Selasa, 26 Ogos 2014

#106: Omar's Audiology Test

Omar dipasang dengan sensor di tengah dahi dan mastoid process.
Ambe bawa anak ambe Omar ke Hospital Rehabilitasi Cheras tadi untuk temujanji di Unit Audioloy pagi tadi. Ujian ni dibuat dalam keadaan tidur. Disebabkan ambe tak mahu sedatekan Omar, malam sebelumnya ambe buat dia tidur lewat, kemudian kejut dia seawal 5 pagi supaya dia mengantuk sewaktu ujian yang dibuat pada jam 9 pagi.

Nampaknya telinga kanan dia anatomically lebih sempit dan ada sikit keabnormalan pada bacaan EEG. Mungkin bunyi yg Omar dgr dari telinga kanan tak sama dgn apa yg kita dgr. Terima kasih pada Audiologist Pn Jamilah kerana meluangkan masa utk buat ujian ni.

Explanation Audiologist ttg condition Omar tadi ambe cuba faham dgn istilah dalam produksi muzik. Kiranya apa yg Omar dengar bukanlah "dry" signal, tapi "wet" signal atau gabungan "wet" dan "dry" signal dgn percentage tertentu yang tidaklah teruk pun. Apapun ambe harap ia tak akan mengganggu kemampuan dia utk meniru percakapan org dewasa.

Audiologist tadi juga menakutkan ambe ttg bad habits ambe yg suka mendengar muzik kuat akan gradually merosakkan pendengaran ambe permanently! Ia akan destruct sel-sel didalam cochlea membuatkan ambe mulanya tidak akn dpt dgr bunyi berfrekuensi tinggi, kemudian pertengahan dan freq rendah. Akhirnya permanently hilang pendengaran. Terus insaf.

Jumaat, 22 Ogos 2014

Rabu, 20 Ogos 2014

#104: Better than waxing!

"This is what beauty feels like". Tak payah pakai Veet, mak mertua ambe cakap, nak betis yg licin tade bulu, pegi kerja menoreh pokok getah. Orang kerja turis getah tade bulu betis. Sebab getah tu terpercik kena bulu betis dan lama-lama jadi beku. Bila nak bersihkan getah yang dah beku ni, tercabut skali dengan bulu betis sampai licin. Ambe dapati cerita yg mak mertua ambe cerita ni lucu dan sedih dalam masa yang sama.

#103: I just opened an Instagram account!

Ambe baru membuka akaun baru sosial media yang agak lama menjadi trend di internet, iaitu Instagram. Sebelum ni ambe hanya menggunakan aplikasi Instagram di telefon ambe untuk edit gambar dan tak pernah ada akaun sendiri. Ia aplikasi yang simple tapi ada rules yang buat ia jadi unik, ringkat dan mengikut "disiplin". Foto mestilah segi empat sama (1:1) jadi bila disusun menjadi tiles, ia nampak sangat kemas dan menarik. Memberi impression seperti "LOMO-wall". Ia sangat ringkas dan cepat untuk digunakan. Jangan lupa follow ambe di Instagram, username ambe adalah mrharmonies. Ini adalah beberapa foto ambe di Instagram.


















Selasa, 19 Ogos 2014

#102: Skullphones

A complete hearing evaluation involves several other tests as well. In order to determine what kind of hearing loss is present, a bone conduction hearing test is administered. In this test, a vibrating tuning fork is placed behind the ear, on the mastoid process. When the patient can no longer feel/hear the vibration, the tuning fork is held in front of the ear; the patient should once more be able to hear a ringing sound. If they cannot, there is conductive hearing loss in that ear. Additionally, the tuning fork is placed on the forehead. The patient is then asked if the sound is localised in the centre of the head or whether it is louder in either ear. If there is conductive hearing loss, it is likely to be louder in the affected ear; if there is sensorineural hearing loss, it will be quieter in the affected ear. This test helps the audiologist determine whether the hearing loss is conductive (caused by problems in the outer or middle ear) or sensorineural (caused by problems in the cochlea, the sensory organ of hearing) or neural - caused by a problem in the auditory nerve or auditory pathways/cortex of the brain. - Wikipedia

This is not Beethoven.
Ambe berehi mena dgr muzik kuat-kuat dgn earphone. Ambe tahu benda ni dok bagus utk telinga, tp disebabkan nok eargasm, ambe buat jugok. Jd ambe terfikir ada dok alat utk dgr muzik tanpa bunyi tu travel melalui gegendang telinga? Dulu ambe ada belajar di kolej, guna pitchfork letak di belakang tulang tengkorak, dpt dgr bunyi yg travel melalui getaran tulang. Tadok org reka apa2 lg ke berasaskan ujian ni?

Kalau betul ada alat pendengaran yg guna getaran tulang (seperti dlm post ambe sebelum ni), ia dapat menyampaikan bunyi pada kebanyakan orang pekak, dapat selesaikan masaalah jangkitan telingan yg banyak berlaku pada pengguna earphone dan tidak akan merosakkan gegendang telinga sebab bunyi tak travel melalui gegendang pun. Ambe teringat Ludwig van Beethoven yang menjadi pekak, dia potong kaki piano dan tekupkan telinga beliau utk merasai getaran dari piano bagi menginterpretasi getaran tu pada bunyi. Walaupun belum ada direka, ambe rasa alat ni boleh dinamakan "Skullphone" bagi mengikuti naming convention, "Headphone" dan "Earphone".

Di belakang telinga kanan dan kiri anda ada satu benjolan tulang yang dinamakan tulang "Mastoid Process". Medical practitioner buat hearing test dengan menyentuh pitchfork yang bergetar pada tulang ini dan boleh mendengar bunyi dari telinga dalam tanpa melalui gegendang.

Mastoid Proces

Ahad, 25 Mei 2014

#101: Hannibal Season 2 Finale

Mads Mikkelsen as Dr. Hannibal Lecter
Ambe baru saja selesai menonton episod 13 yang juga season 2 finale bagi siri Hannibal. Season finale siri Hannibal ini membuatkan ambe berasa tak sabar untuk season 3.

Sepanjang Hannibal season 2, ambe tengok resipi masakan paling menarik adalah "clay roasted thigh and canoe-cut marrow bone" iaitu daging paha Dr. Abel Gideon yang telah diamputate dan dimarinate, dibalut dengan daun teratai kemudian disalut pulak dengan clay sebelum dipanggang dan dihidang bersama marrow bone. Kecur mulut tengok dish laguni. Lama-lama ambe jadi borderline cannibal gok.. Wakakaka! Jumpa lagi di season depan Dr. Hannibal Lecter!


Clay roasted thigh. And canoe-cut marrow bone.

Rabu, 21 Mei 2014

#100: A.I

Pada tahun 2001 dulu, Stephen Spielberg ada mengeluarkan satu filem bertajuk A.I (Artificial Intelligence). Ambe obses betul dengan komputer jadi ambe memang minat dengan filem begini. Ambe berpendapat, adalah menjadi satu yang mustahil bagi programmer untuk mengaturcara menjadikan komputer atau robot boleh berfikir seperti manusia. Tapi ambe tersentap bila ambe melawati laman web promosi filem A.I (2001).

Di laman web promosi filem ini, terdapat satu ruang untuk berchat (seperti IRC). Ambe login dan memulakan perbualan. Ambe disambut oleh "seseorang" yang membalas setiap pertanyaan ambe. "Dia" berchat dengan bahasa inggeris, boleh mengingati nama ambe, dan memberi respon dengan sangat cepat bila di tanya. Ambe terfikir, takkan lah ada staff yang menjawab semua pertanyaan dari beribu-ribu pelawat laman web itu.

Ambe siasat lagi, rupanya "orang" yang sedang ambe chatting itu adalah chatbot. Chatbot ini menggunakan teknologi AIML (Artificial Intelligence Markup Language). Ambe langsung tak menyangka rupanya bukan bersama manusia ambe berchatting, tapi bersama chatbot artificial intelligence. Respons yang ambe dapat dari chatbot ini semuanya relevan dengan pertanyaan ambe. Seakan ia berfikir seperti manusia betul.

HAL 9000 from 2001:A Space Odyssey
It's "consciousness"
Ambe terus mengkaji dengan penuh minat tentang teknologi AIML yang digunakan oleh chatbot tadi. Bila ambe "menggali" lebih dalam teknologi AIML, ambe dapati ia hanyalah pengaturcaraan yang tidaklah rumit. Ia banyak berkisar tentang linguistic dan bukannya kepandaian buatan yang sebenar. Ia mungkin nampak "bijak" tapi ia bukan satu "consciousness" (seperti Samantha dari filem Her (2013)). AIML mengambil input dalam bentuk ayat dan menyemak input ayat tadi kemudian memberikan respon menggunakan list-list ayat yang telah diprogramkan secara rawak. AIML boleh mengset pemboleh ubat yang kita manusia akan melihat ini sebagai satu keupayaan untuk mengingati. Contohya, ayat "My name is Johari", dari segi linguistik, selepas ayat "My name is", ia mestilah disusuli dengan nama. AIML boleh menyemak ayat ini dan mengambil perkataan selepas ayat ini sebagai nama dan menyimpannya didalam pemboleh ubah contohnya "name". Ini adalah simple tapi bagi ambe ia adalah pengaturcaraan yang bijak.

Ambe ada menulis banyak kod AIML dalam bahasa melayu sewaktu di sekolah menengah dulu. Malangnya sekarang file-file kod AIML ambe tu telah hilang. Set kod AIML yang lebih lengkap boleh didapati di GoogleCode dan dengan set kod AIML ini, anda boleh menyentuh untuk bersembang dengannya mengenai banyak perkara contohnya dari politik hinggalah sejarah dunia.

Ambe juga ada meng"port"kan satu projek interpreter AIML bernama "PASCALice" yang asalnya diprogramkan dalam Borland Delphi 5, ambe portkan ia ke Lazarus iaitu satu alternatif IDE opensource untuk Borland Delphi 5. Project ambe ini ambe beri nama LAFE, acronym untuk Lazarus AIML Front-End. Anda boleh download project ambe ini di GoogleCode.

Lazarus AIML Front-End

Khamis, 17 April 2014

Selasa, 8 April 2014

#98: Some of My Old Photos

Suhaimi di tahiyyat akhir. Solat di perhentian R&R ketika pulang dari kursus di Kuala Lumpur
My old Rolleicord TLR and some unexposed films.
Teman lama.
I miss my old hair.
This is Jailani checking his telephone.

Rabu, 2 April 2014