Khamis, 18 April 2013

#37: Free stickers for your emergency trolley

Lawa dok? Show off your hipster-ism sebab semua label dalam Helvetica!
Ambe fikir label tepi emergency trolley lebih sesuai sebab emergency trolley hospital ambe ni lacinya ada tempat buka yang besar. Dok sesuai untuk tampal label depan laci. Jadi ambe ukur dan pilih untuk letak label tepi laci seperi diatas. Print, laminate lawa-lawa, potong lepas tu tampal guna double sided tape di belah kiri dan kanan laci emergency trolley. Nah, print label ni dan show off your hipster-ism because all labels are in Helvetica!

Ready to print. Compatible size with all emergency trolley and medication trolley in HRC

Rabu, 17 April 2013

#36: Arpeggiator On Steroid

Muzik dibawah saya compose menggunakan application yang mempunyai satu tools bernama "Arpeggiator". Saya tiada pendidikan formal dalam muzikal dan perkataan "arpeggio" adalah asing bagi saya tetapi saya menjumpai maksud perkataan "arpeggio" melalui tools bernama Arpeggiator dari application tadi. Menurut google, arpeggio bermaksud "The notes of a chord played in succession, either ascending or descending". Dan itulah yang dilakukan oleh tools bernama Arpeggiator, playing chord in sucession samaada menaik atau menurun. Maka saya compose muzik ini untuk berexperiment dengan arpeggio:


Pertama kali ambe dengar Philip Glass adalah sewaktu menonton filem dokumentari bernama "Koyaanisqatsi" directed by Godfrey Reggio yang menggunakan muzik-muzik instrumental dari Philip Glass sebagai background music pada seluruh filem ini. Muziknya bercirikan pattern yang kecil dengan repetition yang melampau-lampau. Bagi sesetengah orang ia membosankan tapi tidak bagi saya. Pattern yang panjang tapi berulang-ulang memang membosankan tapi pattern pendek yang berulang-ulang tidak.


Kalau anda perhatikan video diatas, anda boleh dengar pattern keyboard dan vocal yang repetitive. Ini adalah konsep yang baru bagi saya dan bagi saya ia adalah menarik tetapi unorthodox dalam penghasilan muzik.

Selasa, 16 April 2013

#35: How to Tor in Chrome?

An onion. Tor Onion Router icon.
Bersambung dengan network Tor bermakna tiada batasan untuk anda. Seperti menggunakan internet dalam "god-mode"! Ia dapat bypass akses anda ke laman web yang ofis anda block, even laman web yang government negara anda block! Teknologi yang dipercayai ramai termasuk digunakan sendiri oleh tentera untuk berkongsi maklumat sulit dan penting di internet, digunakan oleh aktivis untuk berkongsi berita-berita berisiko tinggi dan digunakan oleh ramai staff pejabat untuk "un-block" laman web yang disekat oleh pejabat.

Tor sangat multiplatform. Saya guna Tor di komputer MacMini running OSX Snow Leopard, pada Windows 7 di ofis, pada Linux Mint, dan pada telefon android saya. Untuk run pada Windows, sangat mudah tanpa perlu apa-apa installation (yang mana ini amat baik bagi ofis yang tidak membenarkan installation tanpa password Administrator). Hanya perlu download Tor Browser Bundle di www.torproject.org mengikut platform yang anda gunakan, kemudian extract dimana-mana lokasi yang anda kehendaki, kemudian execute "Start Tor Browser". Done. Tor Browser Bundle pada windows akan mengeluarkan satu lagi window, iaitu TorBrowser. Ia adalah hasil pengubahsuaian Mozilla FireFox yang disesuaikan untuk digunakan bersama Tor. Anda mungkin tidak mahu menggunakan TorBrowser kerana terdapat banyak features dibuang darinya atas soal-soal keselamatan online. Anda akan diberitahu setelah secara automatik bersambung dengan Tor Network seperti ini:

Vidalia. Congratulations, you are now connected to Tor Network!
So, can Tor marry Chrome?
Nope. Software dont marry idiot!

Open Chrome, go to settings, and choose Extensions. Klik "Get More Extensions". Disini, search extension bernama "Falcon Proxy". Hanya ada 1 result akan keluar. Install extension ini pada Chrome anda. Klik extension "Falcon Proxy" di sebelah addressbar. Klik "Add", kemudian pilih "Manual". Pilih "SOCKS v5 Proxy" di bahagian "Proxy Type", bahagian "Host" set pada "127.0.0.1" dan bahagian "Port" kepada "9050".

I name it "TORE"
Klik "Save" and now you are ready to connect your Chrome to Tor Networks. Pastikan Vidalia sedang running dan connected pada Tor Network. Pilih profile yang anda buat tadi di Falcon Proxy (in my case "TORE") dan turn it to "ON". The Falcon Proxy icon next to the addressbar will turn green meaning the profile is active. Kemudian, navigate ke https://check.torproject.org/ untuk periksa Chrome anda telah betul-betul bersambung dengan Tor Network.

This is when you are doing it wrong!
This is when you are doing it right! Congratulations!
Kongratulasi! Sekarang anda boleh surf facebook, youtube, twitter dan stay anonymous didalam network ofis dan network negara anda. Selamat mencoba!

#34: Heart failure

"Heart and 'hati' points to different organ in our body yet we use our brain to 'imagine' that we can 'think' using these organ."
- Mr. Harmonies proverb 2013

Isnin, 15 April 2013

#33: Ilmu yang telah ghaib

Philips Heartstart XL biphasic defibrillator
The official defibrillator untuk hospital ambe. Tapi ambe tadok banyok information tentang defibrillator model ni kecuali harganya yang maha-mahal. Baru-baru ni ada representative dari Philips buat training untuk mesin ni. Tapi waktu tu ambe dan kawan-kawan tadok. Jadi terlepas la training untuk mesin ni. Ambe cuba-cuba cari di youtube kalau-kalau ada training video tentang defibrillator ni. Malangnya tadok juga. Video AED Philips ada la sebab Philips banyak keluarkan Automated External Defibrillator tapi untuk defibrillator manual macam ni memang tadok banyak info. Dokumen datang dengan mesin ni pun hanya ada manual "Instruction For Use" yang hanya menerangkan bab-bab mekanikal/eletrikal secara tersangat general dan langsung tak menyentuh tentang kaedah menggunakannya secara medical. Mungkin ini kerana Philips sangat berhati-hati dengan penulisan manual/instruction, maklumlah, bukan jual barang eletrik MLM wakakaka!

Anyway, minggu ni bos ambe akan memberi satu lecture tentang defibrillator ni. Ambe dok tahu dari mana dia dapat bahan sebab ambe search di google memang dok dapat apa-apa selain "instruction for use". Sebagai company besar, pada pendapat ambe, Philips patut keluarkan video training untuk mesin defibrillator ni (dan juga model-model lain) bagi memudahkan medical staff mempelajari tentang "brand-specific" defibrillator ni.

PS: Setakat ni "easter-egg" yang ambe jumpa - "System Check" iaitu menekan button "Strip" sambil pulas knob dari "Off" ke "Manual On". This is not good brother!

Jumaat, 12 April 2013

#32: TideSDK : Ribuan output file - Not good!

Ni pendapat ambe. Bagi ambe TideSDK adalah projek yang sangat promising. Tapi disebabkan proses "pembungkusan" output TideSDK menghasilkan beribu file, ambe elak dari menggunakannya. Gile, buat "Hello World!" pun output keluar beribu file (1,718 Files, 167 Folders to be exact). Doh la source code terdedah, mudah-mudah je orang nok ubah. Bagi ambe ni memang dok sesuai untuk commercial software. Engine TideSDK memang commercial standard, tadi execution TideSDK sendiri buat ia jadi dok sesuai untuk develop software commercial.

Ada satu lagi alternative yang bagi ambe amat dekat dengan TideSDK iaitu AppJS. Bagi ambe AppJS ni tadok masaalah sebab memang nature javascript ia memang terdedah sebagai file fizikal. Tapi kalau TideSDK, packaged dengan 1,718 file dan 167 folder, memang la dok patut sebab ambe fikir target TideSDK memang untuk menjadi software native untuk semua platform Linux, Mac dan Windows. Ambe expect, sepatutnya TideSDK perlu hasilkan 1 executable bila ambe tekan "Compile" seperti di Delphi atau Visual C++.

HelloWorld.msi pun 17 MB. Tidak termasuk lagi beribu-ribu file dependency lain

#31: Relax petang jumaat sambil dengar muzik indian-orchestral-fusion

Muzik hasil kolaborasi 2 minda genius muzik tradisional barat dan timur iaitu Philip Glass dan Ravi Shankar menghasilkan album bernama Passage memang baik untuk dilayan petang-petang begini bagi menghilangkan stress waktu kerja. Dibawah ini adalah Ragas in Minor Scale:


Awas! Muzik ini sangat mengkhayalkan! Tapi jika anda memang mahu relax, tenangkan fikiran, ini ubatnya. Untuk lebih kesan relax, sila dengar menggunakan headphone sambil memejam mata. Dat feeling memang buat diri rasa melayang diudara.

So besok cuti, jadi selamat bercuti yah!

Khamis, 11 April 2013

#30: Retouch semula foto lama.

Saya kekurangan masa terluang sejak kelahiran Omar Shahnaz. Ada saja benda perlu dibuat. Masa untuk fotografi hampir langsung tiada. Seingat saya last photography outing adalah sebelum bulan Julai tahun 2012. Lama loh... Ada beberapa roll filem yang belum sempat saya hantar ke lab untuk develop. Disebabkan ketiadaan peluang untuk keluar outing, saya spend sedikit masa untuk edit foto-foto lama dari folder archive untuk cuba mengasah kembali skill dalam pengeditan foto. Sekurang-kurangnya dapat la tajamkan minda sebab kerja hakiki saya memang jenis kerja yang "mind-numbing" LOL! 

Tambah lagi kontras dan saturasi.
Sebelum ini, saya menyukai foto-foto yang kurang saturasi ala-ala filem yang telah expired atau filem murah yang nipis atau foto polaroid yang sudah reput. Ia memberi rasa yang "lomoish" yang diminati ramai. Untuk foto diatas, saya mencuba sesuatu yang baru bagi saya dan agak berani. Tambah kontrast dan saturasi. Area gelap yang lebih gelap dan menggunakan warna-warna yang lebih "kuat". Saya fikir saya suka stail ini dan akan cuba terus ikut stail ini untuk editing seterusnya.

Rabu, 10 April 2013

#29: Malaysiaku yang tercinta!

Ambe berasa tekad untuk pulang ke kampung bagi menjalankan tanggungjawab ambe untuk mengundi di Pilihan Raya Umum Malaysia yang ke 13! PRU dibuat pada 5 Mei iaitu pada ahad, luckily ambe kerja di KL memang cuti. Ambe ingat akan balik pada malam 3 Mei dan pulang semula ke KL pada 5 Mei. Mungkin ambe kena ambil cuti pada 6 Mei kalau-kalau ambe lambat sampai. Apa saja untuk Malaysia yang lebih baik Insya Allah!

Insya Allah. Untuk Malaysia yang baru!

Selasa, 9 April 2013

#28: Facebook features - Adding your favorite films!

Sebahagian kecil dari filem-filem yang telah saya tonton
Filem adalah passion saya. Seperti muzik juga, saya suka akan filem foreign. Filem yang bagus transcends perbezaan budaya dan bahasa. Beberapa hari lepas saya lihat terdapat perubahan pada layout facebook dan antaranya adanya ruang untuk memasukkan filem-filem yang anda telah tonton atau filem-filem kegemaran anda. Diatas adalah sebahagian kecil dari filem-filem yang telah saya tonton.

Roger Ebert meninggal pada beberapa hari lepas. Saya tak fikir master dalam review filem ini sempat menggunakan function ini sebelum beliau meninggal. I do miss him and his great film reviews.