Isnin, 2 Januari 2012

#8: Lafe - A Lazarus AIML Front-End

Lamo dok update blog :) Dalam beberapa minggu ni saya banyak bereksplorasi dalam programming. Saya jumpa banyak perkara yang mungkin dah ketinggalan zaman, tapi saya tetap menghargai hasil kerja yang mungkin umurnya dah berbelas tahun. Antara yang paling menarik minat saya adalah project SQLite, TCC dan AIML.

AIML sebenarnya saya telah jumpa beberapa tahun lepas (sewaktu masih di sekolah menengah) dan pada waktu tu saya masih lagi baru dalam dunia programming. Saya menggunakan Borland Delphi IDE untuk compile project AIML bernama PASCAlice iaitu front-end Delphi untuk Artificial Intelligence Markup Language. Beberapa minggu lepas saya telah mencari semula project ini dan dengan pengganti open-source untuk Delphi IDE iaitu Lazarus, saya cuba mengconvertnya supaya ia compatible dengan Lazarus dan compilernya, Free Pascal. Hasilnya bagus. Saya telah berjaya untuk compile PASCAlice di Lazarus IDE v0.9.30 dan menghasilkan executable yang setakat ini boleh digunakan untuk windows. Untuk platform lain walaubagaimanapun masih belum dicuba. Disebabkan version saya of PASCAlice telah banyak diubahsuai dan interfacenya banyak lari, jadi saya fikir untuk fork-kan project PASCAlice menjadi Lafe (disebut seperti Cafe dengan "L" menggantikan "C"). Ini Lafe di http://code.google.com/p/lafe/:

Lazarus AIML Front-End
Saya release project ini dibawah GNU General Public License v2 dan source code boleh didownload terus dari laman google code Lafe. Saya mengalu-ngalukan penyertaan anda untuk menambahbaik lagi project ini dan melaporkan sebarang issue, bug-report atau cadangan. Saya juga mengalu-ngalukan programmer di luar sana yang menggunakan Lazarus di platform lain selain windows seperti Linux atau Mac OSX untuk membantu saya meng"port" project Lafe ini ke platform lain bagi memastikan semua pengguna komputer tidak ketinggalan mendapat manafaat dari praktis programming cross-platform. Terima kaseh.

Tiada ulasan: