Ahad, 23 Ogos 2015

#127: Kenangan Childhood Ambe

Koleksi buku Gnomes. Wanttt!!
Ini salah satu kenangan childhood ambe. Buku Gnomes. Pertama kali dipublished di Belanda pada 1976 dengan nama Leven en werken van de kabouter.

Ia sebuah manual fiksyen / mockumentary yang dilukis dengan begitu detail tentang kehidupan orang kenit di habitat mereka.

Buku banyak menulis berkisar tentang bagaimana sejarah mereka, pakaian, permainan, bagaimana orang kenit mengisi masa lapang, lagenda, ritual berkaitan, architecture rumah orang kenit, cara berburu, biologi, membina kenderaan darat, membina perahu, bercucuk tanam, falsafah orang kenit, bagaimana menunggang burung, membuat splint guna ranting kayu, memilih cendawan yang boleh dimakan, first aid untuk binatang cedera, etc. Waktu tu ambe belum tahu membaca, tapi dengan hanya melihat lukisan di setiap muka surat banyak kembangkan imaginasi ambe pada waktu tu. Ambe ingat nok collect buku ni balik. Untuk baca sendiri dan untuk anak. Di sini sedikit sebanyak ambe post muka surat koleksi buku Gnomes yang ambe jumpa di internet.
Saiz Gnomes dewasa, arnab untuk comparison.
Pengenalan Gnomes. Lihat umur mereka yang panjang!
Architecture rumah Gnomes. Lihat bagaimana detailnya lukisan ni. Dapur, serobong asap, bilik tidur, ruang tamu etc.
First Aid untuk haiwan yang cedera.
Makanan dan Minuman kesukaan Gnomes. Termasuk teh, telur semut, jem buah dan cendawan
Content buku Gnomes
Pakaian tradisional masyarakat Gnomes
Alat pengangkutan Gnomes.
Bagaimana Gnomes mengisi masa lapang

Tiada ulasan: