The Bad Plus - Here We Test Our Powers of Observation
Dirty laundry, chickenpox and chrysanthemum. In case of Amnesia: Mr.Harmonies Memory Database.
Isnin, 9 Februari 2015
Rabu, 14 Januari 2015
#115: Whiplash (2014) film review
Kalau Stanley Kubrick segarang Sergeant Hartman (Full Metal Jacket) menjadi pengajar muzik, maka beliau adalah Terence Fletcher. Whiplash (2014) adalah tajuk satu muzik Big Band Jazz yang mana big band ini features drumming (seperti Buddy Rich Big Band). Siapa yang meminati jazz mungkin tahu betapa rumitnya muzik jazz. Jazz sepatutnya menenangkan, tapi ia tak setenang yang ditunjukkan. Filem ini menunjukkan betapa teruknya latih tubi yang perlu dilakukan seorang drummer jazz untuk menjadi perfect bagi menepati kehendak seorang perfectionist yang bermulut puaka. Segarang-garang Sergeant Hartman pun, beliau jenis tak simpan dendam. So technically, Fletcher lagi teruk. Whiplash (2014) ambe dapati ada resemblance Black Swan (2010) dimana ia tentang students yang hampir tergelincir kewarasannya ingin memenangi hati pengajar supaya terpilih untuk menjadi orang utama. Ia hampir segelap Black Swan (2010) dan ada ala-ala Rocky (1976) dengan mentor yang juga bermulut puaka cuba push kemampuan manusia hingga limit. Ambe suka filem ni tapi ambe suka kalau ia lebih "dark". So ambe bagi rating 7.5/10 untuk filem ni.
Whiplash (2014)
Sabtu, 13 Disember 2014
#114: Selepas Sebulan di TradingView.com
Currently I only share Forex market trading ideas |
![]() |
EURCAD. Kombinasi CCI dan Supply/Demand levels |
![]() |
Trend lines works great. Notice I also use moving average to detect main trend |
![]() |
Strong downtrend and we are at the highest price peak |
![]() |
Here we have multiple supply and demand levels. |
![]() |
Always buy at low price and sell at higher price. Low demand meaning low price. |
Tags:
demand,
investor,
reputation,
supply,
trading ideas,
tradingview
Selasa, 9 Disember 2014
#113: Crystal Snorting!
![]() |
Crystal Menthol |
Bini ambe demam selsema semalam dan hidungnya sumbat. Ambe beli menthol crystal utk bantu relieve hidung sumbat. Sekarang ambe berangan jadi Walter White jual crystal meth Hahahaha!
Ambe beli crystal menthol ni dari sebuah farmasi berdekatan rumah ambe tinggal. Dijual dalam botol kecil dengan harga lebih kurang RM 5 sebotol. Bentuknya ambe nampak macam serpihan kaca pecah (sehingga ambe tonton rancangan Breaking Bad, ambe perlu cakap ia ada resemblance produk awal crystal meth yang dihasilkan Walter White sebelum berjumpa dengan Tuco Salamanco Hahaha!).
Crystal Menthol baunya sangat tajam. Konsentrasinya tinggi sebab tu baunya lebih tajam berbanding dengan Vicks atau vaporub lain. Menthol sebenarnya diproses daripada tumbuhan Peppermint (pokok Pudina). Ia mengeras pada suhu bilik dan mencair di suhu melebihi suhu bilik. Untuk mendapatkan efek terbaik, mentol perlu di cairkan dulu. Kerana dalam bentuk kristal, ia taklah vaporised dengan baik. Ambe dapati, oleh sebab konsentrasi crystal menthol yang sangat tinggi, sedut vapor menthol ini dengan kuat akan menyebabkan rasa sakit di nasal passage diikuti sakit pada mata. Oleh itu disarankan sedut vapor crystal mint ini dengan perlahan-lahan supaya anda boleh control kemasukannya.
![]() |
Musim hujan ni elok Mr. White mulakan bisnes Crystal Menthol. To the purest Crystal Menthol ever! |
PENTING! Hanya sedut vapor dari Crystal Menthol, dan bukannya sedut serpihan kristal tu sendiri okay! Hahahaha! Ambe dok bertanggung jawab kalau apa-apa berlaku bila sedut serpihan crystal menthol dalam hidung (ambe agak akan berlaku kesakitan yang tak boleh dibayangkan Hahaha!)
Ada sesetengah orang suka menggunakan wap air panas untuk relieve blocked nose. Caranya sediakan air panas berwap dalam bekas, kemudian masukkan beberapa keping Crystal Menthol kedalam air panas berwap ini. Biarkan kristal ini mencair (dalam masa beberapa saat saja kerana ia mudah mencair di suhu lebih dari suhu bilik). Kemudian ambil kain selimut, selimutkan kepala anda bersama dengan bekas air panas berwap yang dah dicampur menthol kristal ini. Cuba bernafas dalam steam ini (tujuan selimut adalah supaya wap tak terlepas keluar). Bernafas dalam wap beraroma tajam ini mungkin agak susah, tapi cubalah sehingga rasa blocked nose dah kurang. Selamat mencuba!
![]() |
My sinuses are clear now but my eyes are burning! |
Tags:
heisenberg,
menthol,
meth,
nose,
peppermint,
pudina,
selsema,
sinus,
sinusitis,
snort,
walter white
Selasa, 2 Disember 2014
#112: Pleasant music for pleasant loving ears
#111: Multiple Display Setup
Akhir-akhir ni ambe agak aktif dalam bidang trading. Ambe banyak menghabiskan masa mengkaji chart dan melakukan analisa teknikal keatas chart. Satu keperluan yang agak penting dalam mengkaji chart adalah memiliki skrin yang lebar. Ini kerana trading chart mempunyai kaitan yang signifikan dengan sejarah lampau. Trading chart mempunyai 2 paksi iaitu harga dan masa. Untuk melihat harga di paksi Y tidak menjadi masaalah kerana perubahan harga tidaklah terlalu besar. Akan tetapi untuk mengikuti paksi X pada chart iaitu mewakili masa, akan menjadi masaalah kerana ia mempunyai data yang sangat banyak yang mewakili harga untuk tempoh beberapa belas tahun. Skrin yang lebih lebar diperlukan untuk melihat lebih banyak data ini lebih-lebih lagi jika strategy yang digunakan adalah berdasarkan pergerakan harga di masa lampau.
![]() |
Fig A. |
Ambe ada 2 buah monitor lama. Satu yang memang ambe beli untuk guna dengan desktop computer yang ambe guna sekarang, satu lagi ambe dapat dari adik ambe yang tidak lagi menggunakannya. Monitor ambe bersaiz 24" dan monitor adik ambe yang ambe tak tahu berapa saiznya. Aspect ratio monitor ambe adalah 16:9 manakala lagi satu 4:3. Ambe fikir untuk gabungkan 2 monitor ini supaya desktop ambe boleh extend lebih lebar. Kedua2 monitor ambe ini menggunakan VGA. Ambe menggunakan graphic card Nvidia GeForce 210. Graphic card ni mempunyai 3 output iaitu VGA, DVI-I dan HDMI. Ambe menghadapi masaalah untuk connect monitor kedua ambe kerana kedua monitor ambe menggunakan VGA sedangkan hanya ada 1 sambungan VGA dari graphic card. So ambe search dan ambe dapati ambe perlukan satu converter untuk DVI-I kepada VGA.
DVI (Digital Visual Interface) adalah successor kepada VGA tetapi mempunyai backward-compatible dengan sambungan VGA. HDMI walaubagaimanapun tidak backward-compatible dengan VGA. Ini bermakna, untuk convert signal DVI kepada VGA, hanya passive converter diperlukan. Manakala untuk HDMI, active converter diperlukan. Ambe pernah menyambung HDMI converter kepada VGA dan ambe dapati alat converter itu cepat menjadi panas mungkin kerana proses yang aktif yang berlaku dalam alat tersebut menyebabkan ia mengeluarkan banyak haba. Ambe fikir untuk kegunaan yang sangat lama, ia boleh menjadi satu masaalah kerana bimbang haba yang terjana mungkin boleh menyebabkan kerosakan, or worse, kebakaran. Jadi, ambe decide untuk membeli converter DVI-I kepada VGA untuk menyambung monitor kedua ambe.
![]() |
Ada 3 sambungan disini, VGA, HDMI dan DVI-I |
Lihat Fig A, jika anda perasan, disebelah kiri terdapat satu pin besi horizontal. Ini membezakan samaada connector DVI tersebut adalah analog atau digital (ditandakan sebagai DVI-D atau DVI-A. DVI-I adalah integrated). Disebabkan VGA menggunakan signal analog, maka converter jenis analog diperlukan.
Ambe menyambung kedua monitor ini (satu kepada VGA dan satu kepada DVI-I to VGA converter kepada sambungan DVI-I). Bila ambe boot komputer, ambe dapati hanya 1 monitor yang mengeluarkan gambar. Bila login sahaja dalam windows, monitor kedua ambe sudah functional. Seterusnya apa yang perlu dibuat adalah mengset resolution supaya ia match dengan ketinggian monitor pertama supaya tidak berlaku ralat paralax. Ambe menggunakan ketinggian 1080 pixel. Mengikut kira-kira yang ambe buat, resolusi gabungan 2 monitor ambe ini adalah 3200x1080. Ambe rasa ia cukup wide untuk kegunaan ambe membuat technical analysis pada chart, menggunakan aplikasi multimedia, photo editing etc.
![]() |
Nampak tona warna sebelah kiri lebih warm dari kanan? Inilah kesan umur monitor yang dah aging. |
![]() |
Beginilah rupa chart di skrin beresolusi 3200 x 1080 |
Selasa, 18 November 2014
#110: Trading Ideas!
Lihat di sebelah kiri blog ambe ni, ruang "Navigator", ambe telah add satu link baru iaitu "Trading Ideas". Link ni bila diklik akan redirect ke profile ambe di TradingView. Disini ambe akan kongsikan idea-idea ambe untuk trading di ruang "Published Ideas". Setakat ini ambe hanya melakukan analisis untuk currency exchange kerana TradingView tidak mempunyai data untuk stocks/futures di Malaysia. Sebarang pendapat berkenaan trading ambe amat hargai dan boleh dikongsikan di TradingView :)
Profile ambe di TradingView. |
Selasa, 4 November 2014
#109: Technical Analysis - EURUSD(M5) 4/11/2014
Ambe definitely akan go long pada hari ini kerana previous downtrend sudah collapse, mencipta uptrend baru. Conformed by 3 SMA setakat ini dan lihat volatility, bagus kan? :)
Selasa, 30 September 2014
#108: Asynchronous Programming
The "content is empty" is very confusing untuk programmer nodejs baru seperti ambe. |
Menjadi nature Node.js, Node.js adalah asynchronous. Bermakna Node.js adalah asynchronous secara default, walaubagaimanapun ia boleh diprogramkan untuk synchronous. Asynchronous boleh dibayangkan dengan perlumbaan F1 yang dilepaskan secara berturutan, tetapi kereta yang mana paling laju akan sampai dahulu, meninggalkan yang lambat. Contoh:
1. Baca fail dan simpan dalam variable A.Diatas adalah 3 baris arahan ringkas. Untuk pengaturcaraan synchronous seperti kebanyakan programming language lain, output adalah kandungan A diikuti dengan perkataan "Hello World". Asynchronous pula sebaliknya. Disebabkan proses untuk membaca fail mengambil masa (walaupun hanya beberapa milisaat), Node.js tidak akan menunggu di baris 1. Ia akan teruskan execution dan anda mungkin akan mendapat output "Hello World" barulah diikuti dengan content A, jelas sekali melangkau sequence yang sepatutnya. Ini memberikan advantage kepantasan tanpa interruption yang mungkin disebabkan delay dalam proses I/O. Walaubagaimanapun, konsep ini sangat confusing bagi programmer baru yang sudah terbiasa dengan synchronous programming language seperti ambe.
2. Print kandungan A.
3. Print "Hello World".
Dibawah ini ambe cuba memprogramkan satu API untuk perkhidmatan email sementara Mailinator tetapi ambe menghadapi masaalah kerana output dari script ini adalah tidak seperti yang ambe maksudkan (lihat gambar diatas). Variable "a" disini sepatutnya mengandungi teks JSON dari API Mailinator. Sehingga sekarang ambe masih belum menjumpai jalan penyelesaiannya. Dari pengamatan ambe, ini terjadi mungkin disebabkan asynchronous nature pada Node.js.
var a= getMailinatorInbox("hunabku","xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx"); console.log("content is:" , a); function getMailinatorInbox(who,token){ var content=""; var options = {/* host: 'www.google.com', port: 80, path: '/upload', method: 'POST'*/ host: "api.mailinator.com", path: "/api/inbox?token="+token+"&to="+who, method:"GET" }; var req = https.request(options, function(res) { res.setEncoding('utf8'); var chunks=""; res.on('data', function (chunk) { chunks+=chunk; }); res.on('end',function(){ content=chunks; }); }); req.end(); return content; }
Tags:
asynchronous,
javascript,
nodejs,
programming,
synchronous
Isnin, 15 September 2014
#107: A "Game" to sharpen your mind.
Test your IQ here! |
Stocks, Futures, Forex trading dengan analisis teknikal pada chart bukanlah sesuatu yang mudah. Ia juga melibatkan banyak hal lain dari money management hinggalah stress management bila mengalami loss. Tapi, kerja-kerja seperti ini bagi ambe adalah ibarat satu "permainan" bagi orang dewasa untuk mengasah minda. Sedang kanak-kanak begitu banyak game yang boleh mengasah minda, orang dewasa juga patut "bermain" game ini. Bagi ambe ia boleh membantu mengajar disiplin diri, strategical thinking, meningkatkan ingatan, sabar dan pengurusan.
Untuk mulakan permainan ini dengan cepat tanpa apa-apa ikatan dengan broker, ambe cadangkan gunakan cTrader dengan web interface. Ini kerana pendaftaran untuk akaun demo biasa agak leceh yang memerlukan anda untuk memasukkan maklumat peribadi dan mungkin broker akan menelefon anda (ini sangat annoying bagi ambe), kemudian perlu download dan install aplikasi seperti MetaTrader kedalam komputer). Dengan cTrader web interface, anda boleh terus melakukan technical analysis terus melalui browser tanpa perlu install apa-apa didalam komputer. Begitu mudah dan cepat.
Ada beberapa broker yang menyediakan cTrader sebagai platform dan pendaftaran untuk akaun demo boleh dibuat dengan cepat. Antaranya broker-broker yang menyediakan platform cTrader adalah FxPro dan Trader'sWay. Langkah pertama adalah, membuka akaun demo. Buka web browser anda dan taip link "http://ct.fxpro.co.uk" untuk FxPro atau "http://ct.tradersway.com/" untuk Trader'sWay (atau taip link apa sahaja broker pilihan anda. biasanya URL untuk platform cTrader web interface bermula dengan "http://ct.<nama broker anda>.com"). Tekan enter dan kalau tak ada masaalah,
Fill in the blanks! |
Pilih "Demo Account" dan lengkapkan bahagian Name, Email. Anda tak perlu lengkapkan dengan maklumat betul pun. Hanya letak apa-apa nama dan email. Jika anda ingin mendapatkan email dari broker, letakkan email sebenar anda, atau jika anda tak mahu, letakkan "temporary email" seperti email mailinator.com (<nama anda>@mailinator.com). Kemudian lengkapkan bahagian Deposit dengan nilai deposit yang anda mahu, pilih matawang yang anda ingin gunakan, kemudian pilih Leverage yang anda mahu. Akhir sekali, klik "Create Account".
Sign in, dan anda berjaya register untuk akaun demo |
![]() |
Ada beberapa puluh indicator sedia untuk digunakan |
cTrader dilengkapi dengan banyak fungsi-fungsi yang memudahkan kerja-kerja anda melakukan analisa teknikal keatas chart. Terdapat beberapa puluh indicator disediakan, tools untuk melukis diatas chart, box, trend lines, fibonacci, channel dan lain-lain boleh diakses melalui menu atau toolbar disebelah kanan chart.
This is where you choose to Buy or Sell. Choose wisely! |
Sekarang, anda bolehlah memulakan pengkajian teknikal anda atas chart matawang asing ini. Mulakan trade, buy, sell, tetapkan stop loss, take profit dan lain-lain. Data chart yang digunakan adalah berdasarkan chart sebenar kedudukan tukaran wang asing yang sebenar. Cubalah trade sehingga anda boleh menghasilkan profit serta belajar untuk money management. Ingat, ini adalah akaun demo, ia tidak melibatkan wang sebenar pun, jadi sebarang kerugian, tidaklah merugikan wang dari akaun bank anda di alam nyata.
Langgan:
Catatan (Atom)