Isnin, 2 Januari 2012

#9: Khoda & Coderama

Saya dalam satu proses development satu IDE untuk C programming language yang saya namakan Khoda. Ia satu IDE simple yang saya fikir untuk menjadikan ia satu IDE yang "self-contain" diamana, ia code editor, compiler, assembler dan linker dalam satu pakej. Saya fikir untuk menjadikan ia satu single application tanpa file sampingan yang memudahkan portabliliti IDE itu. Saya membayangkan kalau pengguna ingin mendevelop di satu platform yang belum mempunyai compiler, pengguna sudah tentu perlu install banyak file dan menggunakan banyak tools berlainan untuk menghasilkan satu application. Jadi saya fikir idea "self-contain" sudah tentu amat berguna disini.

Khoda di stage awal development.
Nama: Khoda keluar dari nama project yang menarik perhatian saya "CODA" iaitu satu aplikasi text editor untuk Mac OSX. Khoda, derived dari nama saya. :) Akan tetapi.. Saya mula fikir ia satu nama yang teruk. Lagipun saya ada terdengar perkataan Khoda dari filem The House of Sand and Fog dimana veteran iran Mr. Behrani telah melakukan nazar atas nama Lord Khoda. Saya ada cuba menanyakan pada rakan saya ttg nama "Khoda" akan tetapi tak ada maklum balas. Apapun, untuk mengelakkan masaalah dimasa depan, saya fikir untuk menukarnya pada "Coderama". Terima kasih google, sekarang amat senang untuk search satu term dan mudah untuk kita menganalisa resultnya. Saya tidak terjumpa apa-apa nama project bernama "Coderama" jadi saya fikir saya akan menukar nama project ini ke "Coderama" tak lama lagi.
Project ini ditulis melalui Lazarus dan saya fikir untuk melakukan object linking antara object pascal dan C. Harap ia berjaya dan saya fikir ia boleh berjaya melalui beberapa artikel yang saya baca mengenai code mixing. Walaubagaimanapun jikalau object linking ini tidak berjaya, saya mungkin tidak akan berjaya untuk mengeluarkan project ini versi "self-contain" dan project ini akan datang dengan beberapa file yang berasingan. Akan tetapi saya akan memastikan ia dalam bilangan yang minima untuk memastikan ia mudah dialihakan dari komputer ke komputer.

Tiada ulasan: