Selasa, 26 Ogos 2014

#106: Omar's Audiology Test

Omar dipasang dengan sensor di tengah dahi dan mastoid process.
Ambe bawa anak ambe Omar ke Hospital Rehabilitasi Cheras tadi untuk temujanji di Unit Audioloy pagi tadi. Ujian ni dibuat dalam keadaan tidur. Disebabkan ambe tak mahu sedatekan Omar, malam sebelumnya ambe buat dia tidur lewat, kemudian kejut dia seawal 5 pagi supaya dia mengantuk sewaktu ujian yang dibuat pada jam 9 pagi.

Nampaknya telinga kanan dia anatomically lebih sempit dan ada sikit keabnormalan pada bacaan EEG. Mungkin bunyi yg Omar dgr dari telinga kanan tak sama dgn apa yg kita dgr. Terima kasih pada Audiologist Pn Jamilah kerana meluangkan masa utk buat ujian ni.

Explanation Audiologist ttg condition Omar tadi ambe cuba faham dgn istilah dalam produksi muzik. Kiranya apa yg Omar dengar bukanlah "dry" signal, tapi "wet" signal atau gabungan "wet" dan "dry" signal dgn percentage tertentu yang tidaklah teruk pun. Apapun ambe harap ia tak akan mengganggu kemampuan dia utk meniru percakapan org dewasa.

Audiologist tadi juga menakutkan ambe ttg bad habits ambe yg suka mendengar muzik kuat akan gradually merosakkan pendengaran ambe permanently! Ia akan destruct sel-sel didalam cochlea membuatkan ambe mulanya tidak akn dpt dgr bunyi berfrekuensi tinggi, kemudian pertengahan dan freq rendah. Akhirnya permanently hilang pendengaran. Terus insaf.

Tiada ulasan: