sebab letih sangat nok meneran. Tangan ambe lebam kena ramas ko bini ambe sebab dok tahan sakit contraction. Tepat pukul 9:05 pagi, Omar Shahnaz lahir. Memang betul orang cakap, sakit waktu nok teran jah, bila dah keluar, dok rasa sakit doh. Rasa lega. Ambe pun azan dan qamat di telinga Omar.
Ambe tengok muka dia yang tadi biru, sekarang dah merah. Terdetik dalam hati ambe, "Hensem jugak ye anok aku walaupun aku dok hensem"
Wakakakaka!
Selamat hari lahir Omar Shahnaz!
Setahun lepas ambe ikut Cawin Imah masuk dalam wad bersalin HKL. Bini ambe puasa dari malam sebab takut tiba-tiba kena masuk operation. Contraction bermula sejak petang sebelum tu lagi. Dah dekat 12 jam contraction, tambah dengan lali gas nitrous oxide, pain killer, cakap merapu, perut kosong takde tenaga, ambe curi-curi bagi chocolate bar pada bini ambe sebab letih sangat nok meneran. Tangan ambe lebam kena ramas ko bini ambe sebab dok tahan sakit contraction. Tepat pukul 9:05 pagi, Omar Shahnaz lahir. Memang betul orang cakap, sakit waktu nok teran jah, bila dah keluar, dok rasa sakit doh. Rasa lega. Ambe pun azan dan qamat di telinga Omar.
Ambe tengok muka dia yang tadi biru, sekarang dah merah. Terdetik dalam hati ambe, "Hensem jugak ye anok aku walaupun aku dok hensem"
Wakakakaka!
Selamat hari lahir Omar Shahnaz!
![]() |
| Omar Shahnaz beberapa jam lepas lahir. |
Tags:
delivery,
happy birthday,
labour,
nitrous oxide,
omar shahnaz
Ahad, 22 September 2013
#73: Some Recently Developed Film I Exposed 2-3 Years Prior
![]() |
| Rolleicord TLR |
Sewaktu saya bertukar tempat kerja dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur, rupanya saya ada tertinggal beberapa roll filem pada kawan saya. Saya baru menyedarinya setelah dihubungi kawan saya dan beliau sudi untuk memproses filem saya ini.
Kamera yang saya gunakan iaitu Rollei Rolleicord III type 2 sudah pun tidak saya miliki. Saya telah menjualnya kepada seorang rakan beberapa tahun lepas. Ia satu kamera yang bagus dan ringan berbanding kamera medium format lain yang saya miliki.
Dilengkapi lensa Schneider Kreuznach Xenar 75mm f3.5, ia bukanlah lens paling "laju" yang pernah saya gunakan untuk medium format, tapi ia definitely lens yang paling sharp pernah saya gunakan untuk kamera medium format. Lebih sharp berbanding Zeiss Biometar pada kamera Pentacon Six TL dan TLR Mamiyaflex yang saya gunakan.
Sepatutnya kamera ini menghasilkan gambar yang sangat sharp. Tetapi akibat dimamah usia, hasil scan filem-filem yang baru diproses ini tidaklah memuaskan dari segi sharpness. Kesan calar dan berbintik-bintik juga saya fikir berlaku akibat lambat diproses. Filem ini sudah expired dan delay bertahun-tahun pula untuk diproses.
Isnin, 9 September 2013
#72: Teori Kebarangkalian Martingale
Teori Kebarangkalian Martingale: Ambe bukanlah pakar matematik. Ambe ada belajar matematik tambahan di tingkatan 4 dan 5 sekolah menengah, tapi keputusan SPM ambe untuk subjek add math ni taklah memuaskan. So, macam mana ambe nok explain tajuk ni? Oleh sebab itu, ambe tidak menggalakkan pengunjung blog ini untuk tidak menggunakan tulisan saya disini sebagai rujukan intelek. Blog ini adalah Memory Database yang personal berdasarkan pemahaman dan pandangan saya terhadap sesuatu perkara. Saya tak pernah mendengar perkataan Martingale sebelum ini sehingga beberapa minggu lepas dari seorang rakan. Ia adalah satu teori kebarangkalian yang banyak digunakan untuk urusan seharian. Terdapat satu artikel di wikipedia yang menerangkan tentang Martingale Probability Theory.
Mengikut artikel wikipedia untuk Martingale Probability Theory, "A martingale is a model of a fair game where knowledge of past events never helps predict the mean of the future winnings. In particular, a martingale is a sequence of random variables (i.e., a stochastic process) for which, at a particular time in the realized sequence, the expectation of the next value in the sequence is equal to the present observed value even given knowledge of all prior observed values at a current time". Duit syiling mempunyai 2 permukaan. Bila anda melambung duit syiling ini, untuk mendapat satu bahagian head atau tail pada 2 permukaan syiling adalah 1/2 atau 50%. Tapi bagaimana kalau anda mahu mendapatkan satu bahagian syiling yang sama dengan melambung syiling 2 kali?
Ok, lambungan syiling pertama untuk mendapatkan head adalah 50%. Untuk balingan kedua, bagi mendapatkan head juga, kebarangkalian sekarang adalah 25%. Balingan ketiga? 12.5% untuk mendapatkan head bagi 3 lambungan berturut-turut. Untuk mendapatkan head secara berturut-turut untuk lambungan syiling ke 4 adalah 6.25%.
Menggunakan teori yang sama terhadap carta tukaran wang asing seperti diatas, teori Martingale sangat sesuai untuk membuat keputusan pembelian atau penjualan matawang asing. Malah teori ini banyak digunakan dalam mengaturcara Expert Advisor untuk client MetaTrader. Pemahaman saya terhadap teori kebarangkalian Martingale bertambah setelah saya melihat dan menganalisis cara Expert Advisor yang menggunakan Martingale untuk melakukan urusniaga. Contohnya carta EUR/USD diatas. Carta ini ada naik dan turun. Hijau untuk naik dan merah untuk turun. Berapakah kebarangkalian untuk mendapatkan 4 hijau berturut-turut? Berapakah kebarangkalian untuk mendapat 5 merah berturut turut? Semua ini diambil kira untuk pengiraan Expert Advisor Martingale yang baik.
Mengikut artikel wikipedia untuk Martingale Probability Theory, "A martingale is a model of a fair game where knowledge of past events never helps predict the mean of the future winnings. In particular, a martingale is a sequence of random variables (i.e., a stochastic process) for which, at a particular time in the realized sequence, the expectation of the next value in the sequence is equal to the present observed value even given knowledge of all prior observed values at a current time". Duit syiling mempunyai 2 permukaan. Bila anda melambung duit syiling ini, untuk mendapat satu bahagian head atau tail pada 2 permukaan syiling adalah 1/2 atau 50%. Tapi bagaimana kalau anda mahu mendapatkan satu bahagian syiling yang sama dengan melambung syiling 2 kali?
Ok, lambungan syiling pertama untuk mendapatkan head adalah 50%. Untuk balingan kedua, bagi mendapatkan head juga, kebarangkalian sekarang adalah 25%. Balingan ketiga? 12.5% untuk mendapatkan head bagi 3 lambungan berturut-turut. Untuk mendapatkan head secara berturut-turut untuk lambungan syiling ke 4 adalah 6.25%.
![]() |
| Contoh carta tukaran matawang asing |
Tags:
expert advisor,
forex,
kebarangkalian,
martingale,
matematik,
metatrader,
probability,
theory
#71: Photoshop: Adding more sky
![]() |
| Gambar asal yang lebar dan tak tinggi. |
Ideanya adalah untuk menambah bahagian langit menjadi lebih besar. Details bangunan sangat susah untuk dibuat. Jadi saya mengambil jalan mudah dengan membina langit lebih luas. Dengan menggunakan Photoshop CS2 Pertama sekali ambe resize canvas menjadi lebih besar di bahagian langit dan ruang kosong canvas ambe kenakan filter Clouds yang boleh diakses dari Filter > Render > Clouds. Ambe gunakan sample warna awan yang sedia ada iaitu biru gelap dan biru cerah untuk render awan ini. Lepas tu ambe kenakan pula Gaussian Blur yang kuat di awan yang baru render ini diikuti dengan Motion Blur. Angle Motion Blur adalah berpandukan angle Motion Blur sebelum ini. Gabungan tool Dodge dan Burn, ambe cuba berikan efek awan yang berlopong-lopong memberikan kesan awan yang lebih realistik. Smudge tool juga digunakan untuk memberikan distortion pada aliran pergerakan awan dan ini hasilnya:
![]() |
| Hasilnya, gambar dengan lebar dan tinggi yang lebih seimbang. |
Rabu, 10 Julai 2013
#70: Using Nikkor and other lens on Canon EF/EF-S camera!
![]() |
| Canon EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 IS |
| Shallow depth of field. Shot using Nikkor 85mm f/1.8 shot using Nikon F90X |
Alangkah bagusnya kalau Nikon, Canon dan pengeluar kamera lain berkongsi satu mount yang sama. Ini kerana, dengan adanya mount yang berbeza menyebabkan pengguna kamera lain tidak boleh menggunakan lens dari pengeluar kamera jenama lain. Nikon tak boleh guna lens Canon. Canon tak boleh guna lens dari Olympus. Leica tak boleh guna lens Nikon. Olympus tak boleh mount semua lens dari Nikon, Canon dan Leica. Semuanya mempunyai mount sendiri. Ia seperti satu kunci untuk pintu. Jika lekok-lekok dan diameter pada belakang lens tidak menyamai lekok-lekok dan diameter pada kamera, maka lens itu tak dapat dipasang pada kamera tersebut. Bukan hanya mengenai lekok-lekok dan diameter pada mount kamera dan lens, sesetengah kamera juga meletakkan chip, enjin servo dan level didalam kamera atau didalam lens untuk fungsi autofocus, pengawalan aperture dan data-data mengenai lens (informasi untuk data EXIF). Fungsi-fungsi ini memerlukan physical contact antara kamera dan lens secara eletronik atau mekanikal.
Saya bernasib baik kerana saya tak bersendirian kerana masaalah ini sebenarnya dikongsi ramai orang di seluruh dunia. Oleh sebab ini ramai orang mencari jalan untuk menyelesaikan masaalah ini. Ada cara yang susah dan senang. Ada orang menggantikan besi pada mount lens dengan mount yang boleh dipadankan dengan kamera. Ada juga yang menggunakan adapter yang dipasang pada lens yang menukar mount asal kepada mount yang dikehendaki. Saya pilih untuk menggunakan adapter kerana ia mudah dan murah serta tidak melibatkan modification pada lens.
Sebelah ini adalah rupa adapter untuk membolehkan lens Nikon dipasang pada kamera Canon EF dan EF-S. Ia dipasang pada belakang lens Nikon dimana adapter ini mempunyai mount sama seperti pada kamera SLR Nikon (Nikon-F Mount) dan sebelah lagi sama seperti mount lens Canon EF. Adapter disebelah ini adalah lebih istimewa kerana ia mempunyai "chip" yang menyimpan data-data mengenai lens. Dengan adanya chip ini, ia membenarkan kamera Canon untuk membuat pengiraan exposure supaya fungsi-fungsi Aperture Priority dan mode-mode lain boleh digunakan. Tanpa chip ini, anda mungkin hanya boleh menggunakan Manual exposure. Untung bagi pengguna kamera Canon EF dan EF-S kerana terdapat banyak adapter seperti ini untuk kamera Canon EF dan EF-S tetapi hanya terdapat sebilangan kecil sahaja adapter seperti ini untuk kamera Nikon kerana Nikon-F Mount mempunyai flange focal distance yang lebih panjang. Untuk pengguna kamera mirrorless anda lebih bernasib baik kerana kamera anda mempunyai flange focal distance yang lebih pendek berbanding DSLR bermakna kamera anda akan mempunyai lebih banyak adapter untuk berbagai lens yang direka untuk kamera dengan flange focal distance yang lebih panjang. Untuk lebih lanjut mengenai flange focal distance, bolehlah baca mengenai flange focal distance di wikipedia. Dengan adanya adapter seperti ini, makan lens-lens lama antaranya dari Nikon, Zuiko, Pentax dan lain-lain boleh digunakan semula. Terdapat banyak lens-lens hebat dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar kamera utama ini, sayangnya akibat ditelan zaman, ia dilupakan. Amat sayang jika lens profesional yang bagus-bagus seperti lens yang beraperture besar seperti lens 50mm f/1.4, 50mm f/1.2, 85mm f/1.8 dan lain-lain dibiarkan sebagai perhiasan sahaja kerana tak dapat digunakan dengan kamera moden. Dapatkanlah adapter seperti ini untuk kamera anda dan tunjukkanlah appreciation anda kepada lens-lens yang bagus yang semakin ditelan zaman.
| Shot using an old Nippon Kogaku 50mm f/1.4 lens mounted on my Canon 40D. Aquaria Kuala Lumpur. |
| Shot using an old Nippon Kogaku 50mm f/1.4 lens mounted on my Canon 40D. National Zoo. |
| Shot using an old Nippon Kogaku 50mm f/1.4 lens mounted on my Canon 40D. Danga Bay, Johor Bahru. |
![]() |
| Nikon lens to Canon lens adapter. |
![]() |
| Sebuah kamera Canon dengan lens Zuiko OM Mount. |
| Terdapat banyak adapter dijual di online store dengan harga yang berpatutan. |
Tags:
adapter,
bokeh,
canon,
Canon EF,
Canon EF-S,
double gauss,
flange focal distance,
nikon,
nippon kogaku,
old lens,
planar,
prime lens,
zuiko
Isnin, 8 Julai 2013
#69: Freelensing to Infinity and Beyond (Melensa Percuma)
| Freelensing. A visual guide |
Freelensing. Pertama kali ambe mendengar tentang ini adalah melalui seorang kawan baik ambe yang dikenali sebagai Apin atau lebih popular dengan nama Norah Zain. Pada waktu itu ambe sangat obses dengan foto-foto yang mempunyai bokeh dan LOMO. Pada waktu itu ambe menggunakan gear Canon 40D bersama lens Nikkor dan Zuiko (ambe menggunakan adapter untuk mount lens Nikkor dan Zuiko kepada Canon 40D). Diceritakan kepada ambe, ada satu teknik fotografi dimana lens dicabut dari body kamera dan lens dipegang dengan tangan didepan kamera sambil lens itu dipusing-pusing atau dicondongkan kearah-arah tertentu. Teknik ni agak susah untuk dicontrol kerana hanya menggunakan tangan (sangat tidak stabil) dan teknik ini akan menjadikan depth of field sangat sempit (hampir seperti macro photography). Teruja dengan penerangan dari rakan saya ini, saya terus mencari maklumat tentang teknik ini dan mencubanya pada kamera Canon 40D saya.
Memang amat susah untuk mengawal lens dengan hanya memegang dengan tangan yang lepas diudara. Lebih merumitkan lagi, depth of field yang sangat sempit menjadikan teknik freelensing hampir mustahil boleh menghasilkan foto yang baik. Ambe kecewa. Sepatutnya foto yang dihasilkan adalah bagus, penuh bokeh, ala tilt-shift, tetapi apa yang ambe dapat hanyalah foto gelap tak ada fokus dan hanya foto blur semata-mata.
| Melensa Percuma, freelensing to infinity and beyond! |
| My Reverse-Freelensing Prototype. |
Masih terdapat satu masaalah mengenai freelensing ini, dimana, bila lens sudah tidak di mount pada kamera, untuk fokus pada infinity adalah sesuatu yang mustahil. Infinity boleh dicapai dengan membawa lens dekat pada lens dan mencabut lens dari mount akan menambah jarak lens dengan permukaan filem/sensor. Ini menjadikan freelensing seakan hanya sesuai untuk sekadar macro photography.
Walaubagaimanapun, secara tidak sengaja, ambe telah terjumpa satu cara untuk membolehkan freelensing untuk focus jarak dekat untuk macro photography dan juga membolehkan freelensing untuk focus kepada infinity dan secara teorinya menlangkaui infinity (theoretically infinity and beyond!).
Ambe secara tak sengaja telah berjaya focus ke infinity sewaktu mencuba lens-lens lama (lens Nippon Kogaku dan Zuiko) pada body kamera Canon 40D. Saya selalu menggunakan lens-lens lama pada kamera saya ini kerana lens-lens lama yang berkualiti masih dapat menghasilkan imej yang cantik. Untuk mount lens-lens lama ini, saya memerlukan satu adapter untuk convert mount lens Nikkor atau Zuiko pada badan kamera canon dengan mount EF-S. Adapter ini adalah berbentuk bulatan dengan ketebalan 3-4mm untuk membolehkan lens Nikkor/Zuiko focus kepada infinity pada body kamera EF-S. Ketebalan adapter ini adalah bergantung kepada perbezaan flange focal distance pada kamera Nikon dan Olympus kepada body kamera Canon EF-S.
| Flange focal distance |
Secara teknikalnya, jika sesebuah kamera mempunyai flange focal distance yang pendek, kamera tersebut boleh menggunakan lens untuk kamera yang mempunyai flange focal distance yang panjang. Contohnya jika sebuah kamera jenis Sony E-Mount dengan flange focal distance 18mm, ia boleh dipasang dengan lens kamera Nikon kerana kamera DSLR Nikon-F Mount mempunyai 46.5mm dengan syarat adapter perlu dipasang pada kamera Sony E-Mount untuk memegang lens Nikon-F Mount pada jarak 28.5mm dari mount kamera Sony E-Mount (46.5mm-18mm=28.5mm). Bila adapter ini dipasang, lens Nikon-F Mount ini akan boleh focus pada infinity kerana lens Nikon-F Mount yang direka untuk flange focal distance 46.5mm dapat mencapai jarak 46.5mm dengan perantara adapter berketebalan 28.5mm.
Memandangkan freelensing akan menyebabkan jarak lens dengan sensor/filem akan terlebih, oleh sebab itu lens tersebut tidak akan boleh fokus ke infinity. Penyelesaian yang ambe temui, untuk membolehkan freelensing dilakukan ke infinity, anda mestilah menggunakan lens yang direka untuk kamera yang mempunyai flange focal distance yang panjang! Contohnya, menggunakan lens Nikon-F pada kamera Canon EF-S. Inilah yang saya temui secara tak sengaja, bila saya cuba melakukan freelensing dengan menggunakan lens Nikkor Nikon-F Mount dan lens Zuiko OM Mount secara terus tanpa menggunakan adapter, ambe akhirnya mampu focus kepada infinity dengan teknik freelensing! Bukan sahaja focus kepada infinity, tapi sebenarnya ambe berjaya focus kepada infinity and BEYOND (kerana secara teorinya ambe telah focus melebihi infinity kerana ambe boleh gerakkan lens lebih dekat kepada sensor/filem melebihi had yang ditetapkan). Untuk rujukan anda, jadual di bawah ini adalah flange focal distance dari beberapa jenis mount kamera:
| Flange focal distance |
![]() |
| Hasil "Melensa Percuma", a modified freelensing technique. Focus ke infinity, bahagian lain masih dengan bokeh! |
Tags:
flange focal distance,
freelensing,
lomo,
melensa percuma,
prime lens,
slr
Langgan:
Catatan (Atom)



















