|
Freelensing. A visual guide |
Lama saya dok menyentuh tentang fotografi. Sebelum ini saya sangat aktif dalam bidang fotografi, malangnya akhir-akhir ini saya kekurangan masa semenjak kelahiran anak sulung saya. Skill ambe pun dah makin berkarat, jadi sebelum ambe kehilangan semua yang ambe tahu tentang fotografi, ambe dokumenkan disini supaya benda ni manalah tahu boleh menjadi bahan yang berguna kepada sesetengah orang. Okeh, hari ini ambe nok sebut tentang "freelensing" atau ambe panggil "melensa percuma".
Freelensing. Pertama kali ambe mendengar tentang ini adalah melalui seorang kawan baik ambe yang dikenali sebagai Apin atau lebih popular dengan nama Norah Zain. Pada waktu itu ambe sangat obses dengan foto-foto yang mempunyai bokeh dan LOMO. Pada waktu itu ambe menggunakan gear Canon 40D bersama lens Nikkor dan Zuiko (ambe menggunakan adapter untuk mount lens Nikkor dan Zuiko kepada Canon 40D). Diceritakan kepada ambe, ada satu teknik fotografi dimana lens dicabut dari body kamera dan lens dipegang dengan tangan didepan kamera sambil lens itu dipusing-pusing atau dicondongkan kearah-arah tertentu. Teknik ni agak susah untuk dicontrol kerana hanya menggunakan tangan (sangat tidak stabil) dan teknik ini akan menjadikan depth of field sangat sempit (hampir seperti macro photography). Teruja dengan penerangan dari rakan saya ini, saya terus mencari maklumat tentang teknik ini dan mencubanya pada kamera Canon 40D saya.
Memang amat susah untuk mengawal lens dengan hanya memegang dengan tangan yang lepas diudara. Lebih merumitkan lagi, depth of field yang sangat sempit menjadikan teknik freelensing hampir mustahil boleh menghasilkan foto yang baik. Ambe kecewa. Sepatutnya foto yang dihasilkan adalah bagus, penuh bokeh, ala tilt-shift, tetapi apa yang ambe dapat hanyalah foto gelap tak ada fokus dan hanya foto blur semata-mata.
|
Melensa Percuma, freelensing to infinity and beyond! |
Pada suatu petang, sewaktu ambe sedang melepak di ruang tamu rumah ambe, ambe ada "mengelamun" tentang dalaman kamera. Tentang pergerakan cahaya, dari luar, memasuki lens dan jatuh ke atas filem/sensor kamera. Tentang pergerakan lens bila diputar dimana lens akan bergerak kedepan dan kebelakang. Tentang extension tube untuk macro photography sehingga ambe membuat satu kesimpulan, bila lens berada jauh daripada sesor/filem, ia depth of field akan makin sempit dan focusing lens adalah makin dekat. Bila lens berada dekat dengan filem/sensor, depth of field menjadi lebih besar dan focusing lens ke infinity boleh dicapai. Ambe dapati semua ini berkaitan (lens bergerak depan belakang bila focus, extension tube etc) Wikipedia menjadi rujukan ambe dan ada satu artikel mengenai "flange distance" iaitu jarak antara lens dan permukaan sensor/filem membenarkan perkara ini. Ambe akhirnya dapat relate teknik freelensing yang memerlukan lens dicabut dari kamera memberi foto yang sangat blur. Ia secara teknikalnya adalah seperti menggunakan extension tube. Ambe akhirnya dapat focus pada objek yang sangat dekat dengan teknik freelensing. Untuk lebih memudahkan teknik ini, lens mestilah diletakkan pada focus "infinity". Be extra careful, kerana bila anda pulas lens kepada infinity, glass belakang lens mungkin akan exposed dan berisiko untuk tercalar.
|
My Reverse-Freelensing Prototype. |
Gambaran tentang freelensing bolehlah dibayangkan seperti foto disebelah, iaitu "reverse freelensing prototype". Bagaimana cahaya dengan garisah hijau memasuki lens dan terpancar pada permukaan filem yang tidak rata (dalam kes ini, sebelah tinggi dan sebelah rendah) yang menghasilkan foto potrait sebelah blur dan sebelah lagi sharp. Dalam kes freelensing, permukaan filem/sensor adalah rata, tetapi lens dicondongkan yang akan menghasilkan efek yang sama.
Masih terdapat satu masaalah mengenai freelensing ini, dimana, bila lens sudah tidak di mount pada kamera, untuk fokus pada infinity adalah sesuatu yang mustahil. Infinity boleh dicapai dengan membawa lens dekat pada lens dan mencabut lens dari mount akan menambah jarak lens dengan permukaan filem/sensor. Ini menjadikan freelensing seakan hanya sesuai untuk sekadar macro photography.
Walaubagaimanapun, secara tidak sengaja, ambe telah terjumpa satu cara untuk membolehkan freelensing untuk focus jarak dekat untuk macro photography dan juga membolehkan freelensing untuk focus kepada infinity dan secara teorinya menlangkaui infinity (theoretically infinity and beyond!).
Ambe secara tak sengaja telah berjaya focus ke infinity sewaktu mencuba lens-lens lama (lens Nippon Kogaku dan Zuiko) pada body kamera Canon 40D. Saya selalu menggunakan lens-lens lama pada kamera saya ini kerana lens-lens lama yang berkualiti masih dapat menghasilkan imej yang cantik. Untuk mount lens-lens lama ini, saya memerlukan satu adapter untuk convert mount lens Nikkor atau Zuiko pada badan kamera canon dengan mount EF-S. Adapter ini adalah berbentuk bulatan dengan ketebalan 3-4mm untuk membolehkan lens Nikkor/Zuiko focus kepada infinity pada body kamera EF-S. Ketebalan adapter ini adalah bergantung kepada perbezaan flange focal distance pada kamera Nikon dan Olympus kepada body kamera Canon EF-S.
|
Flange focal distance |
Terdapat satu artikel di wikipedia mengenai
Flange focal distance yang menerangkan tentang jarak lens dengan permukaan sensor/filem. Setiap jenis/jenama kamera mempunyai flange focal distance sendiri yang menjadikan setiap jenama kamera unik. Kamera DSLR/SLR mempunyai flange focal length yang lebih panjang berbanding dengan kamera jenis mirrorless kerana kamera mirrorless tidak ada cermin pemantul untuk viewfinder. Kamera SLR medium format pula mempunyai flange focal distance yang sangat panjang kerana cermin pemantulnya sangat besar.
Secara teknikalnya, jika sesebuah kamera mempunyai flange focal distance yang pendek, kamera tersebut boleh menggunakan lens untuk kamera yang mempunyai flange focal distance yang panjang. Contohnya jika sebuah kamera jenis Sony E-Mount dengan flange focal distance 18mm, ia boleh dipasang dengan lens kamera Nikon kerana kamera DSLR Nikon-F Mount mempunyai 46.5mm dengan syarat adapter perlu dipasang pada kamera Sony E-Mount untuk memegang lens Nikon-F Mount pada jarak 28.5mm dari mount kamera Sony E-Mount (46.5mm-18mm=28.5mm). Bila adapter ini dipasang, lens Nikon-F Mount ini akan boleh focus pada infinity kerana lens Nikon-F Mount yang direka untuk flange focal distance 46.5mm dapat mencapai jarak 46.5mm dengan perantara adapter berketebalan 28.5mm.
Memandangkan freelensing akan menyebabkan jarak lens dengan sensor/filem akan terlebih, oleh sebab itu lens tersebut tidak akan boleh fokus ke infinity. Penyelesaian yang ambe temui, untuk membolehkan freelensing dilakukan ke infinity, anda mestilah menggunakan lens yang direka untuk kamera yang mempunyai flange focal distance yang panjang! Contohnya, menggunakan lens Nikon-F pada kamera Canon EF-S. Inilah yang saya temui secara tak sengaja, bila saya cuba melakukan freelensing dengan menggunakan lens Nikkor Nikon-F Mount dan lens Zuiko OM Mount secara terus tanpa menggunakan adapter, ambe akhirnya mampu focus kepada infinity dengan teknik freelensing! Bukan sahaja focus kepada infinity, tapi sebenarnya ambe berjaya focus kepada infinity and BEYOND (kerana secara teorinya ambe telah focus melebihi infinity kerana ambe boleh gerakkan lens lebih dekat kepada sensor/filem melebihi had yang ditetapkan). Untuk rujukan anda, jadual di bawah ini adalah flange focal distance dari beberapa jenis mount kamera:
|
Flange focal distance |
Secara kesimpulannya, jika anda mahu focus ke infinity (and beyond) dengan teknik freelensing, gunakanlah lens yang berbeza jenama dengan kamera anda. Lens Nikkor dan body kamera Canon EF-S menjadi pasangan yang baik untuk ambe buat freelensing. Dengan beza flange focal distance 28.5mm memberi ruang yang selesa untuk ambe control focusing dan memegang lens. Dengan teknik yang saya namakan "Melensa Percuma" ini saya mampu mengawal freelensing dengan baik dan focus ke infinity... And beyond!
|
Hasil "Melensa Percuma", a modified freelensing technique. Focus ke infinity, bahagian lain masih dengan bokeh! |