|
The worst: Modelling Quality not available |
Modelling Quality dalam pengujian Expert Advisor menjadi satu kayu ukur untuk hasil keputusan report yang berkualiti. Sudah kerap kali ambe mencuba fungsi Strategy Tester didalam terminal MT4 tetapi jarang sangat boleh dapat report yang bermakna. Seperti gambar disebelah, Modelling Quality n/a (not available).
So sekarang ambe akan tunjukkan cara untuk memastikan Strategy Tester didalam MT4 akan mencapai sekurang-kurangnya 90% modelling quality. Modelling adalah dengan menggunakan data-data ticks dari masa lalu (History Center) bagi period M1, M5, M15, M30, H1, H4, D1, W1 dan MN.
Preparation yang pertama adalah download file history data M1 di mana-mana sumber yang anda mahu. Seperti ambe, ambe download dari FXDD. Broker-broker lain seperti Alpari juga ada menyediakan resource yang sama. Anda boleh download data M1 dari FXDD dengan klik
link ini. Pilih currency pair yang anda ingin gunakan dan terus download. Ia adalah file HST yang dicompress kedalam file ZIP. Selepas download, anda boleh terus uncompress file ini dengan aplikasi 7zip. File HST selepas diuncompressed biasanya bersaiz 130MB dan menyimpan lebih 2 juta data ticks.
Selepas uncompressed, anda perlu prepare terminal MT4 pula. Buka kekunci Ctrl+O untuk membuka Options. Kemudian pilih tab Charts. Di ruang "Max bars in chart", letakkan nilai maksimum. Ambe letakkan ruang itu dengan 9999999999999. Klik OK. Kemudian buka History Center dengan klik pada menu Tools dan pilih History Center (atau tekan kekunci F2). Disini, anda perlu double klik pada currency pair yang anda telah download tadi dan double klik sekali lagi pada 1 Minute (M1) seperti dibawah.
|
MT4 History Center |
Selepas itu, anda perlu tekan button Import dan mula import file HST yang telah anda uncompressed sekejap tadi. Tekan button Close. Sekarang anda telah ada data M1 yang berkualiti! Anda boleh lihat data ini dengan membuka chart baru bagi currency pair yang anda pilih tadi dan pilih chart M1 dan chart M1 anda telah sedia ada data yang banyak. Bagaimana pula dengan chart M5, M15, H1, H4 dan seterusnya?
Sebenarnya anda boleh menggunakan data M1 bagi mendapatkan data M5, M15, M30 dan seterusnya. Anda hanya perlu convert data M1 untuk mendapatkan data bagi period yang seterusnya. Dengan bantuan skrip yang datang bersama MT4, kerja-kerja untuk convert data M1 kepada M5, M15, M30 dan seterusnya menjadi amat mudah.
|
Navigator window in MT4 |
Pertama sekali, buka chart currency pair yang anda telah tambah dalam History Center tadi dan pilih M1. Di sebelah kiri window MT4 terdapat satu window kecil dengan nama "Navigator". Double klik pada "Scripts" dan anda akan dapat lihat satu skrip bernama "period_converter" disitu. Skrip inilah yang akan menukar data M1 anda kepada period yang anda mahukan.
Untuk menggunakan skrip ini hanya perlu double klik diatas "period_converter" dan satu window akan keluar. Pilih tab "Inputs". Disitu anda akan setkan berapakah period yang ingin anda tukarkan data M1 anda kepada. Setkan di variable ExtPeriodMultiplier dalam unit minit contohnya nilai 5 untuk tukar kepada 5 minit (M15), 15 untuk 15 minit (M15) 60 untuk 1 jam (H1), 1440 untuk 1 hari (D1) dan seterusnya. Dengan cara ini anda boleh mendapatkan kesemua data dari M5, M15, M30, H1, H4, D1, W1 hingga MN.
Setelah anda letakkan nilai yang sesuai untuk ExtPeriodMultiplier, anda hanya perlu tekan OK dan skrip ini akan mula memproses data. Berikanlah masa 30 saat hingga 1 minit untuk pemprosesan kerana skrip ini tidak memberikan feedback setelah kerja-kerja conversion selesai. Tidak perlu terlalu gopoh atau mungkin anda akan kehilangan ticks yang tak sempat diproses. Selepas 30 saat hingga 1 minit, bagi meneruskan dengan period baru, anda perlu run semula skrip yang sama. Di waktu ini, anda akan ditanya samaada untuk menghentikan skrip. Anda boleh hentikan skrip ini dan teruskan dengan pemprosesan seterusnya.
Setelah mempunyai data-data yang berkualiti, anda boleh teruskan dengan Strategy Tester. Pilih currency pair dan period yang telah anda proses tadi. Setelah itu, mengikuti langkah-langkah ini, anda akan dapati Modelling Quality bagi Strategy Tester anda akan mencapai lebih dari 90% hingga 100%. Selamat berstrategy testing!