Rabu, 19 Jun 2013

#63: Network Routers - A CPU without display

Hi, berjumpa lagi kita. Dalam selang lebih 2 minggu dengan post sebelum ini, saya sebenarnya banyak perkara telah berlaku. Anak saya Omar Shahnaz telah diadmitkan di wad (alhamdulillah telah sembuh sepenuhnya sekarang), saya juga telah mendapat serangan arthritis (alhamdulillah juga telah sembuh), saya telah melanggan perkhidmatan VPN (Virtual Private Network) dan juga saya telah mengubah sistem operasi network router saya daripada stock firmware dari TP-Link kepada firmware OpenWRT.

TP-Link TL-MR3420
Sewaktu mendaftar untuk servis VPN saya telah mendapat satu idea untuk setkan router saya sebagai satu access point yang tersedia menggunakan sambungan VPN. Saya merupakan pengguna komputer yang sangat mementingkan isu keselamatan dan VPN adalah inisiatif saya untuk internet yang lebih selamat (sebelum ini saya menggunakan Tor Onion Router). Berbanding untuk setting setiap komputer/telefon bagi menggunakan sambungan VPN, saya fikir adalah lebih baik jika saya setting VPN pada router yang saya connect pada semua komputer/telefon (melalui wifi). Di belakang router saya terdapat 4 sambungan LAN, jadi saya boleh sambungkan 4 komputer saya kepada VPN tanpa perlu saya setting VPN di setiap komputer (termasuk juga wifi). Saya telah bertanya pada support service perkhidmatan VPN yang saya langgani tentang perkara ini dan mereka memberikan jawapan positif. Katanya, ia boleh dilakukan dengan menjalankan aplikasi openvpn di router dan setiap sambungan di router akan menikmati sambungan VPN. Ia boleh dilakukan dengan "reflash" semula router dengan firmware third party yang menggunakan sistem operasi Linux menggantikan stock firmware dari TP-Link yang datang bersama router yang mempunyai fungsi terhad. Teknik ini sebenarnya adalah seperti memformat komputer untuk menukar operating system asal kepada operating system baru.

Setelah menjalankan research di internet, saya telah simpulkan bahawa terdapat 2 firmware yang compatible kepada model router saya iaitu, TP-Link TL-MR3420. Firmware tersebut adalah DD-WRT dan OpenWRT. Setelah menyelami lebih lanjut mengenai "flashing" router ini, saya dapati prosedur ini adalah sangat berisiko dan mungkin boleh merosakkan router (atau dipanggil "brick". ya, router boleh rosak dan langsung tak berfungsi seperti "batu-bata"). Pemilihan firmware yang betul juga penting kerana terdapat banyak model router diluar sana yang mempunyai no model yang hampir sama. Inilah yang berlaku pada saya. Awalnya saya fikir DD-WRT boleh digunakan pada model router saya. No model TL-MR3420 terpapar dalam list router yang compatible dengan DD-WRT. Bila saya selidik lebih mendalam, rupa-rupanya TP-Link mengeluarkan 2 model router yang mempunyai no model yang sama, TL-MR3420 version 1 dan TL-MR3420 version 2. Router TL-MR3420 version 1 menggunakan processor AP99 Atheros AR7241 manakala TL-MR3420 version 2 menggunakan processor AP121 Atheros AR9341. Kesilapan mengenalpasti seperti ini boleh mengundang router anda menjadi brick! Saya bernasib baik kerana secara tidak sengaja find out tentang ini.

Setelah mengenalpasti model router, bolehlah pergi ke http://downloads.openwrt.org/ untuk download firmware mengikut model router anda. Saya menggunakan firmware OpenWrt Attitude Adjustment 12.09-rc1 yang disediakan oleh Cindy Wijaya (kudos) seorang programmer dari Indonesia (openwrt-ar71xx-generic-tl-mr3420-v2-squashfs-factory.bin).

Teknik untuk flash adalah mudah. Cuma perlu buka alamat router di browser (untuk model router saya, default adalah 192.168.0.1) dan masukkan user/password admin untuk router. Setelah itu pilih menu sebelah kiri System Tools > Firmware Upgrade. Pilih file yang didownload tadi (untuk router saya, file openwrt-ar71xx-generic-tl-mr3420-v2-squashfs-factory.bin) dan klik Upgrade. Setelah lebih kurang 5 minit, router telah siap boot operating system baru buat pertama kali dan ia boleh diakses dengan default ip 192.168.1.1.

OpenWrt Attitude Adjustment 12.09-rc1. Webinterface using Luci and SSH using putty.

Tiada ulasan: