Isnin, 23 September 2013

#74: Selamat hari lahir Omar Shahnaz!

Setahun doh umur anok ambe.

Setahun lepas ambe ikut Cawin Imah masuk dalam wad bersalin HKL. Bini ambe puasa dari malam sebab takut tiba-tiba kena masuk operation. Contraction bermula sejak petang sebelum tu lagi. Dah dekat 12 jam contraction, tambah dengan lali gas nitrous oxide, pain killer, cakap merapu, perut kosong takde tenaga, ambe curi-curi bagi chocolate bar pada bini ambe sebab letih sangat nok meneran. Tangan ambe lebam kena ramas ko bini ambe sebab dok tahan sakit contraction. Tepat pukul 9:05 pagi, Omar Shahnaz lahir. Memang betul orang cakap, sakit waktu nok teran jah, bila dah keluar, dok rasa sakit doh. Rasa lega. Ambe pun azan dan qamat di telinga Omar.

Ambe tengok muka dia yang tadi biru, sekarang dah merah. Terdetik dalam hati ambe, "Hensem jugak ye anok aku walaupun aku dok hensem"

Wakakakaka!

Selamat hari lahir Omar Shahnaz!

Omar Shahnaz beberapa jam lepas lahir.

Ahad, 22 September 2013

#73: Some Recently Developed Film I Exposed 2-3 Years Prior

Rolleicord TLR
Ini adalah beberapa foto yang saya captured 2-3 tahun lepas dengan menggunakan kamera Twin Lens Reflex Rollei Rolleicord III type 2 dan menggunakan filem Ilford FP4 Plus ASA 125. Filem ini tidak didevelop sehingga beberapa hari lepas oleh kawan saya dari Johor Bahru, Dr Pishal Pauzi.

Sewaktu saya bertukar tempat kerja dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur, rupanya saya ada tertinggal beberapa roll filem pada kawan saya. Saya baru menyedarinya setelah dihubungi kawan saya dan beliau sudi untuk memproses filem saya ini.

Kamera yang saya gunakan iaitu Rollei Rolleicord III type 2 sudah pun tidak saya miliki. Saya telah menjualnya kepada seorang rakan beberapa tahun lepas. Ia satu kamera yang bagus dan ringan berbanding kamera medium format lain yang saya miliki.

Dilengkapi lensa Schneider Kreuznach Xenar 75mm f3.5, ia bukanlah lens paling "laju" yang pernah saya gunakan untuk medium format, tapi ia definitely lens yang paling sharp pernah saya gunakan untuk kamera medium format. Lebih sharp berbanding Zeiss Biometar pada kamera Pentacon Six TL dan TLR Mamiyaflex yang saya gunakan.

Sepatutnya kamera ini menghasilkan gambar yang sangat sharp. Tetapi akibat dimamah usia, hasil scan filem-filem yang baru diproses ini tidaklah memuaskan dari segi sharpness. Kesan calar dan berbintik-bintik juga saya fikir berlaku akibat lambat diproses. Filem ini sudah expired dan delay bertahun-tahun pula untuk diproses.






Isnin, 9 September 2013

#72: Teori Kebarangkalian Martingale

Teori Kebarangkalian Martingale: Ambe bukanlah pakar matematik. Ambe ada belajar matematik tambahan di tingkatan 4 dan 5 sekolah menengah, tapi keputusan SPM ambe untuk subjek add math ni taklah memuaskan. So, macam mana ambe nok explain tajuk ni? Oleh sebab itu, ambe tidak menggalakkan pengunjung blog ini untuk tidak menggunakan tulisan saya disini sebagai rujukan intelek. Blog ini adalah Memory Database yang personal berdasarkan pemahaman dan pandangan saya terhadap sesuatu perkara. Saya tak pernah mendengar perkataan Martingale sebelum ini sehingga beberapa minggu lepas dari seorang rakan. Ia adalah satu teori kebarangkalian yang banyak digunakan untuk urusan seharian. Terdapat satu artikel di wikipedia yang menerangkan tentang Martingale Probability Theory.

Mengikut artikel wikipedia untuk Martingale Probability Theory, "A martingale is a model of a fair game where knowledge of past events never helps predict the mean of the future winnings. In particular, a martingale is a sequence of random variables (i.e., a stochastic process) for which, at a particular time in the realized sequence, the expectation of the next value in the sequence is equal to the present observed value even given knowledge of all prior observed values at a current time". Duit syiling mempunyai 2 permukaan. Bila anda melambung duit syiling ini, untuk mendapat satu bahagian head atau tail pada 2 permukaan syiling adalah 1/2 atau 50%. Tapi bagaimana kalau anda mahu mendapatkan satu bahagian syiling yang sama dengan melambung syiling 2 kali?

Ok, lambungan syiling pertama untuk mendapatkan head adalah 50%. Untuk balingan kedua, bagi mendapatkan head juga, kebarangkalian sekarang adalah 25%. Balingan ketiga? 12.5% untuk mendapatkan head bagi 3 lambungan berturut-turut. Untuk mendapatkan head secara berturut-turut untuk lambungan syiling ke 4 adalah 6.25%.
Contoh carta tukaran matawang asing
Menggunakan teori yang sama terhadap carta tukaran wang asing seperti diatas, teori Martingale sangat sesuai untuk membuat keputusan pembelian atau penjualan matawang asing. Malah teori ini banyak digunakan dalam mengaturcara Expert Advisor untuk client MetaTrader. Pemahaman saya terhadap teori kebarangkalian Martingale bertambah setelah saya melihat dan menganalisis cara Expert Advisor yang menggunakan Martingale untuk melakukan urusniaga. Contohnya carta EUR/USD diatas. Carta ini ada naik dan turun. Hijau untuk naik dan merah untuk turun. Berapakah kebarangkalian untuk mendapatkan 4 hijau berturut-turut? Berapakah kebarangkalian untuk mendapat 5 merah berturut turut? Semua ini diambil kira untuk pengiraan Expert Advisor Martingale yang baik.

#71: Photoshop: Adding more sky

Gambar asal yang lebar dan tak tinggi.
Sebelah ini adalah satu foto yang ambe edit pada disember tahun lepas. Ambe telah crop gambar ni yang sepatutnya mengikut saiz standard menjadi gambar yang pendek tetapi lebar bagi memberikan perspektif panorama. Gambar ni ambe dok save pada kualiti tinggi kerana ambe edit ni bukan untuk sesuatu yang serius, tapi hanya untuk gilap semula teknik PS ambe yang dah berkarat. Langit ambe birukan dan ambe beri filter motion blur untuk memberikan efek pergerakan awan yang biasanya didapati dari long exposure photography. Ambe rasa gambar ni ok, tapi ada satu masaalah. Disebabkan gambar ni lebar tetapi pendek, bila ambe guna gambar ni untuk dimasukkan dalam slide Power Point, ia nampak sangat kecil. Bila ambe resize height jadi lebih tinggi, kelebaran gambar ni dah melebihi slide Power Point. Jadi, ambe takde pilihan lain, ambe kena adjust gambar ni menjadi lebih tinggi untuk menjadikan lebar dan tinggi gambar ni lebih seimbang.

Ideanya adalah untuk menambah bahagian langit menjadi lebih besar. Details bangunan sangat susah untuk dibuat. Jadi saya mengambil jalan mudah dengan membina langit lebih luas. Dengan menggunakan Photoshop CS2 Pertama sekali ambe resize canvas menjadi lebih besar di bahagian langit dan ruang kosong canvas ambe kenakan filter Clouds yang boleh diakses dari Filter > Render > Clouds. Ambe gunakan sample warna awan yang sedia ada iaitu biru gelap dan biru cerah untuk render awan ini. Lepas tu ambe kenakan pula Gaussian Blur yang kuat di awan yang baru render ini diikuti dengan Motion Blur. Angle Motion Blur adalah berpandukan angle Motion Blur sebelum ini. Gabungan tool Dodge dan Burn, ambe cuba berikan efek awan yang berlopong-lopong memberikan kesan awan yang lebih realistik. Smudge tool juga digunakan untuk memberikan distortion pada aliran pergerakan awan dan ini hasilnya:
Hasilnya, gambar dengan lebar dan tinggi yang lebih seimbang.