Jumaat, 6 November 2015

#137: Film Review: Mr. Holmes (2015)

Sherlock Holmes di umur 93 tahun
Apa lagi yang lebih tragis untuk orang yang bijaksana, kalau bukan diserang penyakit nyanyuk. Sherlock Holmes adalah karakter fiksyen yang paling bijak yang pernah ambe tahu. 

Pokok Ginkgo dekat Hiroshima A-bomb groud zero
Filem Mr Holmes (2015) adalah tentang kehidupan Detektif Sherlock Holmes selepas resign setelah menyelesaikan kes terakhir beliau. Beliau tinggal jauh di kampung dengan seorang maid serta anaknya dan filem ini adalah drama antara mereka bertiga (serta flashback dari kes yang pernah diselesaikan oleh Holmes). Beliau dah tua dan nyanyuk, cuba menulis semula kisah menyelesaikan kes-kes di zaman kegemilangan beliau tapi agak bermasaalah kerana ingatannya makin berkurangan. 

Beliau cuba macam-macam rawatan alternatif untuk recover balik dari masaalah nyanyuk (masaalah terbesar orang bijak adalah lupa) tapi gagal. Sherlock Holmes memang dikenali sebagai tak tahu bersosial yang menyebabkan beliau sangat keseorangan di umur lanjutnya. Ambe rate 8/10 untuk filem ni.

Ada kesilapan yang ambe kesan dalam filem Mr Holmes (2015), Sherlock Holmes pergi ke site bombing Hiroshima, dalam quest untuk mencari herba yang beliau panggil Prickly Ash. Dalam filem tu, pokok Prickly Ash tetap dalam keadaan baik walau berada dekat dengan ground zero letupan bom atom dan beliau ambil pokok tu untuk rawatan masaalah nyanyuk beliau. Setahu ambe, bukan pokok Prickly Ash yang masih baik berada dekat ground zero, tapi ia adalah pokok fossil Ginkgo. Ginkgo memang diguna untuk rawat masaalah nyanyuk. Ambe tahu sebab ambe ada research ttg Hiroshima Bombing bahawa 4 pokok Ginkgo survive A-bomb di Hiroshima. Dan ambe sendiri makan Ginkgo dengan tujuan sama dgn Mr Holmes, memory enhancement!

Tiada ulasan: