Ahad, 5 April 2015

#117: Another Level Of Spiciness!

Bekas jiran ambe baru balik dari lawatan kerja di Sri Lanka dan bawa pulang ini. Lada. Ambe tak pernah tengok lada bentuk begini. Katanya lada ni pedas gila. Ambe search di internet dan nampaknya lihat dari segi bentuk, ini merupakan lada Habanero atau mungkin Trinidad Moruga Scorpion, antara lada paling pedas di dunia. Tahap kepedasannya diukur sebagai 200k hingga 2juta unit, berbanding Lada Thai, 50k unit. Ambe terlalu takut utk cuba lada ni sebab ia mungkin 100 kali lebih pedas dari cili api Hahaha!
Scoville Heat Scale
Mengikut kawan ambe yang pernah cuba lada ni, rasanya adalah sangat pedas dengan ada rasa asid. Dia potong lada ni kecil-kecil seperti potong daun pandan dan campur dengan bee hoon sup! Ambe fikir ambe nak keringkan lada ni dan tumbuk halus-halus supaya jadi chili flakes, supaya senang nak digunakan dalam smaller portions. Mungkin campur dengan sambal kicap johor?

Lagi sorang kawan ambe mencadangkan supaya buat minyak dengan cili ni. Panaskan minyak kanola sampai menggelegak, lepas tu masukkan lada yang dah dipotong dan pastikan lada tenggelam habis dalam minyak. Masak hingga 4:30 saat dan tutup api.. Penjagaan masa amat penting sebab capsaicin (komponen pedas dalam lada) boleh hilang melalui wap. Sejukkan minyak cili, lepas tu masukkan dalam balang dan boleh diguna bila-bila masa. Kawan ambe ni juga kata kepedasan cili ni sangat kuat, 1-2 biji dah cukup utk pedaskan gulai sekawah.
How lovely.. Habanero nampak macam buah ceri.

Tiada ulasan: