|
Omar Shahnaz first time experience naik train dalam cabin. |
Ambe lama doh tak balik ke kampung ambe di Kota Bharu, Kelantan. Disebabkan rindu nok berjumpa dengan mok ambe, jadi ambe ambil keputusan untuk balik kampung pada 11 Mei 2013. Disebabkan ambe tak ada transport, jadi ambe telah ambil keputusan untuk balik ke Kelantan dengan menaiki kereta api iaitu dari KL Sentral ke Wakaf Bharu (stesen yang paling dekat dengan Kota Bharu).
Disebabkan pengalaman ambe sebelum-sebelum ni menaiki kereta api di ruang katil dan kelas ekonomi yang agak sempit dan tak ada privasi, ambe fikir untuk ambil tiket untuk cabin sebab cabin memang ada ruang lebih luas, ada privasi dan ada kemudahan seperti sinki (penting untuk buat susu anak), tv dan lain-lain. Pada 10 Mei 2013, sehari sebelum hari ambe berhajat nok balik, ambe telah beli tiket di Stesen KTM Kuala Lumpur. Kereta api ni hanya akan bertolak dari KL Sentral (tak bertolak dari stesen KTM Kuala Lumpur). Harga tiket untuk cabin memang lebih mahal seperti yang di expected, tapi bagi ambe, experience of journey lebih bernilai kalau nak dibandingkan naik flight yang memang terasa "dull" dan "mind-numbing" walaupun kalau nak banding kereta api dan flight, kereta api adalah 14 kali lebih lambat (flight dari Kelantan ke LCCT hanya ambil masa 1 jam sedangkan kereta api ambil masa lebih 14 jam).
|
Omar dan ibu, sejukkkkk! |
Omar pernah naik kereta api sebelum ini, iaitu beberapa bulan sebelum ini, kami telah pulang ke Kelantan dengan menaiki tren. Cuma kali ini kali pertama Omar merasa duduk di cabin (sebelum ini duduk di katil sahaja).
Pengalaman bawa Omar di gerabak katil, memang susah sebab tahu-tahulah, budak kecik, kadang-kadang tak kena mood, menangislah jawabnya. Rasa sangat bersalah pada orang lain bila anak menangis hingga orang lain tak dapat berehat dengan tenang. Lebih teruk lagi bila nak tukar diaper. Tak perlu explain, guna saja imaginasi Hahaha!
Susu baby 3 jam sekali memang susah nak disediakan dalam kereta api. Nak basuh botol kena pergi ke tandas. Tandas dalam tren pulak memang aroma semacam. Tak sanggup nak cuci botol disitu takut-takut terkena penyakit STD Hahahaha! Macam tu lah experience naik kereta api dengan baby di gerabak berkatil. Belum diceritakan lagi tentang ruang yang sempit dan hampir mustahil dapat tidur dengan selesa bersama baby disebelah (at least dengan badan saiz saya ini Hahahaha!).
Disebabkan pengalaman dalam situasi begitulah saya rasa lebih berbaloi untuk "melabur" lebih wang untuk perjalanan yang lebih selesa dan selamat untuk pulang ke kampung dengan menaiki tren di gerabak cabin. By the way, tiket cabin yang ambe dapatkan adalah cabin 2. Ia dilabel pada tiket dengan label tempat duduk 2A dan 2B mewakili katil double-decker atas dan bawah. Ambe tak pasti berapa bilik cabin yang ada dalam satu gerabak, tapi cabin no 1 biasanya adalah surau. Dari segi logik, melalui keluasan bilik, saya fikir mungkin satu gerabak tren mempunyai 5 atau 6 cabin.
|
Omar Shahnaz tidur macam orang dewasa |
Ambe bertolak dari KL Sentral lebih kurang pukul 8:30 malam. Biasanya gerabak cabin berada samaada di paling hadapan ataupun paling belakang tren, jadi kenalah berjalan jauh sedikit untuk sampai ke gerabak ni. Bila dah sampai ke gerabak, untuk masuk ke cabin pula, perlu lalui lorong koridor sempit yang menuju ke bilik-bilik. Muat-muat badan saja. Memang tak akan muat untuk saya dan isteri untuk lalu di lorong ni dengan memikul beg. Jadi saya terpaksa cabut beg dahulu, dan berjalan "ketam" untuk menuju ke pintu cabin.
Sampai kedalam cabin, terus lock pintu dan ambe lihat ada 1 beg plastik berisi makanan dan air mineral diatas katil. Ambe tak diberitahu ada makanan dan minuman percuma sekali dengan pakej cabin ni, tapi ini satu inisiatif yang baik dari KTMB untuk buat pelanggan happy Hehehe! Katil ada 2 dan setiap katil ada 2 bantal. Selimut yang disediakan juga selesa, 1 selimut tebal dan 1 nipis. Bilik memang bersih dan ambe berpuas hati dengan keadaan bilik tu. Cuma... TV je yang tak boleh pasang. Bila ambe tanya pada pegawai yang bertugas, katanya TV tak boleh operate sebab ada masaalah dengan CD/DVD player dalam kereta api sebab kereta api selalu bergoyang. Tak kisahlah, ambe bukan nak tengok TV sangat, tapi ambe memang berharap di masa akan datang, TV ni boleh functional.
|
Omar masih nyenyak sewaktu tiba di Kuala Krai, Kelantan. |
Pengudaraan dalam cabin adalah bagus dan tak terasa "lemas" sewaktu berada didalamnya. Saya perhatikan ada satu plat besi berlubang-lubang di siling cabin dan saya fikir ia adalah exhaust fan atau airconditioner. Bukaan lubang angin ini boleh diadjust mengikut kesesuaian untuk rasa lebih nyaman atau kurang sejuk. Terdapat juga kipas dalam cabin ini, dan gabungan kipas dan juga aircond ini memang menyamankan.
Berdasarkan pengalaman saya menaiki kereta api sebelum ini, suhu dalam kereta api memang cepat berubah lebih-lebih lagi bila mengikuti perjalanan waktu malam. Route yang ditempuhi meliputi kawasan bandar dan kawasan luar bandar serta didalam hutan yang tebal. Menempuhi kawasan hutan di waktu malam memang akan merubah suhu dalam kereta api menjadi sangat sejuk. Jika anda duduk di kelas ekonomi (tempat duduk), anda boleh menggigil kesejukan kerana di kelas ini sangat sejuk dan anda tak dapat mengawal suhu persekitaran. Anda lebih bertuah jika duduk di kelas berkatil. Anda dibekalkan dengan 1 selimut jika anda berasa sejuk, boleh lah menggunakannya. Untuk cabin pula, lebih bagus, kerana, anda boleh mengawal suhu bilik sendiri. Kipas dan aircond boleh dibuka atau ditutup mengikut kesesuaian anda. Selimut yang dibekalkan juga lebih selesa dan tebal berbanding koc berkatil biasa.
|
Abandoned railway tracks near Kuala Krai Railway Station |
Setelah lebih kurang 10 jam berada dalam kereta api, sampailah ambe di daerah Kuala Krai, negeri Kelantan Darul Naim. Ambe snap beberapa pic dari tingkap cabin dan kebetulan waktu masih awal pagi, jadi anda memang boleh menangkap banyak gambar menarik kerana waktu yang dikira "golden hour" ini kerana mempunyai ambient light yang cantik berwarna keemasan. Ambe agak terkejut dan tak sangka bila ambe periksa tablet ambe, talian data di kawasan Kuala Krai ini ada HSDPA dan 3G! Apa lagi, ambe terus upload gamba-gamba di laman sosial dan instagram. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan dari Kuala Krai hingga Wakaf Bharu, memang ada talian data HSDPA dan 3G. Cuma beberapa kali untuk tempoh sekejap talian data ada memasuki EDGE. Untuk pengetahuan, saya menggunakan pelan data Celcom dan saya berpuas hati dengan coverage yang Celcom sediakan hingga meliputi kawasan pendalaman. Dari Kuala Krai lebih kurang 4 jam masa diambil untuk sampai ke stesen Wakaf Bharu. Dari Kuala Krai anda akan melalui stesen-stesen antaranya Tanah Merah, Pasir Mas barulah sampai ke Wakaf Bharu. Saya sampai lebih kurang pada pukul 10 pagi di Wakaf Bharu dan menaiki teksi untuk pulang kerumah dengan bayaran tambang RM 15. Overall perjalanan ini memanglah mengambil masa yang panjang, tetapi saya berasa agak puas dengan keselesaan yang KTMB sediakan untuk penghuni cabin ini. Dimasa hadapan, yang mungkin akan memilih untuk duduk di koc cabin lagi walaupun dengan tiket yang agak mahal, saya boleh tiba di destinasi dengan senyuman. Sekian.
|
A waiting chair. Kuala Krai Railway Station. |