Banyak perkara berlaku dalam tempoh "gap" antara post #16 dan #17. Lebih 8 bulan gap antara 2 post ini. Antara perkara-perkara besar yang berlaku pada saya dalam tempoh ini:
- Perpindahan saya dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Saya ada memohon untuk pertukaran antara JKN untuk perpindahan ke lokasi yang lebih dekat dengan isteri saya pada bulan April dan Alhamdulillah pertukaran saya diluluskan pada bulan Jun (satu tempoh pemprosesan pertukaran yang sangat singkat pada pendapat saya, taniah KKM!). Alhamdulillah juga, penempatan tempat kerja baru saya juga agak dekat dari tempat tinggal saya. Double WIN!
- Kelahiran Omar Shahnaz. Omar Shahnaz, anak sulung saya lahir pada 23/9/2012 pada 9:05 pagi di Hospital Bersalin, Hospital Kuala Lumpur. Saya amat certain dengan waktu (9:05am) ini kerana sebenarnya saya telah memohon untuk mengiringi isteri saya ke labour room dan menempuhi proses labour bersama isteri saya. Saya akan menulis satu post baru yang lebih detail mengenai ini.
Tiada ulasan: