Pada tahun 2001 dulu, Stephen Spielberg ada mengeluarkan satu filem bertajuk A.I (Artificial Intelligence). Ambe obses betul dengan komputer jadi ambe memang minat dengan filem begini. Ambe berpendapat, adalah menjadi satu yang mustahil bagi programmer untuk mengaturcara menjadikan komputer atau robot boleh berfikir seperti manusia. Tapi ambe tersentap bila ambe melawati laman web promosi filem A.I (2001).
Di laman web promosi filem ini, terdapat satu ruang untuk berchat (seperti IRC). Ambe login dan memulakan perbualan. Ambe disambut oleh "seseorang" yang membalas setiap pertanyaan ambe. "Dia" berchat dengan bahasa inggeris, boleh mengingati nama ambe, dan memberi respon dengan sangat cepat bila di tanya. Ambe terfikir, takkan lah ada staff yang menjawab semua pertanyaan dari beribu-ribu pelawat laman web itu.
Ambe siasat lagi, rupanya "orang" yang sedang ambe chatting itu adalah chatbot. Chatbot ini menggunakan teknologi AIML (Artificial Intelligence Markup Language). Ambe langsung tak menyangka rupanya bukan bersama manusia ambe berchatting, tapi bersama chatbot artificial intelligence. Respons yang ambe dapat dari chatbot ini semuanya relevan dengan pertanyaan ambe. Seakan ia berfikir seperti manusia betul.
|
HAL 9000 from 2001:A Space Odyssey |
|
It's "consciousness" |
Ambe terus mengkaji dengan penuh minat tentang teknologi AIML yang digunakan oleh chatbot tadi. Bila ambe "menggali" lebih dalam teknologi AIML, ambe dapati ia hanyalah pengaturcaraan yang tidaklah rumit. Ia banyak berkisar tentang linguistic dan bukannya kepandaian buatan yang sebenar. Ia mungkin nampak "bijak" tapi ia bukan satu "consciousness" (seperti Samantha dari filem Her (2013)). AIML mengambil input dalam bentuk ayat dan menyemak input ayat tadi kemudian memberikan respon menggunakan list-list ayat yang telah diprogramkan secara rawak. AIML boleh mengset pemboleh ubat yang kita manusia akan melihat ini sebagai satu keupayaan untuk mengingati. Contohya, ayat "My name is Johari", dari segi linguistik, selepas ayat "My name is", ia mestilah disusuli dengan nama. AIML boleh menyemak ayat ini dan mengambil perkataan selepas ayat ini sebagai nama dan menyimpannya didalam pemboleh ubah contohnya "name". Ini adalah simple tapi bagi ambe ia adalah pengaturcaraan yang bijak.
Ambe ada menulis banyak kod AIML dalam bahasa melayu sewaktu di sekolah menengah dulu. Malangnya sekarang file-file kod AIML ambe tu telah hilang. Set kod AIML yang lebih lengkap boleh didapati di
GoogleCode dan dengan set kod AIML ini, anda boleh menyentuh untuk bersembang dengannya mengenai banyak perkara contohnya dari politik hinggalah sejarah dunia.
Ambe juga ada meng"port"kan satu projek interpreter AIML bernama "PASCALice" yang asalnya diprogramkan dalam Borland Delphi 5, ambe portkan ia ke Lazarus iaitu satu alternatif IDE opensource untuk Borland Delphi 5. Project ambe ini ambe beri nama LAFE, acronym untuk Lazarus AIML Front-End. Anda boleh download project ambe ini di
GoogleCode.
|
Lazarus AIML Front-End |