Selasa, 17 November 2015

#138: Benefiting IFTTT web-based service in Trading

Ini website IFTTT
IFTTT (If This Then That) adalah servis web-based yang membolehkan pengguna membuat simple condition based "programming". Ia seperti memprogramkan condition pada kebanyakan programming language, iaitu menggunakan statment "if - then - else" (tapi IFTTT tak ada "else").

Condition based ni boleh digambarkan begini, "kalau situasi ini berlaku, jadi buat arahan ini". Contohnya, "kalau ramalan cuaca besok cerah, set appointment untuk bermain golf" atau "kalau harga saham APPL turun 10%, hantar tweet untuk suggest beli saham APPL" atau "kalau GPS pada telefon menunjukkan lokasi berada di rumah, hantar signal pada sistem rumah pintar untuk hidupkan lampu". Cuba perhatikan, semua condition ini menggunakan "if" dan "then". Ambe fikir ini adalah web-service yang bagus sehinggalah ambe terfikir-fikir apalah yang boleh dimanfaatkan dari IFTTT untuk membantu ambe trading. Trading memerlukan banyak kesabaran. Adalah penting bagi ambe untuk menunggu market datang kepada situasi yang ambe mahukan rather than trade secara gopoh tanpa mempunyai pelan. Jadi kebanyakan masa ambe hanya menunggu depan monitor supaya market mengikut kehendak ambe (lebih-lebih lagi menunggu pattern completion atau price mencapai level support-resistant/supply-demand yang ambe mahu).
Ada trader berdepan dengan monitor berjam-jam setiap hari
Ambe terfikir, untuk jangkamasa panjang, jika ambe hanya tunggu depan monitor, mungkin mata ambe boleh rosak akibat staring monitor terlalu lama dan trading style begini akan occupy majority masa ambe untuk buat kerja-kerja lain. Oleh itu ambe keluar dengan solution menggunakan kelebihan yang ada pada web-service IFTTT bagi membantu ambe monitor price setiap masa dan hanya notify ambe bila situasi market yang ambe mahukan telah tiba.

Email setting dalam MT4
Ambe guna banyak trading platform termasuk MetaTrader, NinjaTrader, MotiveWave, cTrader dan beberapa lagi. Kebanyakan trading platform mempunyai ciri khas yang boleh diprogramkan untuk notify trader bahaya condition-condition telah dijumpai dan boleh menjadi signal pada trader untuk buy atau sell. Contohnya, notify trader bila RSI mencapai oversold atau overbought, slow dan fast CCI crossed, slow dan fast Moving Average crossed, price dah terkeluar dari cloud Ichimoku dan lain-lain. Notification dari trading platform boleh diprogramkan untuk display alert message di skrin, hantar SMS, E-Mail, dan lain-lain. Dari sini, ambe mendapat idea untuk memanfaatkan IFTTT supaya bila condition yang ambe kehendaki berlaku, notification akan dihantar pada ambe melalui PushBullet dan gambar chart di trading platform ambe ditangkap kemudian di post ke laman microblogging Tumblr. Gambar chart penting bagi ambe sebagai bukti condition yang ambe telah programkan telah tercapai, serta sebagai archive bergambar yang ambe boleh buat rujukan dimasa hadapan. Ini idea resipi IFTTT ambe:
Flow idea ambe
Idea ambe adalah, ambe programkan trading platform ambe untuk hantar email kepada IFTTT trigger email bila condition yang ambe kehendaki di trading platform telah tercapai (contohnya price crossed below atau top Bollinger Bands), dan ambe buat resipi di IFTTT, bila email notification ini diterima, IFTTT akan hantar notification pada ambe melalui PushBullet dan membuat post baru di Tumblr beserta gambar chart dimana condition telah tercapai.

Oleh kerana IFTTT direka sangat simple dimana ia berkonsep "if this happen then do that" sedangkan ambe mahu "if this happen. do that and that", ambe perlu buat 2 resipi berlainan. Satu resipi untuk uruskan notifikasi melalui PushBullet dan satu lagi resipi untuk uruskan membuat post di Tumblr. Jadi ambe keluar dengan 2 resipi IFTTT ini:
Resipi untuk Tumblr dan PushBullet
Resipi Tumblr ambe seperti ini "If send trigger@recipe.ifttt.com an email tagged #motivewave from astrocoder@gmail.com, then create a photo post on your Tumblr blog". Resipi kedua ambe untuk notification melalui PushBullet adalah "If send trigger@recipe.ifttt.com an email tagged #motivewave from astrocoder@gmail.com, then push a file". Trading platform ambe memang diprogramkan untuk menghantar attachment gambar chart melalui email bila alert berlaku, jadi ambe boleh gunakan gambar ini untuk dipost kepada Tumblr.

Every seconds count!
Dalam trading, masa respon yang pantas sangat penting. Ambe sangat bimbang jika contohnya condition price telah touched dengan level support resistant dan proses penghantaran email dari trading platform mengambil terlalu banyak masa, ambe sudah terlepas opportunity membuat tindakan tepat pada masa yang ambe mahu.

Setiap minit, malah setiap saat penting untuk mendapat posisi yang optimum dalam market kerana price boleh naik atau turun secara tiba-tiba dan sangat volatile di level-level support-resistant/supply-demand.

Ambe skeptikal akan execution resipi-resipi IFTTT. Ambe fikir sudah tentu akan berlaku delay kerana kelambatan server memproses maklumat sedangkan ambe mahu semua proses-proses ini berlaku secara instant.

Walaubagaimanapun, jangkaan skeptikal ambe meleset. Ambe cuba membuat satu condition yang mudah untuk testing delay masa dari tempoh alert berlaku sehingga ambe menerima notification PushBullet dan Tumblr post, ambe dapati semua ini hanya mengambil masa lebih kurang 4-5 saat. Mission accomplished! Blog Tumblr ambe: http://mhxtrading.tumblr.com/

Use IFTTT to automate your Android

Jumaat, 6 November 2015

#137: Film Review: Mr. Holmes (2015)

Sherlock Holmes di umur 93 tahun
Apa lagi yang lebih tragis untuk orang yang bijaksana, kalau bukan diserang penyakit nyanyuk. Sherlock Holmes adalah karakter fiksyen yang paling bijak yang pernah ambe tahu. 

Pokok Ginkgo dekat Hiroshima A-bomb groud zero
Filem Mr Holmes (2015) adalah tentang kehidupan Detektif Sherlock Holmes selepas resign setelah menyelesaikan kes terakhir beliau. Beliau tinggal jauh di kampung dengan seorang maid serta anaknya dan filem ini adalah drama antara mereka bertiga (serta flashback dari kes yang pernah diselesaikan oleh Holmes). Beliau dah tua dan nyanyuk, cuba menulis semula kisah menyelesaikan kes-kes di zaman kegemilangan beliau tapi agak bermasaalah kerana ingatannya makin berkurangan. 

Beliau cuba macam-macam rawatan alternatif untuk recover balik dari masaalah nyanyuk (masaalah terbesar orang bijak adalah lupa) tapi gagal. Sherlock Holmes memang dikenali sebagai tak tahu bersosial yang menyebabkan beliau sangat keseorangan di umur lanjutnya. Ambe rate 8/10 untuk filem ni.

Ada kesilapan yang ambe kesan dalam filem Mr Holmes (2015), Sherlock Holmes pergi ke site bombing Hiroshima, dalam quest untuk mencari herba yang beliau panggil Prickly Ash. Dalam filem tu, pokok Prickly Ash tetap dalam keadaan baik walau berada dekat dengan ground zero letupan bom atom dan beliau ambil pokok tu untuk rawatan masaalah nyanyuk beliau. Setahu ambe, bukan pokok Prickly Ash yang masih baik berada dekat ground zero, tapi ia adalah pokok fossil Ginkgo. Ginkgo memang diguna untuk rawat masaalah nyanyuk. Ambe tahu sebab ambe ada research ttg Hiroshima Bombing bahawa 4 pokok Ginkgo survive A-bomb di Hiroshima. Dan ambe sendiri makan Ginkgo dengan tujuan sama dgn Mr Holmes, memory enhancement!