Selasa, 7 Mei 2013

#52: TGNA

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
TGNA (Tuan Guru atau Tok Guru Nik Abdul Aziz) adalah Menteri Besar di negeri ambe. Ambe bangga berada dibawah pemerintahan TGNA yang memang terkenal di seluruh Malaysia dengan caranya sungguh menitikberatkan pentadbiran secara islamik. TGNA juga terkenal dengan sikap rendah diri beliau dan berpakaian simple. Beliau tidak mengenakan pakaian baju kot, bertali leher seperti MB-MB lain, tetapi sebaliknya mengenakan pakaian melayu tradisional berserta sampin dan pada kebanyakan masa dilihat mengenakan jubah dan semutar. Agak luar biasa untuk orang yang berjawatan tinggi berpakaian begitu, tetapi itulah TGNA, Menteri Besar ambe yang dikasihi ramai masyarakat Malaysia.

Mengikut Wikipedia, beliau boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Tamil. Pendidikan beliau juga bukan calang-calang, beliau telah belajar di 4 buah Universiti iaitu di Universiti Deoband, India pada 1952, Universiti Lahore, Pakistan pada 1957 dan di Universiti al-Azhar, Mesir untuk Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab. Ini menjelaskan kebolehan beliau becakap dalam bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Tamil tadi.

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan). Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.
TGNA di no 42 dalam buku The 500 Most Influential Muslims!
Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Tuan Guru mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, kini beliau adalah Mursyidul Am bagi parti tersebut. Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau juga adalah seorang ADUN bagi kawasan N.06 Chempaka, Kelantan. Pada pilihan raya ke-11, Nik Aziz menyandang kerusi tersebut setelah mengalahkan Ruhani Mamat (BN) dengan majoriti undi sebanyak 3,694.

Good guy TGNA. Faith of humanity restored!

Tiada ulasan: