Ahad, 19 April 2015

#118: SSH-ing Ubuntu Server Virtual Machine

SSH-ing Ubuntu Server Virtual Machine
Sepanjang menggunakan komputer, ambe amat mengambil berat tentang penjimatan eletrik. Power consumption di ketika bil eletrik dengan tariff tinggi amat penting diambil perhatian untuk memastikan bil eletrik kekal rendah. Ambe ada sebuah komputer dual-monitor, dengan CPU Intel Core 2 Quad, dan ambe fikir ia tidaklah praktikal jika komputer ambe ni hanya untuk menjadi sebuah "mesin" untuk browse Facebook atau MP3 player. Ambe fikir ambe tak boleh jadikan jadikan komputer ambe sebuah "250 Watt Facebook Machine!", menggunakan begitu banyak tenaga eletrik untuk memproses benda yang kecil.
Apple MacMini
Ambe ada sebuah komputer lain. Sebuah MacMini. Sebelum ini ambe pasang ia pada TV tapi ambe dah ada pasang Astro dan HyppTV, jadi ambe ketepikan MacMini. So, ambe ada sebuah CPU tanpa monitor disini. Dari situ ambe dapat satu idea untuk gunakan MacMini ambe ni sebagai sebuah server untuk serve Cloud9, online programming IDE. Cloud9 adalah sebuah projek open source yang dihost di GitHub. Anda boleh cuba Cloud9 IDE di C9.io. Di artikel ni ambe tak akan pegi lanjut sehingga Cloud9 IDE siap dipasang, tapi akan menyentuh berkenaan kaedah untuk menyambung Ubuntu Server yang di hos dalam virtual machine VirtualBox melalui SSH.
VNC, controlling MacMini from any OS! 
So, pertama sekali adalah, menggunakan VirtualBox untuk menghost guest operating system. Guest OS pilihan ambe adalah Ubuntu Server 14.10. Ambe pilih Ubuntu Server kerana ia tidak memerlukan display untuk berjalan. Aplikasi hanya dalam bentuk console. Ini bermakna ambe tak perlu pasang monitor pun untuk menjalankan Ubuntu Server. Dan ini bermakna, jimat $$$ serta penggunaan tenaga eletrik!

Download Ubuntu Server ISO
Disebabkan ambe tiada monitor untuk melihat apa yang berlaku pada MacMini, ambe menggunakan VNC. VNC adalah satu kaedah untuk mengawal komputer dari jarak jauh. Mac OSX nampaknya sudah tersedia terpasang dengan VNC server. Ia boleh diaktifkan dari "System Preference" dan pilih "On" untuk "Screen Sharing". MacMini ambe ini berada dalam satu network dan ia bersambung secara Wifi. Ambe buka VNC dan masukkan IP address MacMini ambe dan Vuala! Ambe dah boleh guna MacMini secara remote dari komputer lain! Walaubagaimanapun, ia tak terhad hanya komputer, VNC  juga boleh digunakan dari tablet atau android, iOS atau Android!

Download ISO dan install Ubuntu Server pada VirtualBox. Ambe menamakan virtual machine ini sebagai "ubuntuserver". Dalam proses installation, anda akan ditanya untuk install beberapa komponen seperti SSH Server, Mail Server, DNS Server. Sila pilih mengikut keperluan anda. Tapi untuk SSH dan penggunaan perkongsian file dengan komputer lain, pastikan anda install "SSH Server" dan "SMB Server".

Ok, setelah selesai, ini bermakna anda dah boleh login kedalam VM Ubuntu Server ini melalui SSH kerana Ubuntu Server secara automatik run OpenSSH sewaktu initialization. Seperkara lagi, untuk membolehkan VM Ubuntu Server menggunakan shared folder dari host operating system, bolehlah ikuti langkah ini:
  1. Run VM Ubuntu Server yang telah anda install tadi.
  2. Log in dan masuk ke terminal
  3. Dari menu, pilih "Devices" dan pilih "Insert Guest Additions CD image.."
  4. Mount VBox Guest Additions CD image dengan command "sudo mount /dev/sr0 /media/cdrom"
  5. Install dependency yang diperlukan oleh VBox Guest Additions dengan command "sudo apt-get -y install gcc make linux-headers-$(uname -r)"
  6. Bergerak ke lokasi mount CD tadi dengan command "cd /media/cdrom"
  7. Jalankan skrip dari Guest Additions CD sebagai super user "sudo ./VBoxLinuxAdditions.run"
  8. Selepas berjaya menjalankan skrip ni, sekarang bolehlah setting Shared Folder dari VirtualBox Manager.
  9. Reboot virtual machine untuk apply changes yang dibuat
Putty Configuration
Ok, langkah seterusnya, menyambung SSH. Ambe menggunakan aplikasi Putty untuk membuat sambungan dengan SSH. Putty boleh didownload disini. Sebelum anda boleh menyambung melalui SSH client ini, anda mesti tahu berapakah IP address virtual machine anda. Ini boleh diperiksa dengan menggunakan command "ifconfig" dari dalam Ubuntu Server. Simpan nombor ini kerana ia adalah nombor IP yang ditujukan kepada VM Ubuntu Server anda.

Pastikan VM Ubuntu Server anda sedia terpasang untuk menerima sambungan SSH. Pasang aplikasi Putty dan masukkan nombor IP yang anda telah ambil tadi. Klik butang "Open". Aplikasi Putty akan mengeluarkan satu window berwarna hitam dan bila sambungan berjaya dibuat, ia akan meminta input dari anda untuk login sebagai siapa? Masukkan username dan password seperti yang telah anda set sewaktu proses installation Ubuntu Server tadi dan diikuti Enter. Dan vuala! Anda dah berjaya membuat sambungan SSH secara remote!
Let me get this straight! I'm logging inside my Ubuntu Server hosted on VirtualBox on my MacMini CPU!
SSH client dari mobile pun boleh login!

Ok, taniah kerana dah berjaya bersambung dengan VM Ubuntu Server melalui SSH! Tapi setup belum complete. Ini kerana Ubuntu Server masih berjalan melalui GUI Oracle VirtualBox Manager. Sebenarnya Virtual Machine ini boleh berjalan sendiri tanpa memerlukan GUI VirtualBox Manager pun. Oleh kerana Ubuntu Server tidakpun mempunyai desktop yang boleh diakses menggunakan mouse seperti Windows atau Mac OSX, Ubuntu Server boleh dijalankan sebagai "headless". Bermakna, CPU tanpa skrin attached.

Power off VM Ubuntu Server anda dengan command "sudo poweroff". Buka terminal pada host operating system dan gunakan command ini untuk execute VM Ubuntu Server sebagai headless dan background process "VBoxHeadless -s ubuntuserver &". Tunggu beberapa ketika supaya selesai proses initialization dan cuba buat sambungan SSH ke VM Ubuntu Server. Anda sepatutnya mendapat keputusan yang sama dengan menggunakan GUI Oracle VirtualBox Manager tadi.

Semua proses shutdown boleh dilakukan dari dalam SSH. Gunakan command "sudo poweroff" atau "sudo halt" untuk unload Ubuntu Server. Power off juga boleh dilakukan dari GUI Oracle VirtualBox Manager atau dengan command dari host operating system iaitu "VBoxManage controlvm ubuntuserver acpipowerbutton" atau "VBoxManage controlvm ubuntuserver poweroff".

Sekarang, anda dah berjaya setup sebuah fully-operated operating system, gunakan ia sepenuhnya! Install Node.js JavaScript engine, Nginx webserver, setup gaming server, Plex Media Server, Render Farm, Torrent box, Cloud Storage, Usenet box, Proxy server etc, hanya imaginasi anda yang menjadi limit!
My VirtualBox hosted Ubuntu Server now serving Cloud9 online programming IDE!

Ahad, 5 April 2015

#117: Another Level Of Spiciness!

Bekas jiran ambe baru balik dari lawatan kerja di Sri Lanka dan bawa pulang ini. Lada. Ambe tak pernah tengok lada bentuk begini. Katanya lada ni pedas gila. Ambe search di internet dan nampaknya lihat dari segi bentuk, ini merupakan lada Habanero atau mungkin Trinidad Moruga Scorpion, antara lada paling pedas di dunia. Tahap kepedasannya diukur sebagai 200k hingga 2juta unit, berbanding Lada Thai, 50k unit. Ambe terlalu takut utk cuba lada ni sebab ia mungkin 100 kali lebih pedas dari cili api Hahaha!
Scoville Heat Scale
Mengikut kawan ambe yang pernah cuba lada ni, rasanya adalah sangat pedas dengan ada rasa asid. Dia potong lada ni kecil-kecil seperti potong daun pandan dan campur dengan bee hoon sup! Ambe fikir ambe nak keringkan lada ni dan tumbuk halus-halus supaya jadi chili flakes, supaya senang nak digunakan dalam smaller portions. Mungkin campur dengan sambal kicap johor?

Lagi sorang kawan ambe mencadangkan supaya buat minyak dengan cili ni. Panaskan minyak kanola sampai menggelegak, lepas tu masukkan lada yang dah dipotong dan pastikan lada tenggelam habis dalam minyak. Masak hingga 4:30 saat dan tutup api.. Penjagaan masa amat penting sebab capsaicin (komponen pedas dalam lada) boleh hilang melalui wap. Sejukkan minyak cili, lepas tu masukkan dalam balang dan boleh diguna bila-bila masa. Kawan ambe ni juga kata kepedasan cili ni sangat kuat, 1-2 biji dah cukup utk pedaskan gulai sekawah.
How lovely.. Habanero nampak macam buah ceri.

Isnin, 9 Februari 2015

#116: Here We Test Our Powers of Observation

The Bad Plus - Here We Test Our Powers of Observation

Rabu, 14 Januari 2015

#115: Whiplash (2014) film review

Kalau Stanley Kubrick segarang Sergeant Hartman (Full Metal Jacket) menjadi pengajar muzik, maka beliau adalah Terence Fletcher. Whiplash (2014) adalah tajuk satu muzik Big Band Jazz yang mana big band ini features drumming (seperti Buddy Rich Big Band). Siapa yang meminati jazz mungkin tahu betapa rumitnya muzik jazz. Jazz sepatutnya menenangkan, tapi ia tak setenang yang ditunjukkan. Filem ini menunjukkan betapa teruknya latih tubi yang perlu dilakukan seorang drummer jazz untuk menjadi perfect bagi menepati kehendak seorang perfectionist yang bermulut puaka. Segarang-garang Sergeant Hartman pun, beliau jenis tak simpan dendam. So technically, Fletcher lagi teruk. Whiplash (2014) ambe dapati ada resemblance Black Swan (2010) dimana ia tentang students yang hampir tergelincir kewarasannya ingin memenangi hati pengajar supaya terpilih untuk menjadi orang utama. Ia hampir segelap Black Swan (2010) dan ada ala-ala Rocky (1976) dengan mentor yang juga bermulut puaka cuba push kemampuan manusia hingga limit. Ambe suka filem ni tapi ambe suka kalau ia lebih "dark". So ambe bagi rating 7.5/10 untuk filem ni.


Whiplash (2014)

Sabtu, 13 Disember 2014

#114: Selepas Sebulan di TradingView.com

Currently I only share Forex market trading ideas
Ambe telah mendaftar di TradingView sebulan lepas. Ambe rasa TradingView adalah platform yang bagus untuk berkongsi dan berbincang mengenai idea analisis keatas trading chart. TradingView menyediakan banyak chart, tapi tidaklah ada chart stocks tempatan (Malaysia) kerana TradingView hanya menyediakan chart untuk stocks antarabangsa. Untuk chart Foreign Exchange walaubagaimanapun boleh didapati dengan mudah di TradingView. Dalam tempoh sebulan di TradingView ambe telah gain sebanyak 99 reputation dan 8 dari 21 chart ambe telah di hand-picked oleh TradingView staffs untuk menjadi Suggested Chart. Di bawah ini adalah beberapa trading ideas yang ambe kongsikan di TradingView:
EURCAD. Kombinasi CCI dan Supply/Demand levels
Trend lines works great. Notice I also use moving average to detect main trend
Strong downtrend and we are at the highest price peak
Here we have multiple supply and demand levels.
Always buy at low price and sell at higher price. Low demand meaning low price.

Selasa, 9 Disember 2014

#113: Crystal Snorting!

Crystal Menthol
Bini ambe demam selsema semalam dan hidungnya sumbat. Ambe beli menthol crystal utk bantu relieve hidung sumbat. Sekarang ambe berangan jadi Walter White jual crystal meth Hahahaha!

Ambe beli crystal menthol ni dari sebuah farmasi berdekatan rumah ambe tinggal. Dijual dalam botol kecil dengan harga lebih kurang RM 5 sebotol. Bentuknya ambe nampak macam serpihan kaca pecah (sehingga ambe tonton rancangan Breaking Bad, ambe perlu cakap ia ada resemblance produk awal crystal meth yang dihasilkan Walter White sebelum berjumpa dengan Tuco Salamanco Hahaha!).

Crystal Menthol baunya sangat tajam. Konsentrasinya tinggi sebab tu baunya lebih tajam berbanding dengan Vicks atau vaporub lain. Menthol sebenarnya diproses daripada tumbuhan Peppermint (pokok Pudina). Ia mengeras pada suhu bilik dan mencair di suhu melebihi suhu bilik. Untuk mendapatkan efek terbaik, mentol perlu di cairkan dulu. Kerana dalam bentuk kristal, ia taklah vaporised dengan baik. Ambe dapati, oleh sebab konsentrasi crystal menthol yang sangat tinggi, sedut vapor menthol ini dengan kuat akan menyebabkan rasa sakit di nasal passage diikuti sakit pada mata. Oleh itu disarankan sedut vapor crystal mint ini dengan perlahan-lahan supaya anda boleh control kemasukannya.

Musim hujan ni elok Mr. White mulakan bisnes Crystal Menthol.
To the purest Crystal Menthol ever!
PENTING! Hanya sedut vapor dari Crystal Menthol, dan bukannya sedut serpihan kristal tu sendiri okay! Hahahaha! Ambe dok bertanggung jawab kalau apa-apa berlaku bila sedut serpihan crystal menthol dalam hidung (ambe agak akan berlaku kesakitan yang tak boleh dibayangkan Hahaha!)

Ada sesetengah orang suka menggunakan wap air panas untuk relieve blocked nose. Caranya sediakan air panas berwap dalam bekas, kemudian masukkan beberapa keping Crystal Menthol kedalam air panas berwap ini. Biarkan kristal ini mencair (dalam masa beberapa saat saja kerana ia mudah mencair di suhu lebih dari suhu bilik). Kemudian ambil kain selimut, selimutkan kepala anda bersama dengan bekas air panas berwap yang dah dicampur menthol kristal ini. Cuba bernafas dalam steam ini (tujuan selimut adalah supaya wap tak terlepas keluar). Bernafas dalam wap beraroma tajam ini mungkin agak susah, tapi cubalah sehingga rasa blocked nose dah kurang. Selamat mencuba!
My sinuses are clear now but my eyes are burning!

Selasa, 2 Disember 2014

#112: Pleasant music for pleasant loving ears

Midnight Rain by Didiet, Indra and Dion. Directed by Tohpati

#111: Multiple Display Setup

Akhir-akhir ni ambe agak aktif dalam bidang trading. Ambe banyak menghabiskan masa mengkaji chart dan melakukan analisa teknikal keatas chart. Satu keperluan yang agak penting dalam mengkaji chart adalah memiliki skrin yang lebar. Ini kerana trading chart mempunyai kaitan yang signifikan dengan sejarah lampau. Trading chart mempunyai 2 paksi iaitu harga dan masa. Untuk melihat harga di paksi Y tidak menjadi masaalah kerana perubahan harga tidaklah terlalu besar. Akan tetapi untuk mengikuti paksi X pada chart iaitu mewakili masa, akan menjadi masaalah kerana ia mempunyai data yang sangat banyak yang mewakili harga untuk tempoh beberapa belas tahun. Skrin yang lebih lebar diperlukan untuk melihat lebih banyak data ini lebih-lebih lagi jika strategy yang digunakan adalah berdasarkan pergerakan harga di masa lampau.

Fig A.
Ambe ada 2 buah monitor lama. Satu yang memang ambe beli untuk guna dengan desktop computer yang ambe guna sekarang, satu lagi ambe dapat dari adik ambe yang tidak lagi menggunakannya. Monitor ambe bersaiz 24" dan monitor adik ambe yang ambe tak tahu berapa saiznya. Aspect ratio monitor ambe adalah 16:9 manakala lagi satu 4:3. Ambe fikir untuk gabungkan 2 monitor ini supaya desktop ambe boleh extend lebih lebar. Kedua2 monitor ambe ini menggunakan VGA. Ambe menggunakan graphic card Nvidia GeForce 210. Graphic card ni mempunyai 3 output iaitu VGA, DVI-I dan HDMI. Ambe menghadapi masaalah untuk connect monitor kedua ambe kerana kedua monitor ambe menggunakan VGA sedangkan hanya ada 1 sambungan VGA dari graphic card. So ambe search dan ambe dapati ambe perlukan satu converter untuk DVI-I kepada VGA.

DVI (Digital Visual Interface) adalah successor kepada VGA tetapi mempunyai backward-compatible dengan sambungan VGA. HDMI walaubagaimanapun tidak backward-compatible dengan VGA. Ini bermakna, untuk convert signal DVI kepada VGA, hanya passive converter diperlukan. Manakala untuk HDMI, active converter diperlukan. Ambe pernah menyambung HDMI converter kepada VGA dan ambe dapati alat converter itu cepat menjadi panas mungkin kerana proses yang aktif yang berlaku dalam alat tersebut menyebabkan ia mengeluarkan banyak haba. Ambe fikir untuk kegunaan yang sangat lama, ia boleh menjadi satu masaalah kerana bimbang haba yang terjana mungkin boleh menyebabkan kerosakan, or worse, kebakaran. Jadi, ambe decide untuk membeli converter DVI-I kepada VGA untuk menyambung monitor kedua ambe.
Ada 3 sambungan disini, VGA, HDMI dan DVI-I
Lihat Fig A, jika anda perasan, disebelah kiri terdapat satu pin besi horizontal. Ini membezakan samaada connector DVI tersebut adalah analog atau digital (ditandakan sebagai DVI-D atau DVI-A. DVI-I adalah integrated). Disebabkan VGA menggunakan signal analog, maka converter jenis analog diperlukan.

Ambe menyambung kedua monitor ini (satu kepada VGA dan satu kepada DVI-I to VGA converter kepada sambungan DVI-I). Bila ambe boot komputer, ambe dapati hanya 1 monitor yang mengeluarkan gambar. Bila login sahaja dalam windows, monitor kedua ambe sudah functional. Seterusnya apa yang perlu dibuat adalah mengset resolution supaya ia match dengan ketinggian monitor pertama supaya tidak berlaku ralat paralax. Ambe menggunakan ketinggian 1080 pixel. Mengikut kira-kira yang ambe buat, resolusi gabungan 2 monitor ambe ini adalah 3200x1080. Ambe rasa ia cukup wide untuk kegunaan ambe membuat technical analysis pada chart, menggunakan aplikasi multimedia, photo editing etc.
Nampak tona warna sebelah kiri lebih warm dari kanan? Inilah kesan umur monitor yang dah aging.
Beginilah rupa chart di skrin beresolusi 3200 x 1080

Selasa, 18 November 2014

#110: Trading Ideas!

Lihat di sebelah kiri blog ambe ni, ruang "Navigator", ambe telah add satu link baru iaitu "Trading Ideas". Link ni bila diklik akan redirect ke profile ambe di TradingView. Disini ambe akan kongsikan idea-idea ambe untuk trading di ruang "Published Ideas". Setakat ini ambe hanya melakukan analisis untuk currency exchange kerana TradingView tidak mempunyai data untuk stocks/futures di Malaysia. Sebarang pendapat berkenaan trading ambe amat hargai dan boleh dikongsikan di TradingView :)
Profile ambe di TradingView.

Selasa, 4 November 2014

#109: Technical Analysis - EURUSD(M5) 4/11/2014



Ambe definitely akan go long pada hari ini kerana previous downtrend sudah collapse, mencipta uptrend baru. Conformed by 3 SMA setakat ini dan lihat volatility, bagus kan? :)