Isnin, 5 Disember 2016

#150: Film Review: Jagat (2016)

Ambe tonton ni 2 hari lepas. Filem ni menampilkan muka-muka yang ambe tak pernah lihat sebelum ini dalam drama tempatan. Mungkin ada keluar di filem india tempatan, tapi ambe kurang terdedah. Jalan cerita filem nampaknya ada sedikit non-linear yang menjadi trend akhir-akhir ini. 

Character development yang bagus. Ambe lihat filem ni seperti ada 2 karakter utama (ambe ingat filem ni hanya tentang budak dalam poster filem ni sahaja). Karakter Appoi dan pakciknya Mexico sangat terbit dalam filem ni. Juga kadang-kadang watak Mexico lebih dominan dalam filem ni kerana dia bawak watak yang berat dan kamera banyak bersamanya.

Filem ini banyak dialog-dialog yang thoughtful. Mexico walaupun seorang gangster tapi beliau ada prinsip hidup yang kuat. Ambe suka ada seorang watak pakcik Appoi yang kerja nelayan dalam filem ni yang selalu bijak memberi kata-kata wisdom. 

Filem ni banyak recall memori ambe tentang kehidupan awal 90an. Ada juga scene yang ambe rasa disturbing contohnya scene Appoi telefon 999 di public phone dan buat bunyi kucing dan kemudiannya call 999 menangis teresak-esak selepas kematian pakciknya. Overall ambe suka filem ni kerana ia, walaupun hanya fiksyen, tapi ambe fikir agak dekat dalam memaparkan realiti masyarakat. Kamera work bagus. Cinematography, scenery yang dipilih pun ambe suka. Malah ambe suka detail-detail yang kecil contohnya botol arak yang bergoyang in sync dengan bot bergoyang. Soundtrack pun ok. Ambe rate 7.5/10 untuk filem ni.

Khamis, 15 September 2016

#149: Kesan Buruk bila Ilmu Tidak Dijaga

Galileo Galilei. Kesian mamat ni kena dera.
Baru-baru ni ambe ada baca tentang sejarah tahun lompat. Tahun lompat diperkenalkan oleh Julius Caesar pada 45 BC (sebelum kelahiran Jesus Christ). Caesar mendapat consultation daripada top astronomer di zamannya bahawa setahun terdapat 365.25 hari untuk bumi mengelilingi matahari. Ambe ulang, 365.25 hari untuk BUMI mengelilingi MATAHARI!

Bercakap tentang bumi mengelilingi matahari, ambe terus teringat Galileo Galilei dan ambe cuba compare balik dengan sejarah Galileo. Pada tahun 1633 AD (Anno Domini, selepas lahirnya Jesus Christ) Galileo dituduh heresy oleh gereja kerana kata bumi kelilingi matahari. 

Aik? 45 BC Julius Caesar dah tahu bumi keliling matahari, macamana 1633 AD Galileo dituduh heresy pulak? Apa yang berlaku sepanjang 1678 tahun tu sampai orang boleh lupa yang bumi mengelilingi matahari atau matahari mengelilingi bumi?

Matahari punyalah besar pun orang boleh terflip role.

Selasa, 9 Ogos 2016

#148: "If you are not paying for a product, you become the product"

Ambe post ni pada Sabtu, 6 Ogos jam 5:43 petang
Agak terkejut gok tengok mesej ambe tulis di sebelah ni viral. Ada yang terima, ada yang kondem. Ada jugak yang panggil ambe bodoh, paranoid etc. Dok kira lah nok kata mende. Tapi ambe tahu apa yang ambe tulis.

Sebagai seorang concerned citizen, bila ambe baca berita BH ni, bahawa (perenggan terakhir) mereka bimbang berdasarkan kes-kes lepas, adanya apps digunakan sebagai surveillance tool. Mereka AWARE tentang potential ni!

Ambe ni ada base programming gok. Android SDK, iPhone SDK, dan perantara HTML5 dengan mobile device contohnya PhoneGap dan Apache Cordova tu ambe tahu la. Bila kamu develop app, dan app kamu kena guna GPS atau kamera, etc, waktu proses compilation, kamu kena link dengan library berkaitan dalam SDK. Untuk keselamatan, waktu nak install, Android akan keluarkan satu dialog dan menglistkan permission yang kamu perlu beri. Jika app yang kamu develop ada link dengan library untuk mengakses kamera, dalam list permission akan keluar "Camera" dan penerangan bahawa app ini akan guna kamera kamu untuk tangkap gambar dan video. Untuk pengetahuan, library kamera dalam SDK tidak menspesifikkan bahawa, bila kamu ada permission kamera, kamu hanya boleh stream gambar, atau tangkap gambar atau record video sahaja. Tapi ketiga-tiga ini dibenarkan.

Contoh permission ini adalah: Ali memberitahu ibunya dia nak potong buah epal. Unsuspecting, ibu Ali membenarkan Ali memikirkan Ali hanya guna untuk potong epal. Selain guna untuk potong epal, secara Ali senyap-senyap menggunakan pisau itu juga untuk sembelih kucing. Faham konsep permission ni? Ali hanya perlukan permission sekali bagi mendapatkan sepenuh kebenaran untuk buat apa sahaja dengan pisau tersebut dan pisau tersebut dalam possession Ali sepenuhnya.

Lagi permission yang menarik adalah, "Full internet access". Kamu mungkin download app email dan kamu expect ia hanya menghantar dan menerima email. Tapi bila kamu setuju app untuk dapatkan "Full internet access" diwaktu ni kamu hanya berharap pada programmer yang memprogramkan app kamu tidak menyelit kod tak berkaitan dan membuat lebih dari hanya menerima dan menghantar email (contohnya selain jadi email client, kod tambahan buat buat fon kamu jadi torrent seeder).

Ok, Pokemon Go, permission GPS, kamera dan full internet access. Kalau ambe programmer yang baik, ambe hanya buat ia game AG dengan accelerometer, g sensor supaya boleh render pokemon selari dengan pergerakan kamera yang dipegang user. Tapi kalau ambe programmer yang bijak? Memanfaatkan teknologi yang sedang viral, mengapa tidak collect data? User main game ni dimana-mana. Luar rumah, dalam rumah, dalam stor etc. Kereta Google Maps tak masuk rumah, tapi dengan kaedah ni, orang akan main, dengan GPS sentiada terbuka termasuk di interior. Ramai orang komen kecam katanya ini sama saja dengan Waze. Ambe faham, tapi itu bukan ideanya. Ideanya adalah interiors!

Bila ambe cakap interiors, mula lah ada komen takde sapa nak masuk rumah kamu, ada katil dan TV saja. Adoiii! Kalau orang TAHU dalam rumah ambe takde apa, orang tak payah masuk. Kunci disini adalah "TAHU". Dalam kes ni, MENGETAHUI bahawa dalam rumah kamu tak ada apa-apa!

Bukan itu sahaja, kajian untuk social science, bahawa sikap tidak ambil endah majoriti masyarakat yang akan approve apa sahaja permission yang diminta juga adalah data yang berharga dan amat berguna dan menguntungkan dalam bidang surveillance.

Tak lama lepas mesej ambe tulis ni viral, keluar lagi satu mesej viral membalas point-point yang ambe ketengahkan ni. Antaranya, permission kamera hanya untuk bantu user experience dan bukan untuk tangkap gambar. Unless penulis ni programmer Pokemon Go, keluar dengan kenyataan rasmi bahawa kamera hanya untuk stream gambar live dari depan, itu OK. Tapi kalau beliau bukan programmer Pokemon Go dan hanya buat andaian, macam ambe cakap, kamu kena meletakkan kepercayaan pada programmer luar negara supaya app ni hanya dibuat untuk main pokemon SAHAJA dan takde sisipan kod untuk collect apa-apa data dari kamu. Bila kamu setuju dengan permission, kamu bukan lagi diposisi untuk membuat keputusan selepas itu samaada kamu benarkan submit apa-apa data dari mobile device kamu.


Ambe tulis sebab ambe concern tentang tahap awareness masyarakat tentang hal-hal sebegini. Yelah, ramai orang, banyak perangai, banyak tahap pendidikan. Ambe tulis ni generalized untuk semua untuk tambah kesedaran isu sebegini.

Negara Iran baru-baru ni juga block game ini atas sebab "Security Concern" setelah melihat beberapa kes orang awam wandering di lokasi-lokasi sensitif. Negara bodoh ke apa ni? Kamu mungkin rasa ni negara bodoh, tapi ini mungkin sebab kamu belum jumpa dengan programmer yang bijak.
Knowledge is power. Membataskan pengetahuan orang luar tentang kita banyak menguntungkan negara.

Berkenaan game Pokemon Go yang percuma di app store, ada pepatah berbunyi, "If you are not paying for a product, you become the product"

Sekian.

Isnin, 11 Julai 2016

#147: Zakat Fitrah

Ada orang bagi idea, bagi zakat terus pada orang yang layak, bukan melalui badan zakat negeri. Bunyi macam idea yang bagus, tapi bila fikir dalam-dalam, macam tak praktikal.

Kalau kamu duduk KL, ramai orang kaya-kaya, kamu susah nak cari orang yang menepati criteria asnaf yang layak untuk terima zakat. Bila kamu duduk di tempat yang ramai orang tak berkemampuan pulak, kamu akan jumpa 20-30 keluarga yang menepati criteria layak terima zakat, jadi kamu gembira untuk serahkan rate zakat ikut negeri sebanyak 7-8 ringgit, tapi untuk dibahagi 20-30 keluarga? Tak praktikal kan? Kamu niat bantu tapi jadi lone-wolf dengan kemampuan sendirian yang terhad. Jadi serahkanlah tugas ini pada yang pakar. Mereka ada database dan pengumpulan duit zakat yang berpusat. Ada data registration beribu-ribu orang-orang yang layak terima zakat. Kamu tak mampu manage semua benda ni sendirian kan?

#146: Useless Skill

Ambe ni dok banyak cakap orangnya, tapi ambe dok suka bila bila orang guna ayat panjang tapi takde isi. Contohnya, instead of guna ayat pendek dan ringkas, "saya akan dapatkan persetujuan YB untuk projek ini", so annoying bila guna ayat ni, "saya akan bertanya pada YB untuk persetujuan projek ini dan YB akan memberikan jawapan samaada beliau bersetuju ataupun tidak. Selepas itu barulah kita tahu apakah pandangan YB terhadap projek ini berdasarkan jawapan yang diberikan oleh YB samaada bersetuju ataupun tidak. Jawapan yang diberikan oleh YB merupakan satu jawapan yang kita tunggu-tunggu kerana berdasarkan jawapan YB lah kita akan teruskan projek ini ataupun tidak diteruskan." Ugh! Ambe admire ramai orang disebabkan skill bercakap yang bagus dan bijak mengeluarkan buah fikiran, satu kebolehan yang takde pada ambe. Tapi tolonglah jangan tunjuk skill bercakap jenis laguni. Ambe dok impressed. Mmeehh!

#145: Orang Mati Dalaman

Bila kamu dah GENUINELY takde rasa apa-apa bila kamu tolong orang dan orang tak ucap terima kasih, kamu tak rasa apa-apa bila orang perlekeh kamu, kamu tak rasa apa-apa bila orang mengumpat kamu, kamu tak rasa apa-apa bila ada orang menunjuk-nunjuk kekayaan beliau pada kamu, kamu takde rasa apa-apa beza pada 2 orang yang berlainan, kamu takde rasa beza beli tudung dengan kawan kamu atau beli dengan artis, kamu tak rasa apa-apa bila kemu jemput kawan baik kamu datang kenduri tapi tak datang, kamu tak rasa apa-apa bila orang buat salah pada kamu dan tak minta maaf, kamu tak rasa apa-apa bila orang sombong dengan kamu, dan lain-lain, kamu mungkin dah ignore sepenuhnya bahagian "small minds". Ramai orang tak akan faham perkara ni, mungkin akan panggil kamu dah "dead inside", sehingga kamu genuinely merasai sendiri betapa tranquilnya rasa tak perlu emotinally attached dengan orang lain. Taniah!

#144: Raya Like A Boss.

Atas rasa tanggungjawab ambe post ni supaya kamu tak terasa "down" disebabkan kamu sangat bersederhana di hari raya ini. Kamu bukan budak-budak lagi untuk participate permainan bernama "nampak kaya". Ubah mindset. Kamu terlalu bijak untuk semua ini. Uruskan kewangan kamu dengan bijak. Kurangkan drama. 1 part untuk simpan, 1 part untuk invest, 1 part untuk spend. Senyum, syukur dan ucap SHRMZB 1437H/2016!

Ahad, 29 Mei 2016

#143: Atap Bocor = Free Camera Obscura

Camera Obscura
Ambe dok tahu ni betul atau tak, tapi ambe rasa imej bulatan cerah yang projected di lantai rumah dari lubang paku pada atap zink yang bocor adalah imej matahari sebab lubang paku tu dah menjadi "kanta" untuk sebuah pinhole camera. 

Tak ada cara nak proof ini kecuali bila ada solar eclipse, bulatan cerah pada lantai juga akan alami eclipse. Kalau betul, maknanya kamu dah ada sebuah interstellar solar telescope dari atap zink rumah yang bocor. 

Walaupun tak nampak jelas permukaan matahari atau tak nampak semburan api dari matahari yang menyebabkan fenomena Aurora, ia tetap sebuah imej matahari..

Kalau ikut logik ambe la..
This diagram shows how an artist could use a Camera Obscura to aid his drawings
Mighty sun!

Isnin, 18 April 2016

#142: Life Strategy: Modal Insan

Wise man Warren Buffett thought on earning.
Ambe fikir adalah penting untuk ada banyak kemahiran dalam hidup ni. Lebih-lebih lagi skill yang tak ramai orang ada. Kalau kamu pandai masak sup sedap, tapi ada berjuta-juta orang pandai masak sup sedap, macamana bos kamu nak bezakan speciality kamu dengan berjuta orang lain? Tiba satu hari bos kamu suruh kamu kerja buat sup 2 syif 7 hari seminggu tanpa boleh cuti selama setahun dan bos kamu cakap kalau kamu enggan, kamu boleh berenti kerja sebab ada berjuta orang tunggu nak ganti tempat kamu. Rasa geram dan rasa diri ni worthless betul bila orang cakap lagutu. Cara nak revenge, belajarlah kemahiran lain dan belajar ia betul-betul. Supaya next time bos kamu cakap yang sama, kamu boleh reply, "IDGAF" on his face! LOL! Tapi itu untuk revenge je, idea utamanya adalah, secure your future. Terlalu berisiko untuk ada hanya satu source of income sekarang.

#141: Film Review: Joy (2015)

Joy (2015)
Filem ni adalah filem biographical kisoh benar tentang Joy Mangano, seorang wanita yang suka mereka-cipta, dalam kes filem ni, ciptaan beliau adalah sebatang mop yang boleh dipulas tanpa menyentuh bahagian mop yang kotor. Walaupun ciptaan nampak lekeh, simple, tapi ia amat praktikal (mungkin dekat rumah kamu pun ada mop ni, disini kamu boleh lihat bagaimana capaian marketing rekaan mop ni boleh sampai keseluruh dunia).

Filem ni menceritakan kisoh dari beliau dari kanak-kanan hingga dewasa dan susah payah beliau untuk menjual ciptaan beliau hingga terpaksa memajak rumah beliau sendiri dan pernah diistihar bankrupt. Ini kisoh tentang kecekalan, tak mahu menyerah kalah, lebih kurang macam filem Flash Of Genius (2008) apabila Robert Kearns mencipta patent windshield wiper tapi dimanipulasi oleh Ford hingga beliau menghadapi mental breakdown.

Ambe sangat recommended untuk tonton filem Joy (2015) sebab ia banyak memberi inspirasi pada orang yang baru dalam dunia perniagaan, jangan mudah putus asa dan jangan mudah konfius/rasa dimanipulated dengan situasi-situasi rumit berkaitan business, perundangan etc. Ambe rate 7.5/10 untuk filem ni.

Joy (2015) theatrical trailer