Khamis, 9 Januari 2014

#89: Katak Bawah Tempurung - A New Perspective (Part 2)

Bayangkan seseorang yang tak pernah menonton filem orang lain tapi minat untuk membuat filem. Agak-agak apakah hasilnya kalau beliau mengarah filem? Orang yang tak pernah menonton filem orang lain boleh juga ambe bagi contoh antara pembuat filem terawal iaitu Georges Méliès. Di zaman dimana orang buat filem hanya dengan durasi beberapa saat, ambe boleh simpulkan bahawa Georges Méliès sudah tentu tak banyak menonton filem-filem kerana zaman tersebut masih belum ada banyak filem yang dikeluarkan. Nak tahu hasil filem arahan beliau?


Filem dari tahun 1902, A Trip to the Moon, arahan Georges Méliès

Macam "katak bawah tempurung tak"? Bagi ambe, tak boleh la nak label katak dibawah tempurung sebab beliau antara orang yang pertama mengarah filem didunia. Tapi disini anda boleh lihat bagaimana seseorang yang langsung tak ada garis panduan norma-norma filem mengarah sebuah filem. Terasa sangat asing dan avant guard kan? Bayangkan Georges Méliès tinggal di zaman moden tapi beliau tinggal pula didalam gua di negara Malaysia, tak pernah menonton filem Playboy itu Suamiku, Senario the Movie, Mami Jarum, dan lain-lain. Jika beliau keluar dengan filem sebegini, boleh nampak bahawa beliau seperti "katak dibawah tempurung" kan?

Ia adalah purely "katak dibawah tempurung", dan bukan reverse-"katak dibawah tempurung" kerana ambe bayangkan orang yang reverse-"katak di bawah tempurung" adalah orang yang terdedah dengan dunia luar tanpa terdedah pada masyarakat setempat sedangkan masyarakat setempat hanya terdedah dikalangan sendiri.

Tiada ulasan: