Ahad, 25 Mei 2014

#101: Hannibal Season 2 Finale

Mads Mikkelsen as Dr. Hannibal Lecter
Ambe baru saja selesai menonton episod 13 yang juga season 2 finale bagi siri Hannibal. Season finale siri Hannibal ini membuatkan ambe berasa tak sabar untuk season 3.

Sepanjang Hannibal season 2, ambe tengok resipi masakan paling menarik adalah "clay roasted thigh and canoe-cut marrow bone" iaitu daging paha Dr. Abel Gideon yang telah diamputate dan dimarinate, dibalut dengan daun teratai kemudian disalut pulak dengan clay sebelum dipanggang dan dihidang bersama marrow bone. Kecur mulut tengok dish laguni. Lama-lama ambe jadi borderline cannibal gok.. Wakakaka! Jumpa lagi di season depan Dr. Hannibal Lecter!


Clay roasted thigh. And canoe-cut marrow bone.

Rabu, 21 Mei 2014

#100: A.I

Pada tahun 2001 dulu, Stephen Spielberg ada mengeluarkan satu filem bertajuk A.I (Artificial Intelligence). Ambe obses betul dengan komputer jadi ambe memang minat dengan filem begini. Ambe berpendapat, adalah menjadi satu yang mustahil bagi programmer untuk mengaturcara menjadikan komputer atau robot boleh berfikir seperti manusia. Tapi ambe tersentap bila ambe melawati laman web promosi filem A.I (2001).

Di laman web promosi filem ini, terdapat satu ruang untuk berchat (seperti IRC). Ambe login dan memulakan perbualan. Ambe disambut oleh "seseorang" yang membalas setiap pertanyaan ambe. "Dia" berchat dengan bahasa inggeris, boleh mengingati nama ambe, dan memberi respon dengan sangat cepat bila di tanya. Ambe terfikir, takkan lah ada staff yang menjawab semua pertanyaan dari beribu-ribu pelawat laman web itu.

Ambe siasat lagi, rupanya "orang" yang sedang ambe chatting itu adalah chatbot. Chatbot ini menggunakan teknologi AIML (Artificial Intelligence Markup Language). Ambe langsung tak menyangka rupanya bukan bersama manusia ambe berchatting, tapi bersama chatbot artificial intelligence. Respons yang ambe dapat dari chatbot ini semuanya relevan dengan pertanyaan ambe. Seakan ia berfikir seperti manusia betul.

HAL 9000 from 2001:A Space Odyssey
It's "consciousness"
Ambe terus mengkaji dengan penuh minat tentang teknologi AIML yang digunakan oleh chatbot tadi. Bila ambe "menggali" lebih dalam teknologi AIML, ambe dapati ia hanyalah pengaturcaraan yang tidaklah rumit. Ia banyak berkisar tentang linguistic dan bukannya kepandaian buatan yang sebenar. Ia mungkin nampak "bijak" tapi ia bukan satu "consciousness" (seperti Samantha dari filem Her (2013)). AIML mengambil input dalam bentuk ayat dan menyemak input ayat tadi kemudian memberikan respon menggunakan list-list ayat yang telah diprogramkan secara rawak. AIML boleh mengset pemboleh ubat yang kita manusia akan melihat ini sebagai satu keupayaan untuk mengingati. Contohya, ayat "My name is Johari", dari segi linguistik, selepas ayat "My name is", ia mestilah disusuli dengan nama. AIML boleh menyemak ayat ini dan mengambil perkataan selepas ayat ini sebagai nama dan menyimpannya didalam pemboleh ubah contohnya "name". Ini adalah simple tapi bagi ambe ia adalah pengaturcaraan yang bijak.

Ambe ada menulis banyak kod AIML dalam bahasa melayu sewaktu di sekolah menengah dulu. Malangnya sekarang file-file kod AIML ambe tu telah hilang. Set kod AIML yang lebih lengkap boleh didapati di GoogleCode dan dengan set kod AIML ini, anda boleh menyentuh untuk bersembang dengannya mengenai banyak perkara contohnya dari politik hinggalah sejarah dunia.

Ambe juga ada meng"port"kan satu projek interpreter AIML bernama "PASCALice" yang asalnya diprogramkan dalam Borland Delphi 5, ambe portkan ia ke Lazarus iaitu satu alternatif IDE opensource untuk Borland Delphi 5. Project ambe ini ambe beri nama LAFE, acronym untuk Lazarus AIML Front-End. Anda boleh download project ambe ini di GoogleCode.

Lazarus AIML Front-End

Khamis, 17 April 2014

Selasa, 8 April 2014

#98: Some of My Old Photos

Suhaimi di tahiyyat akhir. Solat di perhentian R&R ketika pulang dari kursus di Kuala Lumpur
My old Rolleicord TLR and some unexposed films.
Teman lama.
I miss my old hair.
This is Jailani checking his telephone.

Rabu, 2 April 2014

#97: Kecuaian Dalam Menilai Hadits

An Islamic lecture by Maulana Asri.

#96: Adobe AIR 4.0 on Linux.

Calm down Linux users! Adobe AIR 4.0 applications boleh berjalan dengan smooth di platform Linux. Ambe menggunakan Apache Flex 4.5 dan telah deploy satu aplikasi AIR Captive. Dengan mendeploy sebagai AIR Captive, anda tidak lagi perlu untuk install Adobe AIR kerana AIR runtime telah dipakejkan bersama aplikasi anda. Ini bermakna program anda tidak lagi mempunyai dependency luaran dan boleh berjalan sendiri.

Walaupun native Adobe AIR 4.0 untuk Linux tidak lagi boleh didapati, aplikasi yang menggunakan AIR 4.0 untuk Windows dapat dijalankan dengan baik dibawah WINE (Windows Emulator) dibawah sistem operasi Linux. Di bawah ini adalah contoh aplikasi yang menggunakan SDK AIR 4.0 dijalankan melalui WINE versi 1.4.1:
Windows targeted Captive Adobe AIR 4.0 application runs smoothly under Mint Linux using WINE 1.4.1.

Selasa, 1 April 2014

#95: RDA/RIA development with Apache Flex

Apache Flex
Aplikasi moden banyak mementingkan interface yang menarik. Walaupun untuk melakukan kerja-kerja yang mudah, seperti aplikasi kalkulator, tapi rupa dan rekabentuk aplikasi banyak memainkan peranan untuk pelanggan memilih untuk menggukanan aplikasi yang di develop. Aplikasi-aplikasi yang mempunyai User Interface yang menarik dan responsif sering dipanggil Rich Desktop Application atau Rich Internet Application (RDA/RIA).

Flex adalah projek yang ambe tunggu-tunggu untuk menjadi OpenSource dan akhirnya menjadi realiti setelah Adobe bersetuju untuk meletakkan Flex di Apache Foundation. Jadi sekarang Adobe Flex dikenali sebagai Apache Flex. Sebelum menjadi OpenSource, bayaran lebih $10k dikenakan untuk satu lesen Flex. Bayangkan tools yang sebelum ini bernilai $10k untuk 1 lesen dan direka dengan begitu sofistikated/lengkap diberikan percuma kepada pengaturcara yang begitu admire Adobe Flex yang sangat mahal itu, sudah tentu akan berasa sangat teruja kan?
Rich Internet Application example. Audiotool is a powerful online music production studio right in your browser
Ambe melihat Apache Flex mempunyai potensi yang tinggi dalam development aplikasi dengan User Interface yang responsif, menarik dan lebih lancar berbanding menggunakan pendekatan HTML5 (melalui TideSDK atau TitaniumSDK). Flex Framework menghasilkan output dalam bentuk Flash dan ia boleh diprogramkan menggunakan bahasa ActionScript serta MXML. MXML adalah XML yang menyertakan ActionScript didalamnya. Ia mudah seakan mengaturcara HTML bersama JavaScript. MXML memudahkan kerja-kerja untuk penghasilan User Interface. Berikut adalah contoh kod MXML:
<?xml version="1.0" encoding="utf-8"?>

<mx:Application xmlns:mx="http://www.adobe.com/2006/mxml" 
        xmlns:flexlib="http://code.google.com/p/flexlib/"  
        layout="vertical"
        >

<mx:Script>
        <![CDATA[
        [Bindable]
        public var prefix: Array = [ {label:"Mr.", data:1}, 
            {label:"Mrs.", data:2}, {label:"Ms.", data:3} ];
           
        ]]>
</mx:Script>
    <flexlib:AdvancedForm id="myForm" undoHistorySize="5">
        <mx:FormItem>
                <mx:ComboBox id="titles" dataProvider="{ prefix }" selectedIndex="0" />                 
        </mx:FormItem>
        <mx:FormItem label="First and Last Names" required="true">
            <mx:TextInput id="firstName" />
            <mx:TextInput id="lastName" />
        </mx:FormItem>
        <mx:FormItem label="Department">
            <mx:TextInput id="dept" text="Biology" />  
        </mx:FormItem>
                <mx:FormItem label="Other">
            <mx:NumericStepper id="age" value="25" minimum="1" maximum="100" stepSize="1" />
            <mx:CheckBox id="like" label="Do you like this code?" selected="true" />
            <mx:RadioButtonGroup id="survey"/>
                <mx:RadioButton id="rd1" groupName="survey" label="It is Okay" selected="true" />
                <mx:RadioButton id="rd2" groupName="survey" label="Normal" />   
                <mx:RadioButton id="rd3" groupName="survey" label="It can use some work" />             
                </mx:FormItem>      
                  
    </flexlib:AdvancedForm>

        <!-- Validation -->
        <mx:Validator id="vldrFirstName" source="{ firstName }" property="text"
                required="true" />
        <mx:Validator id="vldrLastName" source="{ lastName }" property="text"
                required="true" />

        <mx:HBox>
                <mx:Button click="mx.controls.Alert.show( 'Submit Data', 'Alert' )" 
                        label="Submit Data" enabled="{ myForm.isValid }" />
                <mx:Button click="myForm.resetForm()" label="Reset Form" />
        </mx:HBox>
        <!-- <mx:TextArea id="debug" width="600" height="300" />  -->
                
</mx:Application>
Walaubagaimanapun, ambe agak kecewa kerana Adobe telah tidak lagi mengeluarkan update untuk Adobe AIR (Adobe Integrated Runtime) bagi platform Linux. Hanya Adobe AIR SDK versi 2.6 kebawah sahaja ada untuk pengguna Linux (versi terbaru Adobe AIR setakat hari ini adalah 4.0). Banyak fungsi-fungsi terbaru Adobe AIR tidak dapat digunakan di Linux kerana versi 2.6 sudah jauh ketinggalan. Dengan Adobe AIR, aplikasi yang dihasilkan dengan Flex akan dapat dipasangkan di desktop seperti aplikasi native yang lain. Adobe AIR boleh menghasilkan aplikasi native untuk desktop Windows, Mac OSX, Linux (setakat versi 2.6) serta mobile untuk platform BlackBerry, Android dan iOS, serta beberapa device lain seperti TV dan lain-lain.

Adobe Photoshop Express developed using Flex
Antara aplikasi yang notable dihasilkan menggunakan Flex adalah Adobe Photoshop Express. Bagi ambe, jika ia cukup bagus untuk menghasilkan aplikasi untuk Adobe, maka ia cukup bagus untuk menjadi development tools pilihan ambe.

Skinning dan styling melalui Flex juga mudah. Kebanyakan komponen Flex boleh di "skin"kan terus melalui MXML menggunakan CSS. Komponen visual baru juga boleh direkabentuk dan library ActionScript sudah berkembang dan matang, boleh dimasukkan kedalam projek dengan mudah. MXML sebenarnya di translate ke ActionScript sebelum dicompile kepada fail SWF. Penetration Adobe Flash Player kepada semua komputer di seluruh dunia adalah lebih 90%, meliputi operating system Windows, Mac OSX, Linux, Haiku dan lain-lain.

#94: The Man Who Does'nt Talk Much

Misunderstandings always happen.
Agak unfair utk judge seseorang hanya pandai post di internet tapi bila berdepan jadi pendiam. Dalam psikologi ada 2 jenis perwatakan manusia, extrovert dan introvert. Berbanggalah orang extrovert kerana perwatakan ini lebih bersikap terbuka, mesra, banyak cakap etc. Berbanggalah juga orang introvert kerana mereka ini lebih byk berfikir dengan lebih dalam walaupun kurang bercakap secara fizikal. Oleh sebab ini introverts mungkin lebih memilih utk menulis berbanding bercakap.

Introversion mengikut Wikipedia adalah "the state of or tendency toward being wholly or predominantly concerned with and interested in one's own mental life". Some popular writers have characterized introverts as people whose energy tends to expand through reflection and dwindle during interaction. This is similar to Jung's view, although he focused on mental energy rather than physical energy. Few modern conceptions make this distinction.

The common modern perception is that introverts tend to be more reserved and less outspoken in groups. They often take pleasure in solitary activities such as reading, writing, using computers, hiking and fishing. The archetypal artist, writer, sculptor, engineer, composer and inventor are all highly introverted. An introvert is likely to enjoy time spent alone and find less reward in time spent with large groups of people, though he or she may enjoy interactions with close friends. Trust is usually an issue of significance: a virtue of utmost importance to introverts is choosing a worthy companion. They prefer to concentrate on a single activity at a time and like to observe situations before they participate, especially observed in developing children and adolescents. They are more analytical before speaking. Introverts are easily overwhelmed by too much stimulation from social gatherings and engagement, introversion having even been defined by some in terms of a preference for a quiet, more minimally stimulating external environment.

Introversion is not the same thing as shyness but it is often mistaken as such by extraverts. Introverts prefer solitary to social activities, but do not fear social encounters like shy people do.

Jumaat, 28 Februari 2014

#93: Helangkawi Island

Omar and ibu waiting for departure at LCCT.
Ambe baru sahaja balik dari cuti. Ambe ambik cuti selama 3 hari bermula isnin lepas hingga rabu. Bini ambe telah booking 3 tiket penerbangan AirAsia sejak tahun lepas lagi untuk percutian ni. 3 tiket iaitu untuk ambe, bini ambe dan Omar.

Disebabkan beli tiket awal, harga tiket sangat murah. Tiket pergi-balik untuk 3 orang hanyalah RM300+ sahaja yang ambe rasa sangat murah berbanding perjalanan dengan kereta yang mengambil lebih masa, tak lupa juga, caj untuk menaiki feri RM28 seorang dan sehala. Banyak juga tempat yang ambe lawati di pulau ni. Antaranya Pantai Cenang, Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah, dan GeoPark. Overall lawatan di pulau ini amat memuaskan. Program Island Hopping ambe rasa sangat valuable for money kerana dengan hanya bayaran RM35 (lebih kurang 10 USD) anda boleh menaiki bot meluncuri pantai melawat beberapa pulau di sekitar langkawi, satu pengalaman baru bagi ambe. Dibawah ini adalah beberapa gambar yang ambe tangkap sewaktu lawatan ambe di pulau ini.

This is Omar Shahnaz. He's big now.
A Jelly Fish
.. And A Penguin
Cute little fish
Omar
Ibu & Omar

Sabtu, 15 Februari 2014

#92: Finger Practice

Dah beberapa bulan ambe mengikuti kelas basic piano dengan cikgu ambe, ambe mula dapat tengok progress dalam permainan piano ambe. Dulunya ambe kurang faham tentang konsep scale, octave dan permainan piano itu sendiri. Sekarang ambe dapat mencari posisi C dengan cepat yang sebelum ini ambe terkial-kial kalau hendak bermula di C. Ambe mula mencari sendiri bunyi-bunyian dengan telinga seperti yang ambe buat dengan gitar. Ambe masih kurang mahir/cekap membaca notasi muzik. Bersama post ini ambe attach beberapa audio yang ambe cuba ikuti dari lagu-lagu yang ambe suka: