Ahad, 20 Ogos 2017

#157: Filem Review: Get Out (2017)

Get Out (2017). Ambe tak ada expectation yang tinggi pada filem ni selepas ambe pertama kali tonton trailernya. Tapi bila ambe selesai tonton filem ni, ambe dapati filem ni antara filem horror yang berkualiti yang dah lama ambe tak nikmati. Trailernya hanyalah umpan untuk biarkan penonton mencipta jalan cerita sendiri yang klise bahawa ini filem tentang racism, GF kulit putih bawa BF jumpa parents dan rupanya parent GF seorang racist. Ambe seronok bila ambe silap dalam meneka jalan filem ini. Ini bukan filem racist. Ia filem tentang mencari manusia berkualiti. Ambe bagi 8.5/10 untuk Get Out (2017), easily one of my favorite horror film.
Get Out (2017)

#156: Wang Tak Dituntut

Balance RM 314.49
Baruni orang duk cakap pasal yang yang tak dituntut. Ni ambe nak share tentang wang yang mungkin ada pada kamu, tapi mungkin tak tahu ia wujud.

Harini ambe realized bahawa ambe ada tersimpan wang secara tak sengaja. Ambe pengguna telco UMobile dan guna pelan prepaid RM30 sebulan. Ambe dapat quota 2GB internet laju sebulan dan free slow data bila 2GB quota dah habis. Ambe hanya guna mobile data bila di luar. Dirumah ambe guna talian Unifi.

Ambe totup setiap bulan sebanyak RM30 dan UMobile akan activate mobile data. Apa yang ambe tak tahu adalah, RM30 tu kekal. Maksudnya, data dah ON, tapi RM30 tu tak disentuh. Bila cukup sebulan, ambe terima SMS untuk totup lagi. Rupanya selama ini wang RM30 tu tak bergerak dan berganda kerana ambe jarang buat voice call dan purchase quota tambahan. Untungnya zaman ini, banyak aplikasi mengunakan mobile data instead of GSM. SMS dan panggilan direplace dengan Telegram/WhatsApp dan Voice Call melalui Telegram/WhatsApp.

Disebabkan tak banyak voice call/SMS melalui GSM, setiap kali ambe totup, balance ambe tak banyak bergerak. Sepanjang ambe guna UMobile untuk tempoh lebih setahun ni, ambe tak pernah periksa balance. Hanya mengharapkan SMS dari telco untuk remind ambe bila masa totup. Sedar tak sedar, ini balance ambe LOL! Jadi, kalau kamu termasuk dalam grup orang2 yang tak periksa balance, jarang buat call, tak beli mobile data (lebih2 lagi di rumah ada unifi), rajin2lah periksa balance ya. Mana tahu dah beribu wang yang tersimpan secara tak sedar ni. 😁

PS: Kalau wang ni takleh ditukar pada fizikal, nampaknya ambe kena guna di Google Wallet 😂


#155: Old And New AI

Image result for neural network
Diagram Neural Network
Bercakap tentang Artificial Intelligence, waktu sekolah menengah dulu (lebih kurang 17 tahun lepas), ambe pernah fork satu projek front-end untuk AIML (Artificial Intelligence Markup Language) dan ambe tulis AIML untuk berinteraksi dalam bahasa Kelantan. Sebagai orang yang membangun sendiri aplikasi itu, ambe tahu selok belok dan algorithm engine AI tersebut. 

Dan ambe nak bagitahu, AIML adalah robot bodoh. Ia guna random number generator untuk pilih teks untuk reply apa yang user taip. Dalam masa saya, ia guna algorithm "regular-expression"-like untuk periksa dan match teks yang ditaip user dengan pre-written teks yang ditulis programmer. 

Contohnya, user taip "hello", AIML akan match teks "hello" dengan beberapa respon yang dipilih secara rawak, contohnya "hai" atau "hello there!" atau "hai watpe tu?" dan lain-lain. Hasilnya user akan dapat respon berlainan walaupun taip "hello" berkali-kali, memberi impression bahawa ia robot yang bijak (padahal tak bijak pun, tapi ambe rasa ini penting untuk lepasi ujian AI, Turing-Test). Lagi, ia ada ciri-ciri yang boleh menyimpan data seperti, jika user taip "nama saya Abu. cita-cita saja ialah menjadi angkasawan", maka AIML akan menyimpan nama "Abu" kedalam variable "nama" dan "angkasawan" kedalam variable "ambition" yang boleh diakses semula kemudian. But still, ia robot yang bodoh yang bijak memanfaat operator mudah komputer.
Membandingkan AI moden, ambe dapati ia banyak guna terma yang asing bagi ambe sendiri seperti "Neural Network". Ambe belum dapat idea yang jelas tentang NN, cuma ikut pemahaman ambe, ia satu konsep dimana, komputer akan berusaha bersungguh-sungguh (ala brute force) untuk mimic kemampuan fikiran manusia. Contohnya, bagaimana AI boleh mengenal gambar sebuah kereta, sedangkan AI tak mampu melihat dan data JPG hanyalah satu stream of 0 dan 1. Cara NN adalah, tunjukkan beribu-ribu foto kereta pada NN dari semua sudut, hingga ia boleh kenal bentuk kereta dari sudut apa pun foto diambil. Cara ini menggunakan banyak processing power, tapi hasilnya AI yang lebih "bijak". Sekarang ambe dah lihat AI yang mampu kenal objek, kenal emosi manusia melalui wajah, mampu hasilkan lukisan cantik (Prism), generate percakapan meniru suara manusia (WaveNet). trade stocks (neural network expert advisor) etc.
Oleh sebab ini, ambe agak bersetuju dengan pendapat Elon Musk. AI moden (Neural Network) adalah teknologi berisiko untuk manusia. Modern AI sangat cekap, efisyen, pantas, dan boleh outsmart manusia dengan mudah. Ambe bukan anti-intellectuals, malah ambe fikir kebijaksanaan amat berguna dan dimanfaati. Tapi jika tiba masa AI menjadi cukup matang dan mampu mencapai consciousness, peradaban manusia boleh tergoncang. Sekarang pun kita dah boleh lihat orang mula bercakap tentang profession yang berpotensi dirampas AI/robot dimasa depan, seperti designer (terdapat AI yang boleh hasilkan beribu-ribu design mengikut kehendak pengguna dalam sekelip mata), high frequency trader yang boleh outsmart kebanyakan human trader, AI yang boleh compose concerto, etc. Sementara hal ini amatlah produktif untuk membantu manusia, tapi bagaimana jika AI mula menjatuhkan manusia? Hari ini, modern AI mula nampak seperti permulaan filem fiksyen sains. Cuma ia bukan fiksyen lagi.
Bersama post ini, ambe ada attach bersama projek AI front end yang ambe bernama LAFE yang ambe fork pada 2011 (archived by Google Code) dan kamu boleh cuba AI bodoh yang ambe tulis 7 tahun lepas untuk lihat bagaimana ia berfungsi. Kamu boleh download AIML sets di alicebot.org, extract semua file .aiml kedalam folder "knowledge" untuk tambah "pengetahuan" robot ini.
Lazarus AIML Front-End.

154: My Thoughts on Trading.

Dalam dunia trading, trader akan membuat pembelian dan penjualan bagi mendapatkan keuntungan, Biasanya bukan untuk digunakan untuk sendiri. Contohnya beli Crude Oil 30 tong, bukan bermaksud trader ingin menggunakannya untuk kereta sendiri. Tapi menyimpannya hingga mendapat perbezaan harga yang menguntungkan dimasa akan datang. Sama seperti membeli emas 1 kg emas hari ini dengan harga RM150 segram dan beberapa hari kemudian harga emas naik ke RM155 segram, trader akan mendapat untung RM5 untuk setiap gram emas. Sekali tengok, kerja-kerja trading ni ianya macam meramal masa hadapan.

Jam 9 pagi harga 1240. Jam 2 petang melonjak ke 1250.
Kita tahu harga 1 ounce emas pada 31 Mac 2017 jam 5 petang NY Time adalah 1248.29 USD, tapi berapakah harga emas sejam kemudian atau keesokan hari atau minggu depan, atau bulan depan?

Ambe selalu bagi contoh pada rakan-rakan ambe yang ingin tahu tentang trading dengan contoh, jika malam ini kerajaan umumkan harga petrol akan naik sebanyak 20 sen pada esok hari, apa yang kamu nak buat hari ini untuk mendapat wang mudah? Kalau besok harga petrol bakal naik 20 sen, ambe akan beli petrol dalam kuantiti yang banyak pada malam ini dan akan menjualnya besok kerana ambe akan mendapat untung 20 sen untuk setiap liter petrol. Kes ini sama juga dengan perbezaan harga emas sewaktu membeli dan menjual. Akan tetapi, cara membeli petrol ni sudah tentulah menyalahi undang-undang negara kita, Ambe bagi contoh untuk mudah faham sahaja. Jangan sesekali cuba buat ini hehehe.

Ambe selalu menonton webinar di internet berkenaan trading bagi menambah pengetahuan kerana ambe tak pernah mengikuti kelas secara formal. Secara kasar, trading tak lah susah sangat kerana ia banyak berlaku di kehidupan yang nyata. Kamu beli sesuatu dengan harga murah dan jualnya semula dengan harga mahal, maka perbezaan harga beli dan harga yang kamu jual tu adalah untung yang kamu dapat.

Daripada penjual sayur di pasar malam, broker jual beli rumah hinggalah urusan penjual kapal terbang, harga jualan mestilah lebih tinggi dari kos beli, barulah kamu boleh mendapat untung. Kalau kos beli dan harga jualan sama, maka urusniaga kamu tak menguntungkan. Kalau kos beli lebih tinggi dari harga jualan, maka urusniaga kamu merugikan.

Malahan kamu akan nampak bodoh jika kamu pegi kejar hockey puck yang dah melantun ke tempat lain.